Berbeza pula dengan solekan dan dandanan watak-watak utama seperti raja mahupun puteri. Mereka perlu dirias dengan teliti supaya kemunculan di atas pentas tidak tenggelam dek watak kecil-kecil yang lain. SAMBIL mengikat kemas rambut pelakon agar tidak mengganggu proses solekan, pereka solekan Istana Budaya, Sheikh Abdul Nasser Abdullah, mula bercerita mengenai tata rias Makyung. Dia menyifatkan dramatari Makyung bukan sekadar memerlukan pelakon bermain dengan ekspresi muka, emosi, berdialog dan menari. Pada masa yang sama aspek kostum, tata rias dan solekan juga memainkan peranan yang penting. Ini bertujuan agar jalan cerita Makyung yang dipersembahkan seimbang secara keseluruhan. Teknik dan konsep solekan yang diaplikasikan dititikberatkan mengikut watak dan latar belakang. "Dalam persembahan pentas semua pelakon perlu kelihatan cantik dan menawan. Tapi, definisi cantik itu terpaksa diolah mengikut kesesuaian watak. Watak wanita kampung masih kelihatan jelita tetapi dengan solekan nipis. "Berbeza dengan solekan dan dandanan watak-watak utama seperti raja mahupun puteri. Mereka perlu dirias dengan teliti supaya kemunculan di atas pentas tidak tenggelam dek watak kecil-kecil yang lain," terang Naseer sambil jari-jemarinya sibuk mewarnakan kelopak mata salah seorang pelakon Makyung. Sebelum memulakan proses solekan di bahagian pipi dan mata, Naseer terlebih dahulu mengalas wajah pelakon itu dengan krim dan bedak asas yang tebal. Langkah itu bukan saja mengekalkan solekan pada tempoh yang lama. Malah bertujuan mengelakkan wajah pelakon kelihatan kusam apabila disimbahi pancaran lampu-lampu pentas yang terang. Tambah Naseer yang turut memiliki kepakaran dalam bidang tarian, pelakon lelaki yang terlibat dalam produksi Makyung juga perlu menjalani solekan. Wajah mereka tidak sesekali dibiarkan polos tanpa calitan pemerah pipi, bedak asas dan pengilat bibir rona semulajadi. Solekan Bahkan kening mereka juga dikemaskan dan diwarnakan dengan celak hitam. Aplikasi solekan yang sama turut dipraktikkan pada wajah pelakon wanita yang membawa watak raja. "Lihat sahaja penampilan Juhara Ayub pada persembahan Makyung Anak Raja Dua Serupa. Walaupun memegang watak raja Alam Kesuma, itu tidak bermakna dia perlu tampil anggun dengan gincu bibir merah menyala. "Memandangkan dia seorang raja maka sudah memadai wajahnya disolek tipis dengan warna-warna natural. Apa yang penting penampilan yang maskulin tidak terjejas. Begitu juga dengan penampilan Raja Besar yang dilakonkan oleh Norsiah Mohd. Yatim," ujar Naseer ketika ditemui Stailo di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Menyentuh mengenai solekan efek, Naseer memberitahu, kebiasaannya teknik solekan tersebut diaplikasikan kepada watak-watak lanun, orang tua dan peran (pelawak). Bagi mencerminkan watak lanun yang jahat, kening pelakon diwarnakan hitam pekat manakala hujung kening dilukis ke atas. Bahagian bawah mata juga dihitamkan bagi mewujudkan kesan lebam. Seterusnya mewujudkan parut dan luka-luka di bahagian pipi dan tangan. Sementara itu, kening dan janggut orang tua pula sengaja diwarnakan putih simbolik uban. Garis-garis kedut dilukis pada bahagian dahi dan sekitar wajah. "Sebagai pereka solekan saya tidak boleh menyolek tanpa mendapat arahan daripada pengarah. Biasanya sebelum menyolek pengarah menyenaraikan konsep solekan mengikut watak. "Selain lanun dan peran, watak Puteri Hitam Sebelah juga memerlukan solekan efek pada wajah. Maka, sebelah daripada wajah puteri itu telah diwarnakan hitam," bicara Naseer yang tidak ketinggalan berbincang bersama penyelia kostum sebelum mengaplikasikan solekan. Kostum Berbicara mengenai kostum persembahan Makyung terdapatbeberapa item yang diberi keutamaan. Menariknya, masyarakat tidak akan mengalami kesukaran membezakan antara kostum Makyung, bangsawan ataupun teater. Pemakaian dasta yang diletakkan di atas kepala sudah cukup menunjukkan signatur kostum dramatari Makyung yang bermaksud semangat padi. Dasta yang berbentuk mahkota itu diperbuat daripada kain baldu bermutu tinggi. Proses pembuatannya tidak boleh dilakukan sebarangan kerana tenaga kerja yang pakar saja mengetahui selok-belok lakaran dan teknik jahitan. Enggan membiarkan mahkota tampak polos, kain renda dan batu permata pelbagai warna dijadikan perhiasan. Selain dasta, sibar layang iaitu juraian manik berkolar yang menghiasi bahagian dada juga merupakan elemen penting. Mengulas lanjut Penyelia Busana, Unit Busana (produksi) Istana Budaya, Jailani Abd. Razak, menyatakan sibar layang itu direka dalam rekaan yang berbeza. Ini bagi memudahkan penonton menilai perbezaan antara watak raja, permaisuri, puteri dan dayang. Ironinya sibar layang berkenaan kerap dipakai oleh kerabat diraja. Orang kebanyakan hanya memakai busana tradisional biasa. Hakikatnya, bukan mudah untuk mengekalkan mutu sibar layang itu. Terutamanya apabila pihak IB perlu peka dan memilih sibar layang yang diperbuat daripada manik-manik yang berkualiti. Penggunaan manik yang murah dan tidak bermutu akan menyebabkan sibar layang mudah rosak dan tidak tahan lama. "Sejak 400 tahun yang lalu, kostum Makyung seperti seluar dan baju yang berlengan pendek diperbuat daripada kain satin. Memandangkan Malaysia memiliki fabrik songket yang tinggi nilai dan kualitinya maka kesemua kostum Makyung mula menggunakan kain itu. "Lagipun kita harus berbangga apabila Makyung yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Seni Warisan Dunia (2005)," ujar Jailani sambil memakaikan pending iaitu tali pinggang gancu besar yang sedondon dengan dasta.Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-