BERCERAI, ditinggalkan, berpisah dan teraniaya sama ada daripada aspek mental ataupun fizikal adalah antara beberapa terma yang amat digeruni wanita yang telah berkahwin. Wanita yang berhadapan dengan situasi di atas lazimnya membiarkan diri terus tertekan, dihantui rasa takut dan bersalah yang bercampur baur dalam diri. Tidak ramai daripada wanita yang ditinggalkan atau diceraikan mengetahui saluran yang betul untuk merujuk masalah mereka. Apabila perasaan negatif menyelubungi diri, pelbagai tindakan yang tidak masuk akal boleh terjadi. Bagi wanita yang pernah berhadapan dengan situasi penceraian atau salah satu yang disebutkan di atas, jangan patah semangat kerana ada golongan ingin membantu. Baru-baru ini bertempat di Pusat Konvensyen Swan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor telah diadakan forum bertajuk 'Memperkasakan Wanita yang Ditinggal' yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway, Ch'ng Lin Ling serta Ketua Divisi Kesihatan Siemens Malaysia, Micheal Schmermer sebagai penaja forum. Forum dua hari tersebut disertai oleh 30 wanita yang telah ditinggalkan. Forum yang lebih berbentuk kepada bengkel ini diketuai oleh Perunding Psikologi Klinikal Sunway Medical Centre,Paul Jambunathan. Beliau yang juga merupakan pensyarah psikologi di Monash University, Sunway, berkata, wanita yang hadir dalam bengkel ini datang dari pelbagai latar belakang dan sejarah hidup. Meluahkan "Bukan itu sahaja, mereka turut diberitahu cara-cara untuk mengatasi kesunyian setelah ditinggalkan pasangan masing-masing," jelasnya yang pernah memberi rundingan kepada lebih 5,000 individu yang berhadapan dengan masalah kekeluargaan. Menurut Paul, paling penting bagi wanita yang berhadapan situasi sebegini ialah kekuatan yang datang dalam diri mereka sendiri. Antara jenis rawatan yang boleh diberikan kepada mereka ialah stimulasi dan rangsangan yang dilakukan secara individu dan dalam kumpulan. Ketika satu sesi meluahkan perasaan, ramai peserta yang menitiskan air mata. Mereka dikehendaki berbaring, diberi bantal dan selimut, sambil diiringi kata-kata daripada moderator serta alunan muzik instrumental dipasang untuk memberi ketenangan kepada peserta. Mereka kemudiannya dikehendaki menggunakan satu perkataan bagi menggambarkan keadaan diri mereka ketika itu. Peserta kemudiannya dikehendaki berbaris dalam dua barisan dan bergilir-gilir mengambil tempat sambil membacakan emosi yang tercatat pada sekeping kertas yang ditampal pada bahagian depan baju masing-masing. Pada forum tersebut, penulis berkesempatan menemuramah tiga peserta yang sudi berkongsi kisah rumah tangga mereka dan perasaan setelah menyertai bengkel memperkasakan wanita yang ditinggalkan. Pengakuan eksklusif: MASRIAH Abdullah, 54, seorang pekerja di klinik swasta. Ibu kepada lima anak berusia antara 21 hingga 31 tahun ini mengikut suaminya yang melanjutkan pelajaran di England pada tahun 1993. "Suami saya seorang yang panas baran. Sepanjang 19 tahun lamanya saya mengalami penganiayaan mental. "Satu hari ketika dia hendak mengambil peperiksaan, suami telah menjatuhkan talak ke atas saya. Ketika itu saya merasakan pengorbanan saya sia-sia belaka, dia (suami) mendapat apa yang diingini, saya pula tidak berpeluang meneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan. Situasi tersebut benar-benar mengganggu fikiran dan emosi. "Kekecewaan itu masih kekal hingga kini. Bagaimanapun dengan adanya bengkel seperti ini saya dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi dan sedikit demi sedikit mengawal rasa marah dan kecewa yang selama ini membelenggu diri," ujarnya. SABRINA Low, 45, ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Berasal dan menetap di Kuala Lumpur. Menurut Sabrina, perkahwinan dia dan suami memang bahagia hinggalah ketika dia hampir melahirkan anak kedua. "Perkahwinan saya menjangkau empat tahun namun ketika usia kandungan kedua memasuki lapan bulan, suami membuat pengakuan bahawa dia sudah mempunyai kekasih lain. "Saya rasa seperti mahu mati. Dalam masa menunggu untuk bersalin saya tidak mampu menjamah apa-apa makanan pun hinggalah rakan saya membawa saya berjumpa dengan kaunselor. Saya akhirnya bersalin tanpa suami di sisi dan selepas itu saya membawa diri dan anak-anak tinggal bersama ibu bapa. "Bagaimanapun, setelah melibatkan diri dalam beberapa bengkel motivasi, barulah saya rasa bersyukur kerana bercerai. Tidak ada gunanya tinggal bersama suami yang kaki judi dan kaki perempuan. "Kini kehidupan saya lebih baik dan saya juga telah sembuh daripada luka akibat ditinggalkan suami," ujarnya yang hingga kini masih belum berjumpa pengganti. JOANNE Lim, 70, memang kelihatan lebih muda dari usianya. Jika orang mengatakan masalah membuatkan kita tampak lebih berusia dari umur sebenar tapi tidak bagi ibu kepada tiga orang cahaya mata ini. Dia yang berasal dari Pulau Pinang berpisah dengan suami ketika berusia 36 tahun. "Saya diceraikan sehari selepas melahirkan anak bongsu. Walaupun sudah bercerai, hati saya berkeras tetap mahukannya, saya akui rasa sayang terhadap suami amat kuat, dalam masa yang sama saya rasakan saya amat bodoh kerana menyayangi orang yang membenci saya. "Selepas bercerai, saya mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki yang mendekati saya. Saya ada menerangkan kepada pakar psikologi tentang keadaan tersebut dan mereka mengatakan bahawa saya masih mahukan perhatian dan kasih sayang daripada seorang suami. Tetapi hingga kini saya masih sendiri kerana belum bertemu dengan yang sesuai. "Melibatkan diri dalam bengkel seperti yang dianjurkan pada hari ini amat membantu perasaan sedih yang saya alami. Ia sekali gus membuatkan saya tabah dalam meneruskan kehidupan bersendiri," ujarnya yang telah bercerai selama lebih 30 tahun.Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
August
(70)
- Menangani kesedihan ditinggal suami
- Rahsia formula kejayaan
- Sama seperti mati munafik
- Rohayati tabah dalam duka
- Nora Danish yang bertuah
- Memori pilu seorang ibu
- Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipi...
