Ibu jari mewakili ibu bapa, Jari telunjuk mewakili adik-beradik, Jari tengah mewakili diri sendiri, Jari manis mewakili pasangan, Jari kelengkeng mewakili anak-anak. PETIKAN puisi nukilan pujangga Inggeris tidak bernama ini menjawab persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan pada jari manis pengantin perempuan. Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin. Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat. Walau ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis si isteri. Dalam kebanyakan adat, cincin diberikan sebagai tanda perkenalan, pengikat (pertunangan) serta perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu pula, cincin seperti sudah menjadi item 'wajib bawa' semasa majlis merisik dan pertunangan. Bagaimana hebat pun hantaran 'serba berdiri', aura cincin dalam majlis perkahwinan tetap relevan. Namun jangan pula asyik kaitkan cincin dengan tanda dimiliki seseorang. Ini kerana wanita membeli cincin bukan hanya kerana mereka ingin berkahwin atau bertunang, tetapi mereka juga mahukan lebih keyakinan dalam penampilan. Bagi kebanyakan orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberikan alasan kerana ia lebih menyerlah dan emas kuning juga diibaratkan seperti pelaburan jangka panjang yang menguntungkan berbanding emas putih. Namun jika kita perhatikan trend hari ini, semakin ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka untuk nampak lebih muda dan bergaya. Pilih cincin ibarat memilih pasangan hidup? Ini kerana sebentuk cincin yang dipilih untuk majlis perkahwinan akan kekal dan nilainya tidak akan sama dengan mana-mana cincin yang dibeli sebelum atau selepas detik bersejarah tersebut. Ketua pereka bentuk cincin Tomei, Rizna Md. Aros berkata, faktor itulah juga yang menjadi cabaran setiap kali menghasilkan rekaan terbaru untuk jenama barang kemas tempatan itu. "Sebelum mengilhamkan sesuatu rekaan saya perlu mendalami konsep dan meletakkan sepenuh jiwa pada rekaan yang akan dihasilkan untuk memuaskan hati," jelasnya pada satu temu bual eksklusif sempena Pameran Ekstravaganza Perkahwinan Tomei yang berlangsung di Pusat Membeli Belah One Utama, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Rizna berkata, cabaran utama yang sering dihadapi bersama ahli kumpulan perekanya ialah untuk menghasilkan rekaan yang memuaskan hati pasangan yang bakal mengikat tali pertunangan atau pernikahan. "Sebenarnya reka bentuk cincin ini amat subjektif. Ia bergantung kepada pendapat individu yang biasanya mudah terpengaruh dengan rekaan dilihat di majalah atau Internet. "Jadi sebagai pereka kami membangunkan rekaan hasil daripada cita rasa itu. Ia bukan bermakna kami meniru sebaliknya kami juga punya idea sendiri dan mengadunkan dengan selera tempatan. "Dari segi bentuk pula memang ramai gemarkan yang ringkas tapi tak kurang juga sukakan sesuatu yang hebat dan besar. Oleh itu dalam satu konsep yang telah dipilih kami hasilkan pelbagai reka bentuk demi memenuhi cita rasa pembeli yang pelbagai," jelasnya. Sejak menyertai Tomei lebih lima tahun lalu, Rizna melihat perubahan pemilihan bakal pengantin yang kini lebih berminat kepada emas putih. Pada pendapat beliau, ia mungkin hasil pengaruh masyarakat Barat di mana mereka lebih cenderung memilih emas putih berbanding emas kuning. Beliau yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang reka bentuk barangan kemas mengakui ilham bagi menghasilkan sesuatu rekaan biasanya datang apabila dimaklumkan mengenai konsep yang mereka mahukan. "Inspirasi lahir daripada pemerhatian. Rekaan menjadi mudah apabila pereka diberitahu tentang konsep. Contohnya kami diminta menghasilkan cincin kahwin, maka apabila diberitahu tentang konsep bunga seperti ros maka kami akan bangunkan rekaan daripada bentuk tersebut. "Selepas menggabungkan idea dan meluahkan imaginasi dalam satu lakaran, kami akan meminta pandangan pihak atasan. Setelah diluluskan barulah diteruskan dengan proses berikut iaitu di bahagian produksi," ujarnya. Bagi Rizna matlamatnya ialah menghasilkan satu rekaan yang kekal lama dan tidak lapuk ditelan masa, sesuai dengan maksud perkahwinan iaitu kekal abadi. "Bagi cincin merisik atau pertunangan kebanyakan orang Melayu gemarkan yang ringkas dan tidak berbatu. Jika cincin emas biasanya cincin belah rotan yang dipilih untuk kedua majlis ini. "Bagaimanapun untuk perkahwinan mereka kini gemar memilih cincin yang memiliki sebutir berlian atau solitaire. "Kami turut menghasilkan rekaan cincin lelaki yang diperbuat daripada suasa. Bagi yang mampu boleh juga memilih cincin lelaki yang diperbuat daripada platinum," ujarnya. Pameran Perkahwinan Ekstravaganza Tomei Tomei, jenama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan pameran ekstravanganza di ruang legar pusat membeli belah One Utama, Kuala Lumpur. Pameran yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos lalu bersempena dengan Jualan Mega Malaysia sepanjang Ogos . Pengurus pemasaran Tomei, Christine Lim berkata, pada pameran itu, Tomei memperkenalkan koleksi cincin terbaru mengikut kategori. "Untuk perkahwinan ada 12 reka bentuk baru, empat jenis untuk pertunangan, tiga rekaan untuk cincin tanda perkenalan dan untuk pertama kalinya kami melancarkan cincin sempena ulang tahun perkahwinan. "Istimewanya koleksi julung kali ini ialah penggunaan emas ros dan bagi yang mahu menempah ukiran nama boleh dibuat di bahagian belakang cincin. "Koleksi kali ini dikategorikan dalam tiga konsep yang diberi nama Cherish, Dazzling Amour danEternal Binding," jelasnya ketika ditemui di lokasi yang sama.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-