BIARPUN baru bermula, bahangnya sudah terasa. Sedikit sebanyak ia hasil daripada gimik persandingan 'olok-olok' yang mengujakan para tetamu pada majlis pelancaran peraduan Gerbang Cinta MEGA-Utusan Malaysia di Dewan Banquet Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, Selangor baru-baru ini. Majlis dihangatkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman yang menyempurnakan upacara merenjis 'raja sehari' , Helmi Che Azman dan Nurul Asyikin Nordin sebagai simbolik pelancaran pertandingan. Apa yang pasti majlis ala perkahwinan mini ini menjadi bukti awal kesungguhan Utusan Malaysia melalui sisipan Mega dan 10 rakan pintarnya menjayakan peraduan Gerbang Cinta yang julung kali diadakan dengan menawarkan hadiah berupa pakej perkahwinan yang keseluruhannya bernilai lebih RM250,000. Sepuluh rakan pintar termasuk Orked Art and Decoration; Mastar Catering; syokkahwin.com; MAEPS Managment Sdn. Bhd.; Picture Elements; Kampung Pengantin; jurusolek Afidah Khamis; T & T Boutique; Rumah Acara; dan QM Worldwide Holidays. Bagi yang masih tertanya-tanya apakah peraduan Gerbang Cinta itu, secara mudahnya ia adalah peraduan yang membuka peluang kepada pasang ingin berkahwin mengadakan majlis persandingan gilang-gemilang dengan ditaja hampir sepenuhnya. Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak berkata, antara objektif peraduan adalah memberi peluang kepada masyarakat khasnya pembaca setia Utusan Malaysia melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat tanpa mengeluarkan belanja besar. "Ramai pasangan menangguhkan hasrat untuk berkahwin disebabkan belanja perkahwinan semakin mahal. "Jadi dengan adanya peraduan ini sekurang-kurangnya mereka dapat mengadakan majlis perkahwinan seperti yang diimpikan," katanya. Di samping itu kata Aziz, peraduan itu turut memberi peluang kepada Utusan Malaysia untuk berinteraksi secara terus dan lebih dekat dengan pembaca. Bagaimanapun, peraduan yang bermula 20 Ogos lalu dan tamat pada 20 Oktober ini, hanya terbuka kepada pasangan yang akan berkahwin buat kali pertama. Hadiah tempat pertama berupa pakej perkahwinan bernilai RM150,000 meliputi sajian makanan dan lokasi perkahwinannya di Kampung Kahwin, Setapak, Kuala Lumpur, dekorasi pelamin, dewan dan meja pengantin, busana, solekan hiasan hantaran dan cenderahati. Selain itu turut ditaja kad jemputan, video, fotografi, bulan madu, sistem pembesar suara dan kursus kahwin. Hadiah kedua pula bernilai RM50,000 meliputi sajian dan lokasi di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor, selain dekorasi pelamin dan meja makan, busana, solekan hiasan hantaran, kad jemputan, video, fotografi dan bulan madu. Bagi hadiah ketiga ialah pakej perkahwinan bernilai RM25,000 dan lokasinya di kampung halaman pemenang yang terpilih. Pakej tersebut termasuk dekorasi pelamin dan meja makan, busana solekan, kad jemputan, fotografi, video dan sistem pembesar suara. Manakala tujuh hadiah sagu hati bernilai RM4,000 setiap satu turut menanti pembaca. Caranya mudah sahaja. Selain mengumpul 50 kepala akhbar (mast-head) Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia dari tarikh mula hingga tamat pertandingan, pembaca juga perlu menghantar tiga keping gambar majlis pertunangan berukuran 5R dengan menyatakan tarikh dan lokasi majlis. Akhir sekali lengkapkan slogan tidak melebihi daripada 15 patah perkataan di dalam borang penyertaan asal. Hanya 25 pasangan akan terpilih ke peringkat saringan dan pasangan tersebut akan ditemuramah oleh pihak penganjur untuk memilih 10 pasangan yang layak ke peringkat akhir. Berita eksklusif 10 pasangan tersebut akan disiarkan dalam laman web syokkahwin.com yang mana undian pasangan paling digemari boleh dibuat oleh orang ramai. Undian melalui laman web itu akan meliputi 30 peratus daripada jumlah markah dan bakinya akan ditentukan oleh juri profesional. Borang akan disiarkan di semasa ke semasa dalam sisipan Mega. Penyertaan tertakluk kepada syarat dan peraturan penganjur. Keterangan lanjut boleh hubungi Kak Tim, Dino atau Zura di talian 03-92877777 sambungan 306, 259 dan 348.Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-