- Direnjis-renjis: Perkahwinan penuh nostalgia
- Jangan bawa anak kecil lawat hospital
- Lelaki muda lebih fleksibel
- Azam mendidik anak
- Isteri, ibu dan pekerja
- Hadis sahih mengenai puasa
- Sebat untuk didik
- Dadah dalam lubang tandas, pengedar dicekup
- Belasah ibu
- Saat menilai cinta
- Rantau Abang disumpah batu penyu?
- Keliru antara cinta dan keluarga
- Jadikan Anak Sebagai Winner
- Ciri-ciri pemimpin sejati
- Sabar atas kematian insan tersayang
- Merealisasikan impian
- Peluang perkahwinan ditaja
- Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
- Sah! Perempuan memang emosional
- Sukarnya mencari cinta
- Apabila talak jadi mainan
- Sejahat-jahat makhluk
- Sabar hadapi karenah mertua
- Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terd...
- Karya ulama silam didedah
- Pasangan kembar ingin ubah nasib keluarga
- Bina jati diri anak
- Etika dan adab seorang blogger
- Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
- Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
- Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang...
- Ingin Menjadi Isteri Idaman ?
- Wanita tanpa suami bukan bebanan
- Nescaya Tersiksa !
- Takdir cinta Akhil-Waheeda
- Tip menghangatkan kasih sayang dengan suami
- Percaya setiap insan memang ada jodo
- Ubah stigma tentang cari jodoh
- Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
- 30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
- Diri pada tahap nafsu mardiyah diredai Allah
- Aura cinta sebentuk cincin
- Jawatan Kosong Di Terengganu
- Amalkan sikap membelai pasangan
- Nailah melindungi Khalifah Uthman
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Pers...
- Kanser isu keluarga
- Tanggungjawab didik anak
- 25 aduan isteri jadi mangsa dera seks
- Kenali Wanita...
- Kisah Ibu Menangis
- 7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
- Maryam dihantar ke Baitul Maqdis
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- Kecelakaan zina
- Zubaidah mendermakan hartanya
- Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
- Cinta Abadi
- Hukuman mati kerana kahwin lari
- Nafsu ammarah darjat paling hina
- Ayah baik setahun saja
- 29 Perhimpunan mega anak Terengganu 1 Ogos 2009
-
▼
August
(70)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan. Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan. Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya. Namun begitu, kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset sama sekali. Di dalam tempoh lima dekad merdeka kita telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju. Kita telah menjadi negara pertama di dunia yang berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping kita juga berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama hanya dalam tempoh masa amat singkat yakni dua generasi sahaja. Apakah formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini? Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan. Sayangnya, masa yang berguling telah menyaksikan jambatan dibina oleh bapa-bapa kita dahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi untuk memuaskan agenda sempit mereka. Di persimpangan ini, cabaran terbesar rakyat Malaysia ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama kita. Pokoknya, kita perlu terus mengurus kejayaan, membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan terpupuk selama ini. Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malah akan musnah jika kita tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan. Benarlah kata orang, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang kita sedang kecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi. Kejayaan ini hasil perjuangan, keringat, air mata dan darah para wira serta para wirawati negara sama ada yang didendang atau pun tidak. Ia dibangunkan oleh pendahulu-pendahulu kita yang lampau. Ia dipertahankan oleh anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa. Ia disuburkan oleh para murabbi dan pendidik yang gigih berjuang di kelas-kelas dan bilik kuliah. Ia dimakmurkan oleh wira swasta, wira korporat, para penjaja, waima peniaga kecil yang gigih dengan semangat keusahawanan mereka mencipta kemakmuran. Tuntasnya, ia dilincirkan pula oleh para penjawat awam yang gigih berkhidmat. Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada ataupun tidak, tua atau muda. Kendati itulah, saya ingin tegaskan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia. Yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan untuk bekerja keras dan keberanian untuk mengambil risiko. Di atas segala, sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah melalui pelbagai detik dan panca peristiwa. Segalanya, dilalui penuh dengan suka duka, pahit manis dan jatuh bangun bersama dalam kemajmukan. Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80-an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redai dengan jaya. Ternyata walau apa pun, harus diinsafi bahawa kita tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lalu tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru. Lantaran itu, untuk menentukan hari esok lebih baik dari hari ini kerajaan telah pun memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang kita menjadi sebuah negara yang maju. Sebermula pentadbiran saya telah diutarakan konsep 1Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras hala tuju matlamat kerajaan. Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara. Akhir kalam, ayuhlah kita suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia. Marilah kita realisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia - Marilah kita pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama-samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjuk-Nya jua.Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT justeru di atas rahmat dan limpah izin-Nya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang mati tanpa pernah berperang bahkan jiwanya tidak pernah tergerak hendak turut berperang, maka matinya sama dengan mati munafik.”
