ROHANIZA Mat Isa, 36, seorang penerbit berita di sebuah stesen televisyen swasta sejujurnya tidak berniat untuk menjadi begitu selektif dalam memilih pasangan hidup. "Saya masih solo sebab masih belum sampai jodoh bukan menolak jodoh," ujarnya ringkas ketika ditanya sebab masih menyendiri. Seperti insan lain, Rohaniza percaya setiap manusia di muka bumi ini mempunyai jodoh mereka masing-masing dan disebabkan itu dia yakin jodohnya juga akan tiba, cuma belum tentu siapa dan akan berjumpa di mana. "Memang saya pernah rasakan bertemu dengan pilihan yang tepat tetapi malangnya ada di antara mereka suami atau tunangan orang. Sebaiknya saya menjauhi dari perhubungan tersebut sebelum ia bertukar menjadi satu masalah lain pula," kata wanita kelahiran Kedah ini. Berbicara tentang sejarah perhubungannya dengan lelaki, Rohaniza mengakui pernah berpacaran sebelum ini. "Memang kami berpasangan untuk satu tempoh yang agak lama, namun ternyata tidak ada jodoh antara kami. "Kami berpisah secara baik dan dia (bekas teman lelaki) kini sudah berkahwin dan mempunyai anak. Bohong kalau saya kata tidak berasa kecewa tapi itu bukan bermakna saya serik atau membenci lelaki sehingga tidak mahu berkahwin," jelas wanita berperwatakan ceria ini. Ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk bergelar isteri, Rohaniza berkata 'ya'. Baginya pada usia sekarang tidak ada halangan untuk mendirikan rumah tangga kalau bertemu dengan lelaki yang sesuai. "Namun bukan bermakna saya terdesak. Malah saya selesa dengan kehidupan sekarang punya kerjaya tetap dan sedikit harta buat bekalan hari tua cuma kalau ada teman mungkin ia satu bonus," katanya. Persediaan dan perancangan amat penting AZWANIS Yusof, 30, menyandang jawatan sebagai penganalisis kewangan untuk sebuah syarikat komputer antarabangsa membuatkan rutin hariannya banyak dihabiskan pada kerja. "Saya memang belum mencari jodoh secara serius. Namun saya percaya pada Allah...jodoh dan takdir-Nya," katanya. Wanita ceria ini tidak menafikan masih solo kerana karier yang disandang menuntut sebahagian besar waktunya. "Setiap hari saya bekerja dari 5 pagi sampai 6 petang. Hujung minggu pula masa untuk bersama keluarga dan kawan-kawan perempuan yang lain. Memang tak berkesempatan untuk berpasangan dengan lelaki kerana waktu kerja yang padat," jelasnya. Wanita yang selesa disapa Anis mengakui ada kalanya hati berasa amat risau kerana masih tidak berkahwin. "Sampai bila hendak solo, sebagai wanita biasa saya juga mahukan teman untuk menyokong dan menemani kehidupan ini. Tetapi selagi ahli keluarga dan rakan rapat ada di sekeliling saya tidak pernah rasa sunyi. Memang perkahwinan akan melengkapi tetapi saya hargai apa yang ada sekarang. "Bagi saya perancangan amat penting kerana untuk menjadi isteri bukan saja perlu bersedia dari fizikal malah mental juga. Buat masa ini sementara masih belum bertemu jodoh saya fokus untuk berkerja, maklumlah dalam dunia kini semuanya memerlukan duit, jadi sebelum berkeluarga lebih baik bersedia terutama daripada aspek kewangan," tambahnya. Tentang kebarangkalian menggunakan khidmat agensi mencari jodoh memang tak pernah terlintas difikirannya kerana tidak yakin dapat bertemu yang sesuai dengan kehendak hati. "Tidak bermakna agensi tidak bagus cuma saya masih belum ada keyakinan untuk mencari jodoh menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya. RIZNA Md Aros, lewat 30-an juga yakin bahawa setiap manusia mempunyai pasangan masing-masing cuma belum dipertemukan bila dan di mana. "Saya percaya jodoh saya akan sampai jua akhirnya. Bagi saya tak guna merancang kerana segala yang dirancang tidak semestinya berlaku," jelas ketua pereka bentuk barangan kemas ini. Rizna berkata, terdapat banyak contoh daripada rakan-rakannya yang bercinta dan merancang untuk berkahwin tetapi akhirnya tidak kesampaian. "Sebab itu saya percaya dengan kenyataan jodoh itu di tangan Allah. Walau kita pernah berkawan dengan banyak lelaki sekali pun kalau Allah kata itu bukan jodoh kita maka tak jadi lah perkahwinan itu. "Bagi saya sendiri memang saya berserah dan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik. Bukan bermakna saya menyerah sepenuhnya kepada takdir, usaha tetap ada," tambahnya. Rizna tidak menolak jodoh yang ada dan sebagai seorang perempuan beliau mengakui akan menjadi setia kepada pasangan hidup kelak. "Selagi belum sampai saya lebih selesa memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya saya," ujarnya mengakhiri bicara. - NOOR FAZRINA KAMAL
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-