PUTRAJAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan program Matrikulasi sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui internet, boleh mengemaskini permohonan mereka mulai 8 hingga 19 Februari ini. Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini, peluang ini diberi bagi membolehkan pemohon membuat pilihan kolej dan pembetulan alamat, nombor telefon serta e-mel. Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan melayari laman web, www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dan seterusnya ke Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011. Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran untuk membuat pindaan. Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja). - BERNAMA
Battery Reconditioning
6 years ago