LANGIT tidak selalu cerah. Demikianlah kehidupan Rohayati Yusuf, 43, yang kini mengerah tulang empat kerat bagi membesarkan tujuh anaknya selepas kematian suami pada Oktober 2008. Menceritakan kisah hidupnya, anak kelahiran Muar, Johor ini memberitahu, suaminya, Zakir Hussin Nor Mohamed meninggal dunia kerana penyakit bengkak hati. Sejak itu, beban yang digalas oleh Rohayati semakin berat. Ibarat kata pepatah, 'berat mata memandang berat lagi bahu memikul.' Namun, beliau menggagahi melalui semua kepayahan itu apabila memikirkan masa depan anak-anak yang berusia dari tujuh hingga 21 tahun. Bayangkan, lima daripadanya masih bersekolah. Seorang di institut latihan dan anak sulungnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor. Untuk itu, Rohayati bingkas bekerja sebagai pembersih di Lembaga Zakat Selangor (LZS) Kuala Kubu Bharu, seawal pukul 7.30 pagi. Selepas tiga jam, dia balik ke rumah untuk membungkus jajan dan nasi lemak. Semua makanan itu adalah untuk diniagakan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu 1. "Saya berniaga di sekolah dari pukul 1.30 hingga 2.30 petang ketika murid-murid keluar dari sekolah. "Saya lakukan semua ini bagi membuktikan yang saya juga mampu berusaha dan berdikari untuk memberi makan anak-anak saya," katanya dalam pertemuan dengan Mega di rumahnya di Rumah Murah Padang Tembak, Kuala Kubu Baru, baru-baru ini. Turut menyertai ziarah itu ialah Pegawai Pena LZS, Majlis Agama Islam Selangor, Hamizul Abdul Hamid. Hasil keringatnya itu, membolehkan Rohayati memperoleh pendapatan sekitar RM600 sebulan. Minat berniaga Rohayati bukanlah baru. Sebelum ini, dia pernah menjual cendol dan rojak menggunakan kereta sorong. Walaupun perniagaannya mendapat sambutan, ia terpaksa dihentikan apabila gagal mendapat lesen daripada pihak berkuasa. "Memang berniaga itu cita-cita saya. Malah anak sulung saya pun melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di UiTM. "Sebabnya dia mahu membantu saya mencapai cita-cita tersebut yang sekian lama tertangguh akibat ketiadaan modal," katanya sambil membungkus jajan untuk jualan. Sedang kami berbual tengah hari dalam bulan Syaaban itu, Rohayati menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anak sulungnya, Norjahan, 21. Kandungan SMS itu antara lain berbunyi: "Mak, duit Along tinggal RM7. Kredit panggilan pun tinggal 20 sen ja. Nak top up pun tak berani. Kalau ada duit mak tolonglah masukkan. Ni, pun Along puasa hari-hari". Membaca SMS itu menyebabkan Rohayati menitiskan air mata. Manakan tidak, hendak dihulur bantuan dia sendiri kesempitan ketika itu. Wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anaknya masih belum diterima. "Macam mana ustaz, (Hamizul). Nak minta tolong dari jiran-jiran saya malu. Itu yang saya sedih sangat. "Saya balas kepadanya, bila dapat duit bantuan LZS nanti saya akan masukkan segera," katanya sambil mengesat air mata. Menurut Rohayati, hal itu berlaku disebabkan anaknya mengambil semester tambahan bagi mempercepatkan pengajiannya. "Masa itu, makan minum kena tanggung sendiri. Sebab itulah duit PTPTNnya tak cukup," jelasnya yang berusaha keras memastikan ada wang saku Norjahan sebanyak RM300 sebulan. Dengan azam membebaskan hidup daripada kemiskinan, Norjahan tekad belajar bersungguh-sungguh dan sudah dua semester mendapat Anugerah Dekan. Bagaimanapun, Rohayati bersyukur kerana di sebalik kesusahan dan kesempitan hidupnya, dia masih mendapat bantuan khususnya daripada LZS. Katanya, sebelum mendapat bantuan LZS, kehidupannya jauh lebih susah. Malah dia pernah tinggal di garaj kereta untuk berteduh anak beranak. "Masa itu, anak lelaki yang sekolah menengah akan ambil upah mencuci pinggan untuk bantu saya pada Sabtu dan Ahad. Anak perempuan pula ambil upah sebagai pencuci rambut. "Nak menyambut hari raya bagi kami hanya bergantung kepada sedekah orang. Baju, kasut dan lain-lain semuanya orang bagi. "Kalau ada barang yang masih elok dan pemiliknya nak buang, saya minta untuk anak-anak saya," katanya. Kata Rohayati, anak-anaknya juga seperti kanak-kanak lain selalu meminta dibelikan macam-macam. "Ada yang minta makan KFC, McDonalds, ada yang minta kasut bola tetapi saya tak dapat belikan. "Saya cuma kata, sabarlah bila ada duit nanti, kita beli. "Baju-baju pun yang mampu saya beli hanyalah baju bundle," katanya. Di situlah, bermulanya dia mendapat bantuan LZS. Sejak tahun 2008, Rohayati menerima bantuan bulanan RM350 selain beras, gula dan tepung. Dia mengakui, bantuan LZS itu bagaikan memberi semangat baru untuknya berusaha lebih gigih menambah pendapatan. Selain itu, dia juga mendapat 'kaki' baru apabila mendapat bantuan motosikal terpakai untuk kegunaannya berniaga. Lain-lain bantuan adalah bantuan Hari Raya iaitu RM1,000 dan bantuan pada awal sesi persekolahan sebanyak RM600. "Kini, saya sedang mengumpul modal untuk membuka semula peniagaan cendol. Saya rasa RM500 cukup untuk memulakannya tetapi saya dah malu hendak minta bantuan lagi," katanya. Mengenai sumbangan yang diterima dari LZS, Rohayati amat berterima kasih pada LZS dan para pembayar zakat kerana bantuan itu meringankan beban hidupnya. "Saya doakan mereka murah rezeki dan boleh bantu lebih ramai lagi orang yang senasib dengan saya. "Ada yang salah anggap orang kaya pun dapat zakat tetapi saya nak beritahu, LZS utamakan orang yang lebih susah. Sebab saya sudah melaluinya," katanya.
