"Kadangkala saya rasa tidak ada keadilan dalam hidup ini, kerana lelaki baik dipasangkan dengan perempuan kurang baik, sementara wanita baik dipasangkan dengan lelaki tidak baik kelakuan dan perangainya, macam suami saya," demikian cerita Norhaniah dari Johor dalam e-mel yang dihantarkan kepada penulis. ''Untuk mengetahuan kehidupan saya rasanya baiklah ikuti susur-galur hidup saya dari awal lagi. Saya anak yang tua dari 5 orang adik beradik. Sejak kecil kami dilatih mengikut budaya timur dan mendapat didikan agama yang cukup hinggakan saya boleh berzanji, marhaban dan bernasyid, dan saya sering mengikut ibu menyertai kumpulan marhabannya. Anak pak iman katakan! "Kerana didikan jugalah pergaulan saya tak bebas, walaupun saya boleh bersukan di sekolah, tetapi ada hadnya dan saya sentiasa diawasi. Kawan-kawan tidak dibenarkan ke rumah kecuali belajar. Begitulah hidup saya hingga berhenti sekolah. ''Lepas sekolah saya dikenalkan dengan Zek oleh kawan saya kebetulan emaknya kawan marhaban ibu saya. Kerana kawan, ibu benarkan. Tetapi sebelum itu saya kenal dengan Shah, tetapi ibu tak suka, hubungan kami putus. Dua tahun lamanya saya berkenalan dengan Zek akhirnya kami bertunang. ''Tapi sedihnya, perangai Zek di luar nampak baik, lemah lembut, tetapi sebenarnya dia kaki perempuan. Rahsianya terbongkar ketika saya dapat peluang bekerja di KL, saya nampak sendiri bila dia berdating dengan kekasihnya. Malangnya peristiwa itu membawa kepada pergaduhan besar kami. Zek mengugut memutuskan pertunangan kalau saya mengadu ke kampung. Tetapi saya tak boleh berdiam diri, akhirnya kami putus. ''Walaupun peristiwa itu melukakan hati, tetapi kesibukan tugas menenangkan semula hati saya. Hingga akhirnya saya berkenalan dengan Yus. Kenal tak sampai setahun Yus hendak meminang saya. Tak sampai setahun bertunang kami berkahwin. Ibu nampak sesuai melihat perangai Yus tetapi Yus pandai berdrama dia boleh menggambarkan dirinya seorang lelakigentlemen. ''Selepas berkahwin barulah saya tahu siapa Yus sebenarnya, rupanya dia suka balik lewat dari pejabat kerana dia suka berjudi. Dia memang kaki judi. Malangnya perangai buruknya tak boleh ditegur. ''Kerana subur setahun kemudian saya melahirkan anak sulung, kerana ingin membaiki taraf hidup saya menyambung pelajaran untuk mendapatkan diploma. Kerana itu saya minta bantuan ipar saya menjaga anak semasa saya bekerja dan belajar. Lagi pun balik awal tak ada gunanya, kerana Yus lebih suka duduk di meja judi. ''Dua tahun kemudian tambah seorang lagi anak. Yus tetap senang di meja judi. Kerana marah pernah saya hantarkan nasi bungkus dan air untuk dia makan sambil berjudi, tetapi Yus mengamuk kerana kehadiran saya ke 'reban' judinya. mengelak ''Suatu hari saya ajak Yus pulang bersama lepas pejabat, dia mengelak, dalam bas saya nampak dia berjalan berpimpin tangan dengan seorang wanita. Saya segera turun bas dan saya ikut dia dari belakang. Terkejut besar Yus bila saya tegur gadis tersebut, rupanya pada gadis itu Yus mengaku masih bujang. Bila sampai rumah, Yus mohon maaf tak buat lagi, macam dia mengaku tak mahu berjudi lagi, tetapi dia masih buat. ''Saya fikirkan lepas itu tentu dia berubah baik, tetapi dalam diam dia balas dendam tuduh saya buat hubungan dengan pensyarah. Kerana nak tunjuk benar dia tumbuk pensyarah tu. Balik rumah dia kami bertengkar dan Yus lepaskan saya talak satu. ''Selepas beberapa hari bercerai dia ajak rujuk semula. Kerana sabar saya ikut saja. Tak lama kemudian saya mengandung anak ketiga, lepas bersalin ketika saya masih atas katil hospital, Yus tanya ini anak siapa, sebab tak ada rupa dia langsung atau ikut anak-anak yang lain. Ya Allah sakitnya hati, sakit belum pulih saya dituduh berzina. ''Tak lama kemudian Yus bertukar kerja, rezekinya berlimpah luah, kehidupan yang sederhana berubah menjadi lebih baik. Saya pun naik pangkat. Tapi Yus ditukarkan ke utara. Saya tak membantah kerana itu pilihannya. Dia akan pulang hujung minggu sahaja itupun katanya kalau tak ada kerja tambahan. ''Kerana berjauhan, ekonomi pun dah stabil, saya berhenti kerja, senang untuk saya berulang alik, tapi dalam hati Yus dia tak suka, dia tak mahu pergerakannya saya tahu, kerana dia dah ada kekasih. Satu malam kami bertengkar dan Yus lafazkan talak kali kedua. Macam biasa bila dah tenang dia ajak rujuk semula. ''Bila menung saya terfikir hidup saya macam telur hujung tanduk, sesuka hati bila nak diceraikan. Tetapi kerana anak saya sabar juga, walaupun saya tahu dia memang ada wanita lain. Maklum dia sudah selesa hidup sendirian di utara. ''Kerana anak saya kerap turun naik. Satu hari saya terima SMS dari seorang wanita mengaku buat hubungan dengan Yus. Sekali lagi saya ke utara, malam itu kami bergaduh lagi, macam biasa saya diceraikan kali ketiga. ''Esoknya saya balik KL, sebulan saya tak boleh tidur lena, bila hujung minggu saya jadi takut. Bila Yus balik saya elakkan diri tidur bersama, tapi Yus tak mengaku dia dah jatuhkan talak, bila ajak ke pejabat agama dia mengelak. Katanya saya sengaja buat isu sengaja nak bercerai. Saya pergi ke pejabat agama sendirian, saya disuruh membuat laporan bersama suami. Malangnya Yus tak mahu pergi. ''Sekarang, 2 tahun telah berlalu, Yus masih tidak mahu membuat pengakuan ke pejabat agama. Saya rasa sukar hidup begini, hidup bergelumang dosa, bukan itu saja Yus juga seorang kaki judi, dan kaki perempuan. Dia juga tak pernah sembahyang apa lagi sembahyang berjemaah bersama keluarga. ''Namun pada pandangan masyarakat, keluarga dan saudara mara, kami masih suami isteri, pasangan ideal, tak pernah bergaduh, paling bahagia, kami jadi tempat orang mengadu bila ada masaalah, atau kekurangan wang ringgit. Bila ada kenduri kendara, kedatangan kami dinantikan, kalau raya, ketibaan kami diharapkan. ''Tetapi sebenarnya jiwa saya menderita selagi tidak ada pengesahan talak yang Yus dah lafazkan, dia takut kerana sudah tiga kali dia lafazkan talak. Saya tak mahu lagi berdepan dengan perasaan yang serba salah ini, kalau saya pergi ke pejabat agama lagi Yus kata saya nak bercerai sangat, sebab ada kekasih yang menunggu. Sampai bila saya mesti menanggu penderitaan ini, dan sampai bila saya mesti bergelumang dengan dosa.'' Demikian deritanya hati Norhaniah, yang hanya boleh dijawab oleh suaminya, tetapi kalau tidak ada ketegasan dari diri Norhaniah sendiri, segalanya memang sukar dilaksanakan. Talak memang senang dilafazkan, tetapi sukar dilaksanakan. Takut jadi orang gila talak.SETELAH bertahun-tahun mengikuti ruangan DCCK ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi kisah hidup saya untuk pembaca jadikan panduan. Pertama supaya jangan jadi bodoh macam saya, terlalu mudah memaafkan dan ketiga terlalu sayang hingga jadi penakut hingga sanggup bergelumang sama dengan dosa.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-