TIDAK sampai seminggu pun cerita 'panas' mengenai isu 'ketegangan' antara Hairie Othman, filem 2 Alam dan produsernya, Datuk Dr. Rozmey menghiasi dunia hiburan tempatan. Kini, timbul pula dakwaan yang mengatakan produser dan usahawan glamor itu gagal melunaskan bayaran Hairie dan krew filem terbabit. mStar Online lantas menghubungi usahawan produk Jus Mate 5 ini bagi mendapatkan komen dan pandanganya berhubung dakwaan terbaru itu. Menurut Dr Rozmey, dakwaan mengenai dia tidak membuat bayaran kepada aktor yang juga pengarah filem itu tidak timbul dan hanyalah satu isu kecil. "Isu ini adalah isu kecil dan tidak patut timbul. Biasalah, dalam hidup ini kalau kita buat baik pun tetap ada pihak yang ingin memburuk-burukkan kita. "Apa yang pasti dakwaan itu tidak betul kerana semua krew termasuk Hairie dapat bayaran atas kerja mereka. Malah semua orang gembira dan berpuas hati dengan hasil filem ini," katanya memulakan bicara. Tambah Dr Rozmey, sebagai produser dia sudah tentu berkemampuan untuk menjelaskan segala bayaran kepada semua krew terlibat sebaik sahaja kerja-kerja penggambaran tamat. Jika tidak masakan dia berhajat untuk menerbitkan filem yang menelan belanja jutaan ringgit itu. "Doktor orang yang 'cash'. Doktor mampu bayar secara tunai bayaran semua pihak yang terlibat, baik kepada Hairie mahupun semua pelakon dan krew. "Doktor ini orang yang jujur. Bukannya orang yang menipu. Lagipun, buat apalah Doktor hendak menipu. "Doktor sendiri yang pastikan semua pelakon dan krew dapat bayaran masing-masing. Boleh tanya pada Hairie sendiri sama ada Doktor sudah bayar atau tidak bayarannya," jelas Dr Rozmey yang begitu gemar menggunakan gantinama 'Doktor'. Ketika diminta untuk mengulas mengenai hubungannya dengan Hairie Othman, Dr Rozmey berkata, dia dan Hairie tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan. Malah, Hairie juga amat berpuas hati dengan layanan dan bayaran yang diberikan untuk tugas mengarah filem 2 Alam itu. "Doktor dan Hairie tiada sebarang masalah. Malah, dia sangat berpuas hati dengan bayaran penuh dan layanan atas kerja yang dilaksanakannya. "Mengapa perlu saya dan Hairie bercakaran? Perkara itu tidak timbul langsung. Filem ini pun sudah siap dan segalanya sudah selesai dengan baik. "Bagi Doktor, tidak perlu timbulkan perkara berbangkit jika ia tidak berasas. Apa yang penting sekarang adalah bergerak ke arah matlamat untuk mencapai sasaran RM12 juta itu," katanya dengan nada sedikit kecewa ekoran segala spekulasi yang timbul. Sebelum mengakhiri perbualan, Dr Rozmey sempat ditanya tidakkah isu yang timbul itu secara tidak langsung mencalar reputasinya sebagai figura korporat, namun Dr Rozmey begitu optimis dan enggan menuding jari pada mana-mana pihak. "Doktor tidak mahu tuduh sesiapa pun dalam hal ini. Isu ini tidak penting dan bukannya perkara yang serius pun. "Ia sengaja dipermain-mainkan untuk mengeruhkan keadaan dan nama baik Doktor. "Apa yang penting adalah untuk melaksanakan strategi mencapai kutipan pecah panggung yang Doktor sasarkan pada filem 2 Alam. "Jadi tak perlulah hendak digembar-gemburkan lagi isu ini," katanya.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
February
(46)
- Udang ‘terbang’ bawa tuah buat Tuan Zainal
- Muzium negeri sasar pengunjung sekali ganda
- Petronas Gas untung RM966.28 juta
- Baran merosak hubungan
- Karya untuk ingati mati
- KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
- Pemandu kereta api wanita pertama
- 25,000 kerja kosong, 60 pemohon
- Guru tidak boleh merotan murid
- Kaum Cina dilarang guna mercun, bunga api pada mus...
- Tidak naik harga, tapi kurangkan gula
- Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos
- Pewangi sisa buah-buahan
- Persandingan bagai di taman kayangan
- Doktor Jenis Orang Yang 'Cash'! - Dr Rozmey
- Selamat selepas 4 minggu
- Siswah Pasar Tani
- Stadium baru jadi kenyataan
- Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
- Uzbekistan minat melabur di Terengganu
- Keluarga mangsa ditikam anak sendiri hidup dalam t...
- KWSP umum dividen lebih 4.5%?
- Bezakan puteri dan rakyat jelata
- Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang
- Pemilik Tanah Kg. Baru Jangka Terima Sehingga RM4 ...
- Dibelai disayang, digigit jua!
- Ainan mahasiswa berusia 10 tahun
- Kerajaan tunggu laporan perundangan
- Suara ghaib punca adik tikam abang
- Ayah mati ditikam anak sendiri
- Ayah Maut, Abang Cedera Parah Ditikam Saudara Sendiri
- Doktor Salah Potong Kaki
- "Mengapa Ayah Tergamak Lakukan Serangan Itu..."
- Air mani Anwar jadi bukti Saiful diliwat
- Sah AC Mizal Undur Diri Hos AF8
- Pencuri kena dua das tembakan
- Pelajar dikhuatiri lemas dihanyut arus
- Lepas rindu di mahkamah
- UTM cipta penggera mengantuk
- Izin Bukan Bererti Redha
- Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri
- Jangan sampai nampak hina
- Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011 Mulai 8...
- Peristiwa bersejarah keluarga diraja
- Bicara Liwat: Anwar Akan Sepina PM, Isteri
- Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hat...
-
▼
February
(46)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
Oleh WAHIDUZZAMAN