LEMBUT sikap dan sifat namun dalam kelembutan itu ada kekuatan dan ketabahan yang tidak ternilai untuk terus mengharungi cabaran kehidupan. Masakan tidak, baru menginjak usia 27 tahun Mac lalu, kini di bahunya sudah terbeban satu tanggungjawab besar - sebagai seorang ibu tunggal. Nora Mohd. Danish Hanif atau lebih dikenali dengan panggilan Nora Danish mengakui, lembut tutur kata dan sopan santun tingkahnya tidak pernah menjadikan dia seorang yang lemah. Jauh sekali untuk berasa gentar meneruskan kehidupan sendirian selepas bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, anak sulung bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Malah saat sedih dan kecewa mengharungi perceraian, kedua-dua belah keluarga tanpa lelah dan lesu terus membantu memberi nasihat dan menaikkan semangat. Keluarga mertua sehingga hari ini begitu prihatin dengan dirinya dan terus menyayangi Nora seperti anak mereka sendiri. Keluarganya sendiri begitu memberi sokongan dan amat mengambil berat perihal suka duka yang dilalui. "Memang saya bertuah." Demikian kata Nora mengenai kehidupannya. Dan tambahnya, selain keluarga, teman-teman rapat juga banyak memberi semangat. Nora juga tidak ketinggalan mengungkapkan rasa terima kasih kepada pihak media kerana memberinya ruang dan peluang untuk tidak diganggu selepas bercerai kerana mahu menumpukan perhatian kepada dirinya yang sedang hamil. "Media bukan sahaja memahami keadaan tapi mereka juga menghormati permintaan saya dan tidak memberi tekanan," jelasnya. Pun begitu, Nora sendiri merupakan seorang wanita muda yang amat optimis menjadikan dirinya kuat menghadapi segala dugaan. Baginya zaman untuk bersedu sedan sudah berlalu. Kini baginya adalah zaman untuk bangkit semula. "Saya tidak pernah sedih dengan kehidupan yang saya jalani hari ini. Malah saya bersyukur kerana ia semakin membahagiakan. "Malah saya lebih mensyukuri nikmat yang saya perolehi kerana saya masih menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga mertua dan bekas suami dan bekas suami juga tetap menjalankan tanggungjawab (menjaga anak) dengan baik," jelasnya. Malah menurut Nora, kelahiran anaknya, Putera Rayqal Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Rayqal pada 7 Januari lalu membalut segala kesan-kesan luka di hati. Ya, Rayqal memulihkan kembali hati dan perasaan saya," katanya sambil melihat anaknya yang semakin keletah dan sudah pandai berjalan jatuh. Menjadi seorang yang lebih tabah, pengalaman mendirikan rumah tangga dan melalui perceraian yang mendukacitakan memberi banyak hikmah dan pengajaran buat dirinya. Tidak pernah berdendam malah kata Nora, pengalaman-pengalaman yang dilalui itu memberikan kematangan. Untuk menjadi orang yang lebih baik, kata Nora. Dan Nora menjadikan ibunya, Sally Talib, juga seorang ibu tunggal yang kematian suami sebagai mentor dan pembakar semangatnya untuk terus berjuang dengan kehidupan. l Sedia temui pengganti Berkahwin dan bercerai, bahagia dan sengsara, sudah dirasai dan sebagai wanita yang matang dan positif terhadap kehidupannya, Nora memberitahu tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi. Malah Nora tidak menolak andai ada lelaki yang mahu mencuri hatinya kerana bagi Nora, dia perlu memberi ruang dan peluang kepada dirinya untuk mengecapi bahagia bersama insan bernama lelaki. Namun tegasnya, pengalaman silam akan dijadikan benteng untuk menempuhi kehidupan baru bersama pilihan hati. Pun begitu, Nora memberitahu, ketika ini hatinya masih belum terisi dan dia juga menegaskan tidak mahu terlalu cepat untuk mencari pengganti. "Teman istimewa itu ramai dan mereka ini adalah teman-teman baik lelaki mahupun perempuan yang rapat dengan saya. Tetapi lelaki istimewa masih belum ada," katanya sambil ketawa. Ini kerana tegas Nora, buat masa ini, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak kesayangannya dan meningkatkan kerjaya dalam bidang seni yang diminatinya. l Permata hati Selepas hampir setahun menjalani kehidupan sendirian, Rayqal menjadi peneman yang sangat membahagiakan. "Memang betul kata orang, ada hikmah pada setiap kejadian. Dan pada saat saya kecewa, Rayqal muncul dan mengubah segalanya. Dia hadir pada saat saya amat memerlukan teman." Rayqal bukan sekadar peneman dan penghibur ibunya malah anak berusia tujuh bulan ini juga menjadi permata hati bapanya, Rizal Ashram serta buah hati pengarang jantung datuk dan neneknya, Ramli dan Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah serta Sally. Sebagai cucu sulung dalam keluarga Rizal Ashram nyata Raqyal sangat bertuah kerana disayangi semua. Malah seandainya Nora keluar menjalani penggambaran drama maka Rayqal akan dijaga sepenuh hati oleh keluarga mertuanya. "Ya, dia seorang budak yang sangat bertuah. Ramai yang sayangkan dia," ujar Nora terharu. l Ramadan ini Sibuk menjalani penggambaran sepanjang Ramadan ini, Nora mengakui seronok berada di lokasi. Sudah lama merindui dunia lakonan sejak 'menyepikan diri' semasa hamil dan selepas bersalin, kini adalah waktu untuk 'balas dendam'. Pun begitu, sesibuk manapun dirinya dengan kerja, Nora memastikan setiap masa terluang bersama anaknya. Kerana itu juga, dia kurang menerima tawaran berlakon ke luar kota kerana tidak mahu berenggang dengan Rayqal. "Semasa Ramadan ini juga saya selalu sibuk tapi memang jika ada masa terluang saya akan bersama Rayqal di rumah. "Buat masa ini memang saya tidak membawa Rayqal keluar sangat kerana khuatir dengan Influenza A HINI. "Jadi selalunya saya akan duduk rumah bersamanya. Sebenarnya selepas enam hari berpuasa, baru hari ini saya dapat berbuka dengannya," kata Nora yang kini sibuk menjalani penggambaran drama Sumpah Bunian di ibu kota. Akan selesai penggambaran 11 September nanti, Nora juga memberitahu persiapan raya hanya akan disediakan selepas itu. Namun kata Nora, baju Melayu Rayqal sudah disiapkan dari awal. Cuma tinggal untuk menyediakan baju untuk diri sendiri dan biskut raya. Menyambut Syawal bersama keluarganya di Kuala Lumpur, Nora juga menyatakan rasa bahagia kerana dapat meraikan bersama buah hatinya buat pertama kali.Oleh WANDA IDRIS
Foto WAHIDAH ZAINAL & SAHIPUL NIZAM
Solekan & Dandanan KHIR KHALID
Pakaian & Aksesori RIZALMAN IBRAHIM
Lokasi HOTEL CROWNE PLAZA MUTIARA
norzasrudin@kosmo.com.my Pengalaman Rahimah Latiff menjaga anak gadisnya yang menghidap ketumbuhan otak dikongsi dalam sebuah novel yang berjudul Diari Ummi Untuk Rafiqah. MENGIKUT kiraan doktor, Tengku Intan Rafiqah Tengku Mohd. Ali, 17, sudah tidak sepatutnya hidup lagi pada hari ini ekoran ketumbuhan pada otak yang dihidapinya. Sehinggakan pada satu peringkat, keluarga anak gadis itu hanya mampu berserah kepada Tuhan agar Tengku Intan Rafiqah diberikan kekuatan untuk terus bertahan. Bagi ibunya, Rahimah Latiff, 57, kata-kata doktor lima tahun lalu ketika mengesahkan ketumbuhan pada otak anaknya masih terngiang-ngiang di telinganya. "Ada sesuatu di dalam kepalanya." Demikian penjelasan doktor mengenai hasil ujian imbasan yang dilakukan ke atas Tengku Intan Rafiqah pada 24 Disember 2004. Berita itu mengejutkan mereka sekeluarga yang sebelum ini menyangka sakit kepala yang dialami anak gadis itu hanya berpunca daripada migrain. Kini, selepas lima tahun disahkan mengalami ketumbuhan otak, anak bongsu daripada lima beradik itu masih sihat dan mampu tersenyum untuk meneruskan hidup. Novel Selain doa keluarga dan kecekalan remaja itu melawan kesakitan sepanjang tempoh itu, Rahimah sebenarnya menyimpan segala memori mengenai situasi pilu yang menguji keluarga mereka. Menurut Rahimah, saat istimewa selama lima tahun menjaga anaknya yang menghidap ketumbuhan otak ingin dikongsi bersama orang lain. Lantaran itu, ia diterjemahkan menerusi tulisannya di dalam sebuah novel. Novel itu ditulis untuk dia berkongsi pengalaman dan pengorbanan yang dilaluinya. Dengan judul Diari Ummi Untuk Rafiqah, novel itu berjaya dicetak sebanyak 1,000 naskhah dengan perbelanjaan sendiri dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Buku tersebut merungkai kehidupan anaknya dan perjuangan mereka sekeluarga untuk memastikan penyakit itu bukan halangan untuk mengecap hidup bahagia. Sakit kepala Menceritakan penyakit yang dialami anaknya, Rahimah berkata, sebelum disahkan mengalami ketumbuhan pada otak, anak gadisnya itu sudah beberapa hari mengadu sakit kepala. Bagaimanapun, ubat tahan sakit yang diambil dari sebuah klinik swasta di Kuala Terengganu, Terengganu itu gagal menghilangkan kesakitan tersebut. Melihat keadaan Rafiqah yang semakin kritikal, Rahimah mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital kerajaan. Selepas empat hari dirawat di hospital itu, akhirnya doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di tengah-tengah otak yang menyekat pengaliran air. Katanya, pengaliran air yang tersekat menyebabkan tekanan pada otak. Tekanan tersebut membuatkan kepalanya bertambah sakit. "Perkara ini betul-betul di luar jangkaan kami sekeluarga dan saya tidak sangka sakit kepala yang dialami Rafiqah begitu serius. "Penyakit migrain yang diberitahu doktor sebelum ini tidak benar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Chendering, Kuala Terengganu baru-baru ini. Radioterapi Rahimah memberitahu, selepas mengetahui anaknya mengalami ketumbuhan otak, beliau bercadang untuk mendapatkan rawatan lanjut di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, atas nasihat seorang doktor, dia bersetuju untuk menghantar anaknya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”
Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”
Songket merah bunga tabur milik arwah nenek bangkit seri pengantin Bagi perunding perkahwinan, Rithopa Tantiana Thopatalam, 25, perkahwinannya dengan Saiful Anuar Ahmad, 25, pada Ogos tahun lalu, bukan saja mengembalikan semula keunikan perkahwinan tradisional Perak, malah lebih menarik dan menjadi sentimental apabila dia menyarung busana yang pernah digunakan arwah neneknya, pada hari bahagia berkenaan. "Selepas berbincang dengan Saiful, kami sepakat tampil dengan busana lama itu, tetapi baju Saiful perlu ditempah kerana pakaian pengantin arwah datuk, tiada dalam simpanan ibu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Rithopa Tantiana berkata, baju kebaya songket itu ditampilkan dengan kain songket sama seperti kain pelikat yang perlu diikat sendiri. Bagi mengindahkannya, aksesori kerongsang besar tiga tingkat digunakan pada busana, selain memakai aksesori hiasan di tangan, gelang kaki dan rantai leher berpotongan tradisional bagi menaikkan seri pengantin. Rithopa Tantiana yang dikurniakan dua cahaya mata, Adam Darwisyh,1, dan Adel Darwisyah, empat bulan, turut menggayakan pakaian perkahwinan serikandi Perak berwarna hijau, selain busana masyarakat Minangkabau dalam sesi menukar pakaian di atas pelamin.Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
Rithopa dan Saiful anggun dalam persalinan songket bunga tabur milik arwah neneknya.
MENUNGGU saat diijab kabul adalah detik paling membahagiakan bagi pasangan mempelai kerana selepas itu, status diri akan berubah disertai tanggungjawab baru yang akan dipikul bersama. Selepas sekian lama merancang bagi memastikan hari bersejarah itu berlangsung penuh meriah tanpa cacat cela, setiap perkara pasti diperincikan dan diberi perhatian.
Bagi pengantin perempuan yang bakal menjadi perhatian tetamu, sudah pasti persiapan diri tampil menawan menjadi fokus utama kerana hari itu, dialah yang bakal bergelar permaisuri kepada raja seharinya. Antara yang diberi tumpuan, sudah pasti persalinan busana yang akan digayakan di atas pelamin dan solekan yang akan mengubah penampilan agar berbeza berbanding biasa.
"Menjelang hari perkahwinan, saya buntu memikirkan busana pengantin yang akan digayakan kerana terlalu banyak yang ditawarkan pasaran. Melihat saya seperti sukar membuat pilihan, ibu saya, Puan Sri Rozita Mawi kemudian mencadangkan supaya saya menggunakan kembali baju perkahwinan yang digunakan arwah nenek yang sudah disimpannya selama lebih 70 tahun.
"Memang saya terkejut dengan cadangan itu kerana tidak menyangka ibu masih menyimpan dengan baik baju songket bunga tabur berwarna merah milik arwah nenek. Paling mengharukan, ibu juga memberikan hiasan cadar, batal pengantin dan kipas yang ditekat penuh berseni, juga milik arwah nenek untuk digunakan pada majlis perkahwinan saya.
"Istimewanya, baju kebaya arwah nenek ini tidak perlu diubahsuai langsung kerana saiznya berpadanan dengan badan saya. Memang majlis ini penuh nostalgia kerana selain memakai persalinan arwah nenek termasuk untuk hiasan bilik pengantin, ianya juga seakan mengembalikan kegemilangan perkahwinan tradisional Melayu lama di Perak.
"Bagi menjadikan penampilan lebih menawan, saya turut memakai gelang Perak di tangan dan hiasan cucuk sanggul milik ibu yang turut digunakan ketika perkahwinan ibu dengan papa, Tan Sri Abdul Aziz Zainal," katanya.
"Memang nampak sarat dengan hiasan penuh di kepala tetapi saya memang sukakan sesuatu yang unik dan penuh sentuhan tradisional terutama pada hari bahagia yang akan diingati sampai bila-bila.
SEBUAH hospital awam baru-baru ini mengedarkan beratus-ratus risalah mengingatkan orang ramai supaya jangan membawa anak kecil mereka semasa melawat saudara-mara atau rakan yang sakit di hospital. Ini berikutan perkembangan terkini terhadap penularan wabak H1N1 di negara ini. Walaupun tanpa kehadiran wabak H1N1, memang telah sedia ada peraturan yang tidak membenarkan pelawat membawa bersama mereka kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah bila berkunjung ke wad-wad di hospital, kata seorang pegawai kejururawatan kanan di hospital itu. "Ibu bapa macam tak kisah bila kita mengingatkan mereka supaya jangan membawa anak kecil bila nak masuk melawat di wad. Saya selalu mengingatkan ibu-ibu yang bayi dan anak mereka adalah terlalu kecil untuk melawat hospital," kata beliau kepada Bernama. Pegawai itu berkata, ada ibu bapa yang menuruti nasihat tetapi ada juga yang menanggap remeh peringatan yang diberi jururawat dan juga pengawal keselamatan. Ada juga yang menjawab secara sinis: "Kami tahulah..." dan terus menuju ke wad bersama anak-anak kecil mereka. "Memang tidak selamat bagi anak kecil melawat hospital. Tidak selamat bagi mereka dan juga tidak selamat bagi pesakit," tambah beliau. Senang dijangkiti Anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit kronik senang dijangkiti penyakit. "Bila kita bercakap tentang penyakit kronik, ini meliputi pesakit yang ada kencing manis, kegagalan buah pinggang, asma dan pelbagai masalah pernafasan serta juga beberapa masalah yang lain," kata seorang pakar penyakit respiratori, Dr. K. Regesh. Kata beliau, bagi pesakit seperti ini dan juga anak-anak kecil, sistem ketahanan badan mereka rendah dan tidak sekuat orang dewasa yang sihat dan mereka ini lebih senang dijangkiti penyakit, bukan saja H1N1, tetapi juga penyakit berjangkit yang lain. "Di hospital terdapat banyak kuman-kuman yang lebih berbahaya jika dibandingkan dengan tempat lain. Oleh itu harap jangan membawa anak kecil anda masuk wad walaupun hanya untuk bertanya khabar kepada pesakit. "Kalau anda terpaksa juga melawat hospital bersama anak anda, bawalah bersama orang lain atau pembantu rumah yang boleh menunggu bersama anak kecil anda di bilik menunggu," katanya. Bagi ibu bapa yang baru pulang dari hospital atau tempat kerja, Dr. Regesh memberikan nasihat ini: "Bila pulang daripada melawat keluarga atau kawan yang sakit di hospital, mandilah dulu dan tukar kepada pakaian yang bersih sebelum mendekati anak anda. "Begitu juga bagi mereka yang baru balik dari kerja, bersihkan badan dulu dan tukar kepada pakaian lain sebelum menyentuh anak anda." Langkah pencegahan kendiri Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan sendiri untuk mencegah wabak H1N1 daripada menular. Antara langkah-langkah ini ialah memakai topeng surgikal apabila demam atau batuk dan juga bersin serta membasuh tangan dengan lebih kerap menggunakan sabun dan air. Kalau anda demam dan sakit tekak, pergilah ke hospital berdekatan dan jangan keluar rumah atau menghampiri anggota keluarga anda. Anda juga dinasihati tidak mengunjungi tempat awam atau lokasi yang ramai orangOleh ZULKIPLE IBRAHIM
NAMPAKNYA, wanita berusia berpacaran dengan lelaki muda sudah menjadi satu trend. Keadaan ini digambarkan dengan lebih jelas oleh pasangan selebriti seperti Demi Moore dengan Ashton Kutcher dan Halle Berry bersama Gabriel Aubry. Terbaru ialah kisah cinta antara Linda Hogan, 48 (bekas isteri Hulk Hogan) dengan Charlie Hill yang baru berusia 19 tahun. Buktinya, satu kajian yang dijalankan oleh satu laman web sosial pada tahun 2007, melibatkan 50,000 orang wanita berusia 30 tahun ke atas. Kajian itu mendapati, satu pertiga daripada responden menunjukkan minat kepada lelaki yang sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda daripada mereka. Pada tahun 2003, kaji selidik AARP (American Association of Retired Persons) mendedahkan, 34 peratus daripada 3,500 wanita berusia antara 40 hingga 69 tahun menjadikan lelaki 10 tahun lebih muda sebagai teman. Trend Mungkin trend ini mengejutkan ramai orang, tetapi tidak kepada pakar psiko terapi dari Amerika, Dr. Tina B. Tessina. Hujahnya, sudah berlaku peralihan peranan dalam masyarakat. Wanita sekarang dilihat lebih berkuasa dan mahukan lelaki muda serta lebih fleksibel. Maksudnya, lelaki yang memahami kerjaya dan gaya hidup lebih dipentingkan oleh wanita tersebut. Gambaran yang dipaparkan oleh media seperti siri televisyen Sex and the City dan Desperate Housewives juga menunjukkan bahawa wanita tidak semestinya berkasih dengan lelaki lebih tua. Wanita yang memiliki kerjaya dan imej diri hebat sememangnya mempunyai banyak pilihan. Malah, golongan wanita yang sudah bercerai atau ibu tunggal mungkin gemar mempunyai teman untuk berseronok dan tidak mengongkongnya. Persoalannya, bolehkah hubungan seperti ini berjaya? Berjaya Tessina mengakui dia sudah melihat banyak hubungan sebegini yang berjaya. Media memberi fokus kepada perbezaan umur. Sedangkan apa yang menjaya atau memusnah hubungan ialah sebagus mana pasangan terbabit boleh membentuk kerjasama. Perbezaan umur ialah satu kebimbangan dalam kalangan orang dewasa. Apabila kita remaja, perbezaan usia walaupun dua atau tiga tahun memberikan kelainan yang ketara dari aspek pengalaman dan bagaimana kita melihat kehidupan. Perbezaan ini boleh bercampur aduk dengan matlamat hidup, komunikasi, pendapat dan pengalaman dalam perhubungan. Bagi orang muda, reaksi sosial terhadap hubungan seperti ini biasanya bersifat negatif. Jika pasangan itu bawah umur, hubungan seksual sudah pun melanggar batas undang-undang. Namun begitu, apabila kita meningkat dewasa, pengalaman hidup dan kematangan emosi membantu menyeimbangkan kemahiran dalam satu-satu perhubungan. Jurang usia 10 tahun atau lebih tidak memberi banyak perbezaan dari segi sebijak mana anda mengendalikan hubungan cinta. Jadi, tidak perlu fokus kepada angka tersebut. Matang Jika anda gembira, mempunyai komunikasi yang baik, mampu menyelesaikan masalah secara bersama dan mencintai satu sama lain, itu lebih penting. Andai ada pihak yang bermasalah dengan kenyataan itu, biarkan mereka. Sihat atau tidak sesuatu hubungan itu bukanlah ditentukan oleh beza umur. Sebaliknya interaksi antara anda berdua. Beza usia sepuluh tahun bukanlah terlalu sukar untuk mencipta persefahaman. Tetapi jika jurangnya 20 tahun, ia mungkin boleh membawa kepada kesukaran apabila pasangan semakin meningkat usianya. Contohnya, pasangan yang lebih muda mungkin menjadi lebih matang dan akan menimbang semula pilihannya. Manakala pasangan lebih tua pula terpaksa berdepan dengan masalah penuaan yang kian hampir. Namun, selagi kedua-duanya bersikap dewasa dan pasangan itu sudah berbincang tentang perbezaan umur serta kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan, tidak perlu membuat andaian terhadap hubungan mereka. Motivasi Terdapat alasan yang bagus dan tidak untuk bercinta dengan seseorang berbeza generasi. Salah satu motivasi yang kurang wajar untuk bercinta dengan lelaki lebih muda ialah perasaan takut untuk menjadi tua. Pasangan muda tidak boleh menterbalikkan proses penuaan anda. Sebenarnya, lelaki atau wanita yang bercinta dengan mereka yang seusia anak-anak akan berdepan masalah. Perbezaan itu boleh mencetuskan masalah paling besar iaitu tahap kematangan yang berlainan. Ketika semakin ramai wanita memilih pasangan lebih muda, satu soalan timbul. Adakah hubungan wanita ini akan lebih berjaya dengan lelaki yang 10 hingga 15 tahun lebih muda berbanding mereka? Kejayaan dalam perhubungan bergantung kepada motivasi kedua-dua pihak. Ada orang tua yang berjiwa muda dan suka bertemu janji dengan pasangan yang aktif seperti mereka. Kronologi usia tidak selalunya menjadi refleks kepada kemampuan fizikal atau kematangan emosi. Kadangkala, perbezaan umur mencipta satu bentuk hubungan 'mentor' apabila yang lebih berumur memberi nasihat kepada pasangannya tentang kehidupan atau kerjaya. Apa pun, elemen yang benar-benar membuatkan perhubungan itu berjaya ialah wujudnya hubungan bersifat emosi.
KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif? Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah? Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan. Jadikan contoh Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak. Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk. Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi. Mendisiplinkan anak Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya. Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak. Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar. Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak. Memahami anak Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah? Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan. Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan. Pemakanan sihat Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan. Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda. Aktiviti fizikal Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas. Berkomunikasi secara efektif Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting. Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol. Sentiasa bersedia Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu. Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Wanita bekerjaya perlu pandai menyeimbangkan masa antara kerjaya dan keluarga. WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah. Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah. Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak. Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami? Bagi Puan Sri Maimon Arif Patail yang mempunyai kerjaya hebat, beliau menolak kenyataan bahawa wanita kerjaya seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. "Sejauh mana bebanan kerja yang ditanggung, ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas daripada tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anaknya," katanya. Beliau kini menyandang jawatan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Malaysian Mosaic Berhad (MML). Menurutnya, berdasarkan peratusan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi hari ini yang lebih ramai daripada lelaki, wanita pada masa depan sukar untuk bergelar ibu sepenuh masa. Katanya, sebalik tamat pengajian, pastinya graduan wanita tersebut akan menceburi kerjaya pilihan. "Dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Sekiranya saya berani menjadi ibu sepenuh masa, saya akan lakukannya. Tetapi saya tidak berbuat demikian. "Sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, saya telah diajar untuk menjadi seorang wanita bekerjaya. Bagi saya, kerjaya tidak menjadi masalah kepada saya dan keluarga," katanya. Katanya, apa yang beliau harapkan ialah setiap wanita yang bergelar ibu seharusnya belajar untuk berfikir dan memahami perasaan seseorang terutama anak-anak dan suami. "Walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya spontan. Bergelar wanita berpengaruh mungkin boleh menggugat kualiti masanya bersama anak-anak. Mengulas soal itu, Maimon berkata, dalam mengendalikan hal melibatkan rumah tangga, beliau sentiasa percaya masa berkualiti penting dalam mengurus anak-anak dan suami. "Sungguhpun hampir setiap hari bekerja saya pulang lewat, saya tetap berusaha untuk dapat menikmati makan malam bersama keluarga di rumah. "Jika sempat, saya sendiri akan menyediakan hidangan makan malam tetapi jika sebaliknya, saya akan membelinya di kedai. Apa yang penting, kami sama-sama berpeluang menikmati hidangan malam sambil berkongsi berita yang berlaku pada waktu siang. "Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh keluarga. "Tetapi hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untuk saya. Kami akan meluangkan masa bersama di rumah sambil bergurau-senda," tambahnya. Bagi Maimon, seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari rumah. "Kejayaan yang dicapai mestilah seimbang di antara karier dan keluarga," katanya ketika menjawab persoalan mengenai kualiti masa yang diberikan kepada keluarganya. Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, Maimon berkata, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil tentang pengurusan masa dan wang saku, membuat keputusan yang tepat dan penjagaan diri yang bijak sekiranya ibu bapa tiada di rumah. "Nilai-nilai didikan yang sempurna bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak termasuk membuatkan mereka faham tentang kesibukan kerjaya yang dipikul oleh ibu bapa. "Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati anak-anak apabila ibu bapa kerap tiada di rumah kerana urusan kerja. "Walaupun mempunyai pembantu rumah, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada mereka," ujarnya panjang lebar. Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab kerjaya pada setiap hari, adakah beliau masih menitikberatkan hal pemakanan anak-anak? "Semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja. "Namun begitu, ibu bapa perlu memahami cara pemilihan makanan anak-anak agar setiap pemakanan yang diambil dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan daya kognitif mereka," katanya.Oleh NOOR HASLIZA NUSI