Wanita sayangkan keluarga, tetapi pada masa sama menyayangi kekasih yang juga suami orang.SEJAK akhir-akhir ini hidup saya tidak tenteram. Ia bermula selepas saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga suami orang ketika saya ditugaskan di sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika di sana, saya sunyi dan sering menghabiskan masa di pejabat .
Saya juga selalu keluar dengannya. Pada mulanya atas dasar kerja, namun selepas selalu sangat keluar perasaan itu mula bertukar menjadi sayang walaupun saya tahu dia mempunyai isteri dan tiga anak.
Selepas setahun berkawan hubungan kami semakin rapat dan dia berhasrat untuk mengambil saya sebagai isteri kedua. Sebagai seorang wanita, timbul perasaan bersalah kepada isterinya dan diri saya sendiri. Saya pernah terfikir kenapa saya boleh jatuh cinta dengannya sedangkan tiada apa yang istimewa pada diri kekasih saya itu. Pada masa sama saya mohon petunjuk supaya jika benar telah tercipta diri saya kepadanya rapatkan hubungan kami.
Pada awal tahun ini, saya mendapat berita saya ditukarkan ke Kuala Lumpur. Di hati kecil bertanya adakah pertukaran itu petunjuk dari Yang Maha Esa? dan kini saya masih bermohon untuk diberi petunjuk daripada-Nya.
Kini hampir sebulan saya dipindahkan ke Kuala Lumpur dan hubungan kami seperti biasa masih rapat. Malah, semua barang di rumah saya di Kuala Lumpur, kekasih saya yang belikan. Saya semakin tertekan apabila memikirkan masa depan saya. Sampai bilakah saya harus berkeadaan begini.
Untuk pengetahuan puan, keluarganya sudah mengetahui hubungan kami malah abangnya pernah menyuruh kami berkahwin.
Jika saya bawa dia pulang berjumpa keluarga saya pasti ditentang sepenuhnya tambahan pula perbezaan umur kami 11 tahun. Saya kini berusia 29 manakala kekasih saya 40 tahun. Saya pula anak bongsu dalam keluarga.
Saya semakin keliru antara cinta dan keluarga. Apa yang perlu saya buat? Adakah perlu saya tinggalkan cinta semata-mata keluarga sedangkan ini kehidupan yang saya pilih dan saya berasa bahagia walaupun kadangkala keputusan yang saya pilih akan mengundang kecewa pada diri saya sendiri. Saya juga sayangkan keluarga dan tidak mahu menghampakan harapan mereka. Saya juga boleh menerima hakikat bahawa saya akan bermadu, malah bakal madu saya semakin boleh menerima saya dan menganggap kami sudah berkahwin.
Saya buntu apa yang perlu dibuat, malah saya pernah minta hubungan kami diputuskan, namun dia menolak kerana sudah terlalu menyayangi saya.
Bantulah saya puan dalam membuat keputusan. Apa yang perlu saya lakukan kerana saya sayang akan keluarga saya dan pada masa sama menyayangi kekasih saya.
ZURI
ZURI yang kebingungan, selamat bertemu dan berkongsi pandangan walaupun saya tidak menjanjikan bimbingan ini akan menyelesaikan masalah anda. Selain itu, saya berharap jawapan saya ini tidak membuat anda bingung jika ia tidak sama dengan apa yang Allah rencanakan untuk anda.
Zuri sedarlah bahawa hidup kita ini tidak ada yang kebetulan, semuanya terpeta oleh Allah untuk kita lalui. Untuk itu, saya bersyukur andai kata jawapan saya mampu memudahkan laluan pilihan hidup anda.
Zuri yang baik. Percintaan adalah satu hadiah daripada Allah sebagai satu alat untuk kita meneruskan kehidupan yang bahagia andai kata kita melalui hidup ini dengan jalan yang lurus (shirathal mustaqim). Seperti yang disebutkan dalam surah An:Nisa':68 "Dan, pasti Kami akan tunjukkan mereka kepada jalan yang lurus."
Namun, tidak kurang juga ramai yang tertipu dengan lembayung pelangi indah dalam percintaan lalu masuk ke alam itu tanpa persediaan rapi dari segi ilmu dan kemahiran menyuburkan cinta itu...lalu akhirnya merendamkan air mata dan merana seumur hidup hasil silau mata tanpa bertanya dengan mata hati ketika bercinta.
Berpandukan kisah yang anda paparkan jelas umur anda adalah umur yang wajar berkahwin, lebih-lebih lagi anda sudah menemui teman yang anda suka dan cintai. Pada masa sama dia juga mencintai anda.
