MAJLIS yang cukup indah menyempurnakan permulaan hidup bagi pasangan sehati sejiwa, Md. Izuddin Salleh dan Qistina Mohamad Nazri atau lebih dikenali sebagai pasukan QD dalam fenomenaPeraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan Malaysia. Pasangan naib juara Izuddin dan Qistina, 26, cocok sekali digelar 'raja sehari' dengan persalinan serba anggun rekaan dan tajaan Hayati Muslim dari T&T Boutique berwarna putih sedondon. Busana potongan kebaya labuh pengantin perempuan membuatkannya tampil bak puteri kayangan dengan ratusan labuci dan manik merah jambu berkilauan menaburi perincian baju sehingga ke hujung kaki layah. Tambah ayu dengan solekan daripada jurusolek Afidah Khamis yang terkenal dengan kerjanya yang begitu halus dan teliti. Keduanya tersenyum bahagia sambil berpegangan tangan tatkala melepasi gerbang perkahwinan, cetusan gabungan idea pengantin perempuan dan penaja yang direka khas berkonsepkan keunikan elemen taman fantasi ala Alice In Wonderland, dikelilingi 'awan' gebu berwarna putih dan merah jambu. Foyer Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor yang merupakan lokasi tajaan buat naib juara Peraduan Gerbang Cinta itu ditransformasikan dengan cukup sempurna oleh Orked Bridal, termasuklah kehadiran 10 tiang Roman (Roman pillar) yang didatangkan khas untuk majlis tersebut. Gangguan teknikal Bagaimanapun, sedikit masalah teknikal merencatkan hasrat pasangan pengantin untuk masuk berarak menaiki kenderaan vintaj Volkswagen pada awal majlis persandingan malam itu. Petang persiapan majlis, kenderaan turut dikenali sebagai 'VW bug' berwarna ungu metalik dan perak itu kelihatan cukup berseri dan comel dengan lilitan reben merah jambu serta gubahan bunga. Namun ini tidak sedikit pun menghalang para penaja meneruskan majlis resepsi dengan penuh gilang-gemilang dan sudah pastinya tidak dapat dilupakan oleh pasangan pengantin sehingga ke akhir hayat mereka. Terbukti para penaja menunjukkan komitmen tinggi dengan memastikan setiap perincian majlis disempurnakan dengan lancar termasuklah persiapan makanan yang bersesuaian dengan selera setiap tetamu sehingga kepada rekaan pelamin serta dekorasi dewan. Tidak ketinggalan sistem pembesar suara dan celoteh oleh juruacara yang memeriahkan majlis, Ahmad Ridzuan Ahmad Baijuri yang ditaja oleh D'Sayang Entertainment. D'Sayang Entertainment yang diketuai oleh Adiezie Aziz turut menyediakan kelengkapan bagi persembahan slide yang mengimbas tentang latar belakang pasangan pengantin. Seketika pengantin berasakan seperti selebriti popular apabila 'dihujani' kilauan cahaya kamera kumpulan jurugambar daripada Picture Elements diketuai Azmin Ngah Ibrahim dan rakaman video oleh Rumah Acara. Sumbangan penaja Menurut perancang perkahwinan Orked Bridal, Azmy Osman, pelamin lima panel itu merupakan trend terkini yang dihasilkan oleh pasukan reka bentuk dalamannya mengikut acuan tersendiri. "Agar kelihatan mewah dan gah bersesuaian dengan majlis di dalam dewan, kami cuba menyesuaikan bajet dengan kehendak pengantin yang impikan perkahwinan bak kayangan. "Latar belakangnya direka untuk menonjolkan pantulan penataan cahaya dengan hiasan bersesuaian seperti lampu gantung putih dan bantal merah jambu gebu yang diletakkan pada kaki meja menempatkan pasu bunga besar di kiri dan kanan pelamin," jelasnya. Selain itu bebola rotan sebagai platform gubahan bunga menambah keunikan rekaan pelamin tersebut. Pemilik Mastar Catering, Mastar Muni yang menaja hidangan para tetamu dan santapan istimewa meja beradab mengakui amat berpuas hati serta terharu dengan sambutan hadirin terhadap pilihan lauk pauk disediakan. "Walaupun penat tapi (kami) cukup seronok. Kami sudah anggap pengantin sebagai anak sendiri apatah lagi banyak mengenali mereka sepanjang pertandingan (Gerbang Cinta) dan sama-sama membuat persiapan majlis," ujarnya tersenyum. Dibantu Pengurus Pemasarannya, Mohd. Faizal Mohd. Ali dan lebih 30 kakitangan, Mastar Catering menyediakan enam jenis lauk pauk termasuk sambal sotong, acar buah-buahan, filet ikan (resipi sendiri rasa seperti tempura), ayam masak merah dan nasi minyak selain pencuci mulut bubur kacang, tapai daun getah dan teh panas. Untuk meja beradab, udang, ayam golek, ikan siakap, krim karamel dan anggur sebagai pencuci mulut raja sehari dan tetamu kenamaan, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang hadir menyerikan majlis. Turut hadir pada malam persandingan Naib Juara Gerbang Cinta, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif MAEPS, Datuk Arif Osman. Bapa pengantin perempuan, Mohamad Nazri Mohamad Yusof, 54, pula amat berterima kasih dan bersyukur dengan segala usaha yang dicurahkan pihak penaja selain anak menantunya sendiri bagi menjayakan majlis perkahwinan tersebut. "Pada awalnya kami bercadang mengadakan majlis sederhana untuk anak perempuan sulung kami ini tetapi lain pula halnya setelah bergelar Naib Juara Gerbang Cinta. "Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mempelai juga selesai diijab kabulkan. Kami mendoakan kesejahteraan untuk kedua-dua pengantin," ujarnya. Tentunya bukan sahaja pengantin malah kedua pihak keluarga dan lebih 1,200 tetamu yang memeriahkan majlis gilang-gemilang Sabtu lalu amat berpuas hati dengan kelancaran setiap aturcara majlis yang disusun. Itu termasuk nyanyian istimewa menyentuh perasaan oleh adik bongsu pengantin, Syaza Sofia, 18, yang mendendangkan lagu Sampai Menutup Mata dan I Will Always Love You atas permintaan Qistina sebagai lambang cinta sejatinya terhadap Izuddin. "Kakak yang meminta saya menyanyikan dua lagu tersebut khas buat majlis persandingannya," katanya yang mempunyai suara cukup lunak dan matang untuk gadis seusianya. Sementara itu, wakil keluarga mempelai, Haris Harun, sempat 'mengusik' pasangan pengantin dengan mengimbau kembali pertemuan kali pertama antara keduanya tidak sampai setahun lalu di gerai ikan bakar Jalan Ampang. Dari saat itu Qistina dan Izuddin seperti tidak dapat dipisahkan lagi seolah-olah tahu takdir jodoh antara mereka. Haris turut menyentuh sedikit sebanyak perwatakan yang cukup berbeza antara Qistina dan Izuddin. Izuddin digambarkan sebagai lelaki yang pendiam sebaliknya Qistina lebih terbuka dan tidak teragak-agak meluahkan pandangannya. Sebaik tamat majlis, kedua-dua mempelai mengiringi tetamu kehormat keluar dewan sambil disambut rakan-rakan dan sanak saudara mendoakan kebahagiaan kedua mempelai. Dalam pada itu turut menjadi penaja bagi Peraduan Gerbang Cinta ini ialah CJ Print, syokkahwin.com dan Kampung PengantinOleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-