Ia mungkin kedengaran seperti kurang enak kerana gula dikurangkan di dalam minuman. Namun percayalah apabila ‘racun manis’ itu dikurangkan di dalam minuman bikarbonat ia satu khabar yang sihat. MINUMAN ringan biasa atau bikarbonat sering dikaitkan dengan kandungan gula yang tinggi. Apa jua perisa yang dicampurkan rasanya yang manis, memang sedap diminum sebagai penghilang dahaga. Fraser and Neave Holdings Berhad atau F&N Malaysia sudah sinonim dengan minuman ringan daripada yang bikarbonat, isotonik hinggalah kepada perisa buah-buahan sejak beroperasi selama 13 dekad di Malaysia. Yang menariknya bila harga gula meningkat, syarikat itu tidak menaikkan harga minuman keluarannya, tetapi mengurangkan kandungan gula. "Langkah ini sebagai memenuhi kehendak pengguna yang kini lebih prihatin dan mengambil berat tentang penjagaan kesihatan diri," kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd., Tan Ang Meng. "Setakat ini penggunaan gula untuk minuman keluaran syarikat kami semakin menurun, pada satu jumlah yang boleh dianggap besar iaitu sebanyak 7.5 peratus pengurangannya, sejak lima tahun lepas. "Minuman isotonik 100 Plus adalah antara versi kurang manis yang kami keluarkan. Ini sesuatu yang amat dialu-alukan pengguna," kata Ang Meng. Tidak naik harga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tersenyum mendengar inisiatif mengurangkan gula yang dilakukan pengeluar minuman ringan itu yang sudah dikenali pengguna sejak 1883 lagi. "Ini berita baik. Walaupun harga gula dinaikkan 20 sen baru-baru ini, pihak F&N tidak menaikkan harga minuman ringan keluaran mereka, sebaliknya mengawal penggunaan gula di dalamnya," katanya pada pelancaran imej baru F&N baru-baru ini. Berkuat kuasa 1 Januari lalu, harga gula tempatan naik dari RM1.45 kepada RM1.65 sekilogram. Langkah F&N kata beliau bukan sahaja mempromosikan cara hidup sihat tetapi pada masa yang sama membantu pengguna daripada tertekan dek kenaikan harga gula. Imej baru F&N turut menjenamakan semula imej korporatnya supaya apabila kontrak F&N dengan The Coca Cola Company tamat pada bulan September tahun 2011, ia akan dikenali sebagai F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., dan F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. Ang Meng menjelaskan bahawa imej baru F&N yang dibahagikan kepada dua itu amat sesuai dengan fungsi masing-masing yang berbeza. "Penjenamaan ini akan memberikan satu semangat baru yang lebih bertenaga kepada F&N untuk menjadi pembekal produk yang pelbagai. "Ia turut dianggap satu kepulangan atau homecomingkerana identiti ini akan memberikan F&N satu eksklusiviti dalam industri minuman ringan. Selain menghasilkannya, F&N turut memasarkannya secara serentak," kata Ang Meng. Tambahnya F&N tidak pernah leka apabila produk minumannya menjadi pilihan pengguna, sebaliknya terus membuat penyelidikan dan kajian untuk melakukan inovasi terhadap minuman ringan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa. Tukar ramuan Bermula awal tahun ini, ramuan yang bakal dipersembah dan dipasarkan kepada warga Malaysia akan lebih mengikut cita rasa ramai. F&N merancang 50 produk baru yang akan dihasilkan dalam jangka masa 24 bulan ini di bawah jenama minuman ringannya yang pelbagai iaitu F&N, 100 Plus, Seasons dan Fruit Tree. Minuman bikarbonat Ice Cream Soda yang sememangnya popular sejak sekian lama di Malaysia kini menjadi asas untuk dicampurkan menjadi minuman perisa lain seperti sirap bandung soda. Pada majlis pelancaran itu F&N turut memperkenal minuman campuran baru, jus nenas dengan Ice Cream Soda kepada tetamu. Imej baru yang diketengahkan kini bertujuan memaksimumkan cita rasa pengguna ke arah pilihan produk lebih sihat untuk memberikan pengguna kepuasan yang diingini di samping meluaskan portfolio produk halalnya ke seluruh dunia. Setakat penghujung tahun 2009, unit minuman ringan syarikat itu menyumbang 35 peratus atau RM1.3 bilion kepada pendapatan keseluruhan kumpulan F&N. Empat buah kilang pengeluarannya kini mengisi ruang di seluruh negara, dengan kemudahan ibu pejabat yang serba canggih di Shah Alam. - BernamaOleh HAZLINDA HAMZAH
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-