Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak-kanak termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti. "SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis," luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10. Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis. "Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama," katanya. Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan. Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya. Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia. Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut. "Ya, saya faham apa yang dibaca," jawab Ainan ringkas. Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia. "Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks. "Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia," kata Valentine. Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu. Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records. Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia. Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan. Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika. Ainan di HELP Berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapa kanak-kanak genius lain, Valentine dan Syahidah sebenarnya sedikit bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan. "Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan. "Ramai beranggapan kanak-kanak pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari," kata Valentine. Sekiranya kanak-kanak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekali gus hilang minat terhadap pendidikan. "Ainan menghadiri sekolah dasar selama tiga tahun di Singapura dan merasa bosan," cerita Valentine. Bapa kanak-kanak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fizik kerajaan, pengasas dan pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) dan agensi berita, Reuters. Mencari sebuah universiti yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan, usaha Valentine dan Syahidah akhirnya berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan khidmat nasihat. Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran daripada beberapa buah kolej dan universiti di Malaysia. Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan. Selain menuntut dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level. "Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan," kata Valentine. Memudahkan lagi pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia bersetuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP. Demi Ainan juga, Syahidah dan dua adik Ainan, Fintan Cawley, 6, dan Tiarnan Cawley, 4, juga menetap di Malaysia. Fintan dan Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan minda yang hampir dengan Ainan cuma mereka memiliki kekuatan masing-masing dalam bidang berbeza. Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah, melahirkan rasa gembira dan bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universiti itu. "Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru di HELP," katanya. Tiada makanan tambahan Tidak terlalu bimbang dengan sajian makanan untuk Ainan di Malaysia, akui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa diberikan untuk Ainan. "Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai. "Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya mengandung normal seperti wanita lain," kata Syahidah. Kanak-kanak pintar Malaysia juga mempunyai kanak-kanak pintar. Adi Putra Abd. Ghani, 11, yang merupakan seorang kanak-kanak prodigi dalam bidang matematik di Malaysia. Adi yang dilahir di Bagan Serai, Perak memiliki kepintaran dalam matematik sejak berusia lima tahun lagi. Dia mampu mencetuskan formula-formula baru dalam bidang matematik yang hanya boleh dilakukan oleh profesor matematik di universiti sahaja. Adi juga begitu mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara lima hingga enam digit. Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar, memang dari sudut psikologi beliau bersetuju terdapat faktor genetik dan persekitaran yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu pintar. "Kebanyakan kanak-kanak pintar disebabkan oleh faktor genetik. Namun begitu, jika ia ditambah dengan stimulasi, rancangan masa depan dan persekitaran yang sihat daripada ibu bapa mereka, kanak-kanak itu akan menjadi lebih pintar apabila mereka dewasa kelak," katanya.Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-