MENJADI tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak secara seimbang sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Ini kerana anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT yang tiada galang-gantinya kepada pasangan yang bergelar ibu dan bapa. Sememangnya menjadi impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjadi manusia yang terbilang di dunia dan juga di akhirat. Langkah awal ke arah itu sudah pastinyalah ialah dengan mencurah perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah-bagi. Ketua Subunit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan berkata, anak yang mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya akan membesar sebagai insan mempunyai jati diri yang teguh. Dalam memberi kasih sayang apa yang penting ibu bapa harus bersikap adil kepada setiap anak tanpa tanpa ada perasaan beza membeza. . Malah kata Dr. Hamizah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang antara lain berbunyi: "Berlaku adillah kamu di antara anak-anak kamu dalam memberi hadiah sebagaimana kamu suka mereka berlaku adil di antara kamu dalam kasih sayang." Hadis riwayat at-Tabrani. Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah katanya, dalam mendidik anak ibu bapa mesti menjauhi sifat yang membawa kepada wujudnya rasa berbeza dan tidak adil kepada anak -anak. "Membeza-bezakan kasih sayang hanya akan menyebabkan anak-anak berasa kecil hati dan boleh membuahkan sifat dendam yang mendalam di kemudian hari. ''Sebaiknya dalam kehidupan seharian, penuhilah dengan suasana senda gurau dengan anak-anak bagi merapatkan hubungan baik dalam keluarga,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam siri Seminar Keibubapaan anjuran LPPKN di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sementara itu Dr. Hamizah juga menyarankan agar ibu bapa menggunakan kaedah piskologi dalam mendidik anak-anak terutama yang menginjak ke usia remaja. ''Seperti juga anak kecil, anak remaja turut memerlukan perhatian, masa, kasih sayang dan panduan daripada ibu bapa,'' ujarnya. Menurutnya, pada peringkat usia tersebut anak-anak sudah mempunyai perasaan malu dan tindakan ibu bapa misalnya menggenakan hukuman rotan jika mereka melakukan kesalahan dirasakan kurang bijak. "Sebaiknya cuba gunakan psikologi seperti berbincang dengan anak atau mendapatkan bantuan daripada kawan -kawan rapatnya . "Kehidupan zaman remaja ibarat waktu emas yang sangat berharga. Ia juga merupakan zaman peralihan antara kanak-kanak kepada lebih dewasa. ''Pada peringkat usia ini mereka biasanya mahukan kebebasan dan tidak suka dikawal. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak-anak dan pada masa sama memberi sedikit kebebasan agar anak-anak tidak berasa diri mereka dikongkong sehingga menimbulkan perasaan ingin memberontak. "Usia remaja merupakan tempoh yang kritikal kerana mereka lazimnya cenderung bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir panjang. ''Mereka seperti layang-layang yang mana talinya perlu sentiasa dijaga agar tidak terputus dan hilang kawalan. "Pada peringakat ini juga kebanyakan remaja akan dilanda konflik dalaman. Pelbagai persoalan hidup dan perubahan fizikal serta mental akan wujud pada diri mereka. ''Kadang kala timbul krisis identiti diri, perasaan tertekan, mudah kecewa dan tidak dapat mengawal kemarahan. Pada masa sama timbul desakan-desakan dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru,'' katanya yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kauseling. Beliau menambah, pelbagai konflik tersebut jika tidak ditangani dengan bijak melalui tunjuk ajar dan bimbingan ibu bapa dikhuatiri akan menjadi punca anak-anak remaja terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Tambahnya, dalam berdepan dengan situasi tersebut ibu bapa seharusnya berbincang dan berkongsi secara terbuka dengan anak-anak. ''Ini termasuklah dalam isu berkaitan pendidikan seks. Hal ini penting bagi memberi gambaran sebenar kepada anak, malah jika diberi keterangan secara terbuka ia akan memberi kefahaman meluas kepada anak-anak. ''Kita perlu sedar bagaimana kita boleh mengatur langkah untuk menjana jati diri remaja agar apabila dewasa kita boleh memungut hasilnya sebagai anak yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga di akhirat.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-