Ini dua syarat asas sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin. Biasanya jika dua syarat ini ada, anda sudah tidak mahu mendengar nasihat orang lain sama ada anda perlu berkahwin dengan lelaki terbabit atau tidak. Oleh kerana anda meminta pandangan, maka Umi memberi nasihat dari sudut psikologi dan adat kebiasaan. Jika anda memilih bakal suami yang sudah berkeluarga, bermakna anda juga harus bersedia untuk dimadukan pada masa akan datang, kerana bakal suami sudah berpengalaman meninggalkan isterinya atau dengan kata lain ada pengalaman bermain kayu tiga dengan isteri pertama untuk mendapatkan anda.
Jika anda sudah bersedia untuk ditinggalkan seperti dia mengenepikan isteri pertamanya untuk bersama anda dan sanggup berkorban untuk anda, tetapi bukan untuk isterinya maka teruskanlah. Jika anda sudah bersedia atas alasan suami mampu dan poligami wajar maka teruskanlah perkahwinan itu. Di samping itu, perlu difikirkan juga dari segi kemampuan material bakal suami anda kerana cinta tidak akan mengawangi tanpa wang yang cukup. Adakah dia akan menyara anda atau dia mengharapkan anda menyaranya bila sudah kahwin nanti.
Lihat juga dari jarak umur, 11 tahun agak besar jaraknya. Pengalaman Umi dengan mereka yang datang kaunseling perkahwinan, faktor usia menjadi satu dari sebab perceraian kerana matinya cinta. Jika ini juga terjamin, anda boleh teruskan. Jika tidak, fikirkan semula keputusan anda. Anda juga sudah memohon petunjuk dari Allah dan Allah berikan sentuhan lalu anda dijauhkan darinya. Adakah ini petunjuk baik dari Allah yang anda abaikan hanya kerana dia memberikan kemudahan untuk anda berpindah bagi membuktikan cintanya pada anda? Jika ini datangnya dari keyakinan hati anda, teruskan....kerana hati yang bersih dari kotoran tidak akan berbohong pada pemiliknya, Jika hati anda selalu senang dan segala masalah dapat dirungkai dengan baik serta mudah, lebih-lebih lagi anda berasa yakin sepenuhnya bahawa anda akan menuju penghujung yang baik, percaya sepenuhnya terhadap janji Allah, rela dengan qada-Nya dan dia (bakal suami pula) mengendalikan langkahnya mendekati anda berteraskan jalan yang lurus, bukan nafsu, kahwinilah dia.
Jika anda pasti usahanya tidak menyimpang dan bersulam dosa serta sangat mentaati perintah Allah, ucapannya dan hujah yang benar dari segi agama untuk dia mengahwini anda, bukan hujah yang dibisikkan syaitan atau disebabkan butanya hati melihat kewajaran, maka pilihlah dia.
Namun, jika ini petunjuk dari Allah untuk anda memikirkan semula permohonan anda dengan Allah dan melihat sebagai cara Allah mahu menjawab permohonan anda yang sebenarnya berdasarkan kata hati anda sendiri, maka fikirkanlah tindakan anda untuk bersetuju menjadi isteri keduanya. Apa yang perlu Umi kongsikan ialah satu daripada sebab keberkahan dalam perkahwinan ialah bila perkahwinan itu mendapat restu sepenuhnya daripada kedua-dua orang tua anda. Jika tidak, walau bagaimana hebatnya cinta tanpa restu orang tua perkahwinan itu akan kering dan layu di hujung usia. Maka sebelum membuat keputusan yang muktamad dapatkan dulu restu ibu bapa kerana mereka penyebab kita berada di dunia ini.
Tidak ada sebab anda sanggup melukakan hati kedua-dua orang tua yang jasa mereka tidak boleh dibalas dengan semua hadiah sebanyak isi dunia ini. Oleh itu, wajarkah anda memburu bahagia dengan orang yang anda temui hanya dalam tempoh setahun, berbanding anda mungkin sudah bersama keluarga anda lebih 27 tahun.
Ingat Zuri kita boleh diceraikan oleh suami tapi kita tidak mampu putus hubungan dengan ibu bapa yang doanya di angkat Allah serta merta. Pilihan anda akan menentukan yang anda memilih jalan hidayah dan iman atau jalan yang membawa anda ke jahanam. Kedua, jalan ini ada cabaran dan duri-duri yang sangat tajam. Maka siapa yang mampu melalui jalan hidup ini dengan keimanannya sesuai dengan keyakinannya, dia akan mampu mendapat hidayah ke jalan yang lurus ini maka akan lenyaplah semua kesusahan, kegundahan dan dukacita dalam hidupnya. Jika sebaliknya yang dirasai bermakna jalan layang dipilih tidak jalan yang lurus. Selamat membuat pilihan semoga pilihan anda adalah pilihan-Nya.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
http://www.bharian.com.my/