SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN
A. Suami teladan ialah:
1. Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhkan larangan-Nya.
Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai
dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai
kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.
2. Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila
berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
3. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincangbincang,
menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
4. Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu.
5. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
6. Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.
Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:
1. Tubuh badan yang sempurna.
• Sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya.
Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna.
• Berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna.
• Untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai
panduan hidup
4. Membelanjakan sebahagian harta.
• Mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya
B. Keperibadian suami yang menjadi impian isteri:
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah SWT
C. Ciri-ciri suami teladan:
1. Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah SWT
2. Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah SWT
3. Suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya
1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
• Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi
segala larangan
• Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
• Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
• Menjaga hati dan perasaan isteri
• Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
• Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
• Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri
• Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
• Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej
dan prestasi suami sebagai pemimpin
• Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
• Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
• Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
• Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
• Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT, iaitu:
• Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai
• Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan
• Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
• Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram
dan syubhat
• Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
• Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebihlebihan
ketika bersolek
• Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai–nilai
keperibadian muslim
• Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
• Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
• Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
• Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri:
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki
kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari
perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari
wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan
layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang
bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri
mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi
pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada
tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya
suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan
penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan
dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya,
"Adakah engkau cinta padaku?" Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada
pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan
ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari
nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh
anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab
lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun
biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar,
mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami
yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
• Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
• Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan
tekanan batin
• Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama
• Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
• Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak
• Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulang tahun
isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya
berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai
yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat
bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak
menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu
mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha
meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap
perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat
mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami
dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima
suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.
9. Membina kerjasama yang baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu
mewujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang
khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi mahupun keinginan. Suami yang
bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik:
• Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
• Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
• Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri
supaya hatinya sentiasa gembira.
• Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
• Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga
menyenangi apa yang disenangi oleh suaminya.
• Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk
dengan pekerjaannya.
• Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
• Melindungi isteri dari api neraka.
4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan
atau perasaan.
Secara umum lelaki bersifat: Manakala wanita bersifat:
• berani dan gagah perkasa
• ingin menolong yang lemah
• ingin berkuasa
• kasar dan tamak
• lemah lembut
• pemalu
• mempunyai perasaan yang halus
• bersopan santun
• penyabar
Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.
5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat-sifat buruk yang
kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
• Mudah lupa dalam mengingati Allah SWT. Kesibukan dengan harta kekayaan dan anakanak
kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah SWT. Kelalaian ini akan
memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
• Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita
terpedaya.
• Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain
Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula
sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan
perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan
mengamalkan perangai yang baik seperti:
• Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama
• Jangan mengeluarkan suara yang kuatt antara satu sama lain
• Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang
• Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang
• Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
• Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa
terhadap pasangan
• Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
• Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali
sehari
• Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf
• Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang
bersalah paling banyak berbicara
6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya, antaranya:
• Memberikan nama yang baik bagi anaknya
• Memberi nafkah
• Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya
dipetik dari-> http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
July
(36)
- Lelaki ramai masuk neraka?
- Menderma untuk diri sendiri
- Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah
- Kahwin Lelaki Muda Bukan Luar Biasa
- Siti al-Malik pakar strategi
- Hukuman tegas terhadap model bertujuan pengajaran
- Bos rumah tangga
- Membantu pasangan mencapai potensi diri
- * AGAMA Adab pergaulan lelaki, wanita pelihara ...
- Penderaan: Titik hitam dalam kehidupan
- KESILAPAN KITA MANUSIA.
- 6 KESILAPAN BERCINTA
- Berkahwin selepas jumpa surat cinta
- Perihal wanita tawar diri untuk diperisterikan
- Kaya tidak mesti bahagia
- Kesabaran suami melembutkan Sumayyah
- Rugi lengah berkahwin
- Pertengkaran penting dalam perhubungan?
- PETUA-PETUA UNTUK SUAMI
- HAKIKAT PERKAHWINAN
- PASANGAN SUAMI ISTERI YANG IDEAL
- CONTOH SUAMI TELADAN
- SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN
- PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
- Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan
- Bapa tidak restu perkahwinan
- Kenali personaliti ibu hamil
- Rancang Perkahwinan Anda
- Menambat Hati Suami
- Carilah jodoh beragama
- Kenali Jenis-Jenis Lelaki
- Bohong yang dibolehkan
- Alasan lelaki dingin
- Cinta lahirkan ketaatan
- Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU
- Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan
-
▼
July
(36)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-