PETUA-PETUA UNTUK SUAMI
A. Petua menjaga hati isteri:
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata mahu pun perbuatan
seperti pelukan.
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekali pun dalam keadaan
marah.
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar
dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami
bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang
tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masamasa
manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa,
ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.
5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan
kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat
dan bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah SWT dan hormat pada
suaminya.
B. Petua mencurahkan jalinan kasih:
1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan
mendalam terhadap keyakinan isteri
2. Buktikan kasih sayang daripada suami:
• Hadiah dan penghargaan
• Senyuman
• Perbualan mesra
• Gurauan
• Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
• Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
3. Sentuhan sayang:
• Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali.
• Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri
apabila dirangsang suami.
4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat:
• Suami sebagai contoh bagi isteri
• Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
• Suami sebagai tempat bergantung
• Sumber semangat dan kekuatan
• Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.
C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan
bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:
1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap
suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat
menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada
suami baik tentang gaya dan sebagainya.
2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara
sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami
isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan
tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi
dan rumahtangga secara bersama.
4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu
mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil
sesamanya nama kesayangan.
5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau
menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung
perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan," Atau "Kamu terlalu
gemuk atau kurus," serta ungkapan-ungkapan lain.
6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya,
akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahu pun
perbuatan.
7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri
dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki
ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama.
Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya
sebagai hadiah kejayaan.
9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara
sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan
suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.
10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang
sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara
percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai
mencari harta dan wang.
11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu
membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan
pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika
menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan
kemarahan suami.
D. Petua menjadi lelaki pilihan
Ciri-ciri lelaki pilihan:
1. Taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah
suami yang paling baik terhadap isteri
Lelaki pilihan wanita:
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
E. Petua menghadapi pertengkaran
Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga
yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada
pertengkaran adalah hidup yang sendirian.
Hakikat pertengkaran:
1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu
mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali
membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran
juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan
hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik
dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana
suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.
Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan
menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan,
akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan
merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang
ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda
berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri
anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan
sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah
agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar
tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.
Petua-petua menghadapi pertengkaran:
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak
wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk
menyelesaikan masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain
dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh
membawa bencana.
3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal
seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan
menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Katakata
yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", "
Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah
perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak
sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.
5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari
pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam
perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini
akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.
7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran
pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik-beradik hanya akan menambahkan kecurigaan
dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami
isteri.
8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ia akan menjadikan anak-anak bingung dan
tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan wujud banyak lagi masalah lain.
F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri
wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan:
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
July
(36)
- Lelaki ramai masuk neraka?
- Menderma untuk diri sendiri
- Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah
- Kahwin Lelaki Muda Bukan Luar Biasa
- Siti al-Malik pakar strategi
- Hukuman tegas terhadap model bertujuan pengajaran
- Bos rumah tangga
- Membantu pasangan mencapai potensi diri
- * AGAMA Adab pergaulan lelaki, wanita pelihara ...
- Penderaan: Titik hitam dalam kehidupan
- KESILAPAN KITA MANUSIA.
- 6 KESILAPAN BERCINTA
- Berkahwin selepas jumpa surat cinta
- Perihal wanita tawar diri untuk diperisterikan
- Kaya tidak mesti bahagia
- Kesabaran suami melembutkan Sumayyah
- Rugi lengah berkahwin
- Pertengkaran penting dalam perhubungan?
- PETUA-PETUA UNTUK SUAMI
- HAKIKAT PERKAHWINAN
- PASANGAN SUAMI ISTERI YANG IDEAL
- CONTOH SUAMI TELADAN
- SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN
- PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
- Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan
- Bapa tidak restu perkahwinan
- Kenali personaliti ibu hamil
- Rancang Perkahwinan Anda
- Menambat Hