DALAM persalinan sari putih kekuningan dan sepasang anting-anting, Surekha Yadav mungkin boleh menjadi mana-mana wanita yang baru sahaja turun dari kereta api di stesen kereta api utama di Mumbai, India. Namun hakikatnya, wanita berusia 44 tahun dan ibu kepada dua cahaya mata itu bukan sekadar mengembara menaiki kereta api. Kelibatnya di celah ribuan penumpang yang ada di platform Chhatrapati Shivaji Terminus (CST) adalah kerana dia yang memandu pengangkutan awam tersebut. Yadav merupakan pemandu kereta api penumpang wanita pertama di Stesen Kereta Api Pusat Mumbai dan kerjayanya itu menjadikanya berjaya memecah tradisi dalam industri yang sering dikuasai kaum lelaki tersebut. Sejak kali pertama dia menceburi bidang tersebut hampir sedekad lalu, dia telah menarik perhatian ramai. Itu tidak termasuk seorang lagi motorwoman atau wanita motor yang menyertai kerjaya itu bersama dua lagi wanita yang bertindak sebagai pembantu pemandu. Selain itu, terdapat juga pemandu kereta api wanita di rangkaian Western Railway yang membawa lebih enam juta penumpang yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu setiap hari. Yadav yang mengakui tidak berminat dengan kereta api sebelum memohon jawatan sebagai pembantu pemandu pada 1989 berkata, dirinya tidak memiliki kemahiran melainkan sokongan daripada rakan-rakan sekerja lelaki. "Mereka memberi galakan, membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dengan baik," ujarnya sambil menambah bahawa dia menjalani latihan istimewa untuk menjadi pemandu kereta api wanita pertama ghat loco iaitu kereta api penumpang dua enjin yang melalui laluan berbukit di barat Maharashtra. "Memandangkan saya wanita, mereka bimbang sama ada saya mampu buat tugasan itu atau tidak," katanya. Apa yang pasti, ramai wanita seperti Yadav boleh ditemui dalam lipatan sejarah India. Daripada ratu pahlawan seperti Rani Lakshmibai, ahli-ahli pergerakan yang menuntut kemerdekaan pertama, hinggalah kepada satu-satunya Perdana Menteri wanita, Indira Gandhi. Prathiba Patil, presiden ketika ini merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut, malah ramai wanita sudah mendominasi jawatan penting syarikat-syarikat gergasi di negara Asia Selatan itu. Penderaan Namun, meskipun perlembagaan India menjamin hak persamaan wanita, perbezaan layanan jantina masih wujud terutamanya di kawasan pedalaman. Ini dilihat jelas dari aspek pendidikan, penjagaan kesihatan dan makanan. Hanya satu pertiga wanita di India yang berusia antara 15 hingga 49 tahun berkata mereka mempunyai pengalaman didera dalam keganasan rumah tangga. Statistik ini berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan 2007. Keseluruhan kes keganasan yang berlaku atas wanita meningkat hampir 25 peratus antara tahun 2003 hingga 2007, berdasarkan statistik terbaru yang dikeluarkan kerajaan. Peningkatan tertinggi melebihi 30 peratus direkod untuk kes penculikan dan penderaan. Madhu Purnima Kishwar dari Pusat Kajian dan Pembangunan Masyarakat di New Delhi, merangkap pengasas kumpulan hak asasi Manushi Sangathan berkata, pembahagian jantina dalam bekerja bukan halangan untuk berjaya, malah menjadikan wanita lebih kuat. "Di India, wanita yang membuktikan bahawa mereka lebih kuat berbanding lelaki biasanya mampu membuatkan lelaki tersungkur di tapak kaki mereka," jelasnya sambil mengaitkan tentang penyembahan terhadap tuhan wanita dalam agama Hindu. Selain daripada menjadi pemandu kereta api wanita pertama, Yadav juga menjadi sebahagian daripada usaha untuk menyelesaikan masalah gangguan seksual di negara itu. Menteri Pengangkutan Kereta Api, Mamata Banerjee memperkenalkan kereta api khas untuk wanita atau Ladies Special di bandar tersebut semata-mata untuk meningkatkan keselamatan dalam kalangan penumpang wanita. Bagi Yadav, dia sentiasa positif terhadap peluang kerjayanya. Penat lelah keluarganya menanggung kos kursus diploma dalam pengajian kejuruteraan elektrikal dianggap berbaloi dengan apa yang diperolehnya kini. "Semua orang diberi peluang untuk mengejar impian dan apa sahaja yang ingin dilakukan. Kita mempunyai kebebasan untuk mendapat pendidikan dan menggunakan ia sebaik mungkin. Kami amat bertuah. "Ibu saya tidak pernah berkata bahawa menjadi wanita akan menyebabkan saya terpaksa duduk di rumah dan memasak. Sebaliknya, dia menyuruh saya belajar terlebih dahulu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya," luah Yadav sambil tersenyum. Namun begitu, wanita itu mengakui cabaran besar yang terpaksa dihadapi dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. Tugas itu menuntut pengorbanan yang tinggi kerana dia perlu pandai membahagikan masa untuk anak-anak lelaki dan suaminya yang bekerja sebagai pegawai polis. Bekerja dalam persekitaran yang dipenuhi lelaki sejak menamatkan zaman belajar, membuatkan Yadav terputus hubungan dalam kehidupan sosial. "Saya rindukan persahabatan dengan wanita sejak 23 tahun lalu. Kini, saya sendiri malu dan kekok untuk bercakap dengan perempuan," ungkapnya penuh makna. - AFP
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-