SESIAPA sahaja pasti tersenyum tatkala melihat wajah ceria dan gelagat sepasang kembar seiras yang juga penghuni Yayasan Rumah Anak Yatim Pinggiran Tun Dr. Ismail ini. Melihat telatah mereka yang sering berdua di setiap tempat di rumah tersebut membuat yang memandang kelihatan bahagia. Namun hakikatnya, tiada siapa menduga bahawa Mohd. Amir Azman dan pasangan kembarnya,Mohd. Amirul Azman,12, sebenarnya menyimpan lipatan kisah hidup yang penuh duka. Riak ceria wajah dua anak kembar ini berubah menjadi murung seketika tatkala ditanya mengenai Ramadan yang bakal dilalui. ''Saya masuk sini awal tahun ini, jadi ini kali pertama kami bakal berpuasa tanpa emak dan adik- beradik lain ''Tak tahulah macam mana kali ini berpuasa di tempat baru, mesti suasana lain daripada biasa ,'' ujar Mohd. Amir yang berasal dari Kampung Losong, Terengganu. Katanya lagi, walaupun sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga kehadiran kawan-kawan sebaya lain yang senasib dengannya sedikit sebanyak menjadi penawar rindu terutama pada emak dan adik bongsunya, Aishah Husna, 5. Apa pun kesedihan yang ditanggung dua beradik kembar ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk mengejar kejayaan terutama dalam pelajaran. ''Dari awal lagi emak bagi tahu kami dihantar ke sini bukan sebab emak tak sayang kepada kami tetapi untuk memudahkan kami belajar,'' terangnya bersungguh. Justeru, tempoh tiga bulan lagi sebelum menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan digunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran. ''Saya nak buktikan pada emak yang kami berdua boleh berjaya walaupun berjauhan dengan dia'' ujarnya sambil menyeka air mata yang bergenang. Melihatkan keadaan begitu, pasangan kembarnya, Mohd. Amirul cuba menenangkan diri. Katanya, apabila dewasa kelak, dia ingin menjadi individu berguna kepada ibunya sekali gus dapat mengubah nasib mereka sekeluarga. Mohd. Amirul memberitahu, mereka berdua telah kematian ayah tersayang ketika berumur lapan tahun kerana penyakit jantung. ''Sejak itu kehidupan kami lima beradik agak sukar kerana hanya emak menanggung kami dengan mengambil upah menjahit baju,'' katanya. Bercerita tentang kemasukan ke Yayasan Rumah Anak Yatim Pinggiran Tun Dr. Ismail, kedua-duanya dihantar oleh saudaranya selepas mendapat tahu mengenai rumah tersebut. ''Hati siapa yang tidak sedih kena berpisah dengan emak sendiri, malah sehari sebelum datang, macam-macam berlegar di fikiran saya, tambahan pula kami tidak pernah berpisah ,'' ujarnya. Jelasnya, demi masa depan dan mengenangkan masalah kesempitan yang dialami oleh keluarganya mereka sanggup berpisah sementara dengan ibu dan adik-beradik yang lain. ''Dari awal lagi saya nekad datang ke sini demi masa depan saya,'' ujar Mohd. Amirul yang bercita-cita menjadi seorang akauntan. Ditanya mengenai kehidupan baru di rumah anak yatim tersebut, dengan pantas Mohd. Amirul memberitahu, mereka seronok tinggal di rumah tersebut. ''Di sini, saya merasakan lebih berdisiplin, malah segala persiapan diri dibuat sendiri,'' katanya. Malah akui pasangan kembar ini, sejak tinggal di rumah tersebut membuat mereka semakin matang dalam keputusan dan persiapan diri.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-