Written by JOHARDY IBRAHIM MULAI 1 Mei ini, semua pemilik kenderaan perlu menunjukkan kad pengenalan MyKad terlebih dulu sebelum mengisi minyak petrol untuk dapat menikmati subsidi sebagai rakyat Malaysia. Inilah dasar yang bakal dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Puncanya? Demi untuk memastikan hanya rakyat Malaysia yang benar-benar menikmatinya kerana wujud sebilangan warga asing yang memasuki negara ini turut sama mengambil kesempatan daripada harga petrol yang disubsidi kerajaan pada masa ini. Jika itu tidak cukup rumit untuk difahami, satu lagi dasar ialah mengenakan harga petrol berlainan mengikut kapasiti enjin. Lagi besar kapasiti, maka tidak layak dapat subsidi. Ini yang diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu. Pada masa ini, harga petrol RON95 di Malaysia ialah RM1.80 sen seliter dengan subsidi sebanyak 30 sen dari kerajaan dan tanpa subsidi ia berharga RM2.10 seliter. Persoalan yang banyak berlegar-legar di kepala orang ramai adalah mengapa gara-gara pembelian petrol oleh warga asing, rakyat Malaysia pula menerima bahangnya? Kajian perlu dibuat untuk memastikan antara Singapura dengan Thailand, rakyat manakah yang lebih banyak menyalahgunakan subsidi kita. Ini untuk kes mereka yang membuat pusingan U di negeri-negeri sempadan seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Johor. Jika warga asing itu memasuki negara ini untuk melancong atau berniaga, rasanya tidak salah sangat untuk mereka menumpang sikit daripada kemurahan kita. Contoh paling mudah ialah bila rakyat Singapura mengunjungi Malaysia menggunakan kenderaan. Ia harus dibaca juga dengan jumlah wang yang mereka belanjakan untuk hotel, makanan dan sebagainya sepanjang berada di negara ini. Ini timbal balik. Ini proses ekonomi yang mudah difahami. Yang wajar menjadi sasaran adalah warga asing yang membuat pusingan U semata-mata. Bukan rakyat Malaysia. Selain itu, bayangkan betapa remehnya hendak membeli minyak petrol selepas 1 Mei nanti? Pertama, anda harus menuju ke kaunter dan pamerkan MyKad. Kemudian beritahu berapa nilai hendak diisi. Bayar. Kembali semula ke kenderaan dan baru boleh mengisi. Itu seorang. Bayangkan jika ramai orang perlu berbuat demikian. Kesesakan boleh berlaku terutama di stesen minyak yang memiliki bilangan pam yang kecil. Pada masa ini, memang ramai yang ke kaunter tetapi ramai juga yang membayar menggunakan kad kredit di pam. Ini mengurangkan orang beratur. Jadi, untuk pengguna kad kredit bagaimana pula selepas ini? Bagi dasar yang membezakan harga mengikut kapasiti ini, kita tidak boleh lari daripada meneliti impaknya kepada sektor-sektor berkaitan. Tentunya impak secara langsung akan mengena industri automotif negara yang sememangnya sudah mengalami kelembapan jualan sejak 2008. Oleh kerana penentuan harga minyak didasarkan kepada kapasiti enjin, apakah boleh kita rumuskan secara kasar di sini bahawa kenderaan yang enjinnya berkapasiti 2.0 liter ke atas akan perlu membayar harga petrol yang lebih. Atau apakah penanda arasnya dibuat berdasarkan harga atas jalan sesebuah kenderaan? Misalnya Proton Perdana berenjin 2.0 liter harganya RM113,000 seunit. Tetapi Honda Civic 1.8 liter pula harganya hampir RM115,000 seunit. Bagaimana pula MINI Cooper S yang enjinnya 1.6 liter tetapi berharga RM240,000 seunit? Ada yang membeli kenderaan besar disebabkan keperluan, bukan hendak menunjuk-nunjuk. Misalnya mereka yang mempunyai anak yang ramai, mahu tidak mahu terpaksa membeli kereta bersaiz besar. Dari sudut lain, implikasinya kepada industri automotif ialah ramai akan terdorong memilih kereta berenjin kapasiti lebih rendah daripada had yang ditetapkan kerajaan melalui dasar 1 Mei ini. Sudahlah pasaran lemah, penjual kereta diunjur bakal berdepan satu lagi cabaran yang tidak disangka-sangka bila mereka gagal menjual kenderaan berkapasiti tinggi. Hasil cukai dari sektor automotif akan berkurangan. Di samping itu, pasaran Malaysia boleh dilambakkan dengan kenderaan berkuasa rendah tetapi diletakkan harga yang tinggi. Seandainya mahu diteruskan juga dasar seumpamanya, kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan agar mengurangkan cukai import dan eksais supaya kereta-kereta berkuasa kecil itu tidak berharga terlalu tinggi untuk dimiliki. Tidak dapat dihuraikan lagi mengenai dasar ini kerana menurut Ismail Sabri, butiran penuh mengenainya akan hanya diumumkan pada 1 Mei. Apa yang boleh diharapkan dalam tempoh empat bulan ini, kerajaan mendapatkan maklum balas dan reaksi daripada rakyat secara menyeluruh, persatuan-persatuan pengguna dan industri-industri berkaitan sebelum melaksanakannya
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-