MENINGKATKAN ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan merupakan tuntutan dalam hidup. Tuntutan yang diseru oleh Allah itu bermatlamat untuk menjadikan kita insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Harus diingat bahawa setiap yang bernyawa tetap akan mati. Begitu juga dengan manusia yang asal usulnya dijadikan daripada tanah, maka kepada tanahlah juga ianya akan dikembalikan. Firman Allah dalam surah Thaahaaayat 55 yang membawa maksud: "Dari bumi Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami kembalikan kamu. Daripadanya pula, Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi" jelas menterjemahkan manusia harus sentiasa mengingatkan diri mengenai kematian. Bahkan, hakikat mengenai kematian juga sudah diterjemahkan dalam surah Ali Imran ayat 180 yang menjelaskan: "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati". Bertitik tolak daripada ingatan sedemikian, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly terpanggil untuk meneruskan kelangsungan usaha syarikat produksinya, JS Pictures Sdn. Bhd. dalam menghasilkan karya-karya bermesej. Usaha atau tanggungjawab yang dirintis oleh Shiela dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo menerusi drama-drama terbitan mereka bukan hanya untuk tujuan hiburan semata-mata. Sebaliknya, pasangan itu sepakat bahawa mereka harus mengingatkan penonton-penonton mereka terhadap sebuah sisi kehidupan lain - kematian! Lalu, drama-drama yang bertemakan keagamaan menjadi pilihan syarikat itu. Terbaru, Sheila dan Jinggo memerah tenaga bersama-sama dengan penulis skrip Rozie Rashid untuk menghasilkan Dunia Batinku, sebuah lagi drama yang sarat dengan mesej kemanusiaan, kasih sayang dan kematian. "Gabungan ketiga-tiga elemen itu kami lakukan semata-mata untuk mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam terhadap makna sebenar kehidupan," kata Sheila memulakan perbualan mengenai Dunia Batinku, sebuah telemovie yang bakal ditayangkan di TV3 menerusi slot Cerekarama malam esok. Jalan cerita Dunia Batinku memberi fokus kepada perihal keluarga, naluri kasih dan sayang seorang ibu dan anak-anaknya. Bahkan, aspek pengorbanan yang dikupas dalam telemovie itu juga diharapkan Sheila akan dapat menjentik emosi penonton mengenai maksud kehidupan yang menuntut kita melakukan kebajikan. "Hati saya sentiasa terjentik bila melihat moral segelintir daripada orang kita yang tercalar dengan kisah yang melampau daripada batasan kemanusiaan. "Dan saya tidak boleh berdiam diri lalu mengajak suami untuk menggandakan lagi karya yang boleh membimbing masyarakat ke arah melakukan kebaikan," Sheila menjelaskan kecenderungan JS Pictures menerbitkan drama-drama berteraskan elemen agama dan pendidikan moral itu sejak kebelakangan ini. Bertuah Sheila kerana Jinggo katanya, memiliki aspirasi yang serupa sepertinya terhadap usaha pembentukan masyarakat yang bertamadun. Kelegaan itu tambah menggembirakan Sheila apabila dia mendapat kerjasama yang baik daripada team produksi serta pelakon-pelakon yang diundang menjayakan drama terbitan mereka. Penghasilan Dunia Batinku ujarnya, sudah cukup memberi motivasi dan kekuatan buatnya untuk merancakkan lagi usaha yang sama pada masa depan. Telemovie Dunia Batinku bagi Sheila, wajar dijadikan sebuah drama tontonan keluarga. "Ini kisah mengenai maruah keluarga. Kisah bagaimana peritnya seorang wanita bergelar ibu mengharungi kepayahan bila kematian suami," Sheila rancak menyambung perbualan. Sheila yang turut berlakon sama dalam filem itu dengan memegang watak sebagai wanita malang bernama Khadijah digambarkan hidupnya penuh dengan kepayahan. Lebih memeritkan bila anak lelaki tunggal yang sedang membesar mencetuskan satu demi satu masalah. Mujur dalam mengharungi kesukaran hidup, Khadijah ditemani ibu mertua yang banyak memberikannya kekuatan. Mendengar sinopsis itu ia saling tidak ubah akan membawa ingatan pembaca akhbar ini dan tentunya juga penonton drama Melayu bahawa jalan ceritanya berbaur klise. Ia seperti idea yang dikitar semula dalam drama Melayu. Apa pandangan Sheila terhadap isu ini? Dalam hal ini, Sheila tidak menafikan akan ada sebilangan besar daripada kita yang mempunyai pandangan sedemikian. Namun, Sheila ada rasionalnya sendiri apabila memilih untuk membawa naskhah Dunia Batinku ke layar TV. "Jalan cerita mungkin dianggap klise. Kerana itu, kami pastikan pendekatan penceritaan serta lakonan menyuntik elemen-elemen yang boleh mengundang kesedaran dalam diri penonton," kata Sheila menceritakan pendekatan suaminya ketika menerajui karya Dunia Batinku. Berkali-kali penerbit kental ini mengingatkan, Dunia Batinku mengangkat harga kasih sayang yang tidak mampu untuk disamakan dengan wang ringgit. Dunia Batinku turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Syafiee Naswip, Normah Damanhuri, Fizz Fairuz, Memey dan ramai lagi. Pengalaman dikafan Seperti yang dijelaskan di awal perenggan tadi, Dunia Batinku juga akan memberi pemahaman baru kepada penonton kelak mengenai buah tangan terbaru JS Pictures ini. Isu kematian menjadi sebahagian daripada intipati penting dalam naskhah yang ditayangkan sempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang akan disambut pada 26 Februari ini. Justeru, Sheila tanpa ragu-ragu bersedia melakonkan watak dia 'dikafankan' bagi memastikan jalan cerita Dunia Batinku dapat menjentik keinsafan dalam diri penonton. Sesuatu yang Sheila sendiri bagaikan tidak percaya ialah bila dia sendiri menawarkan diri untuk disolek dan dipakaikan kain kafan seperti jenazah. "Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap manusia pasti akan melalui kematian. Jadi, mengingatkan perkara itu membuatkan hati saya tergerak untuk 'dikafankan'. "Tidak ada sebab lain yang mendorong saya melakonkan adegan itu selain daripada mengingati mati," jelas Sheila dalam nada yang sebak kala mengingatkan kembali proses penggambaran adegan-adegan itu. Rumusannya, Sheila mahu mengajak semua penonton agar sentiasa beringat bahawa kematian adalah urusan Yang Maha Esa seperti mana yang sudah difirmankan oleh Allah. Dan karya Dunia Batinku setidak-tidaknya mahu dijadikan oleh Sheila sebagai instrumen untuk dia menterjemahkan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan hari esok dalam bentuk drama. "Karya ini diterbitkan oleh saya dan suami kerana Allah. Doa kami, mesejnya sampai kepada audiens kelak. "Saya pernah melalui zaman jahil dan bersyukur kerana Tuhan membuka pintu hati saya ketika saya masih sihat dan muda untuk melakukan kerja-kerja ini (berkarya). Moga semua orang akan sama-sama mengambil iktibar daripada pengajaran cerita ini," kata Sheila sambil mengharapkan penonton akan merebut peluang menonton naskhah Dunia Batinku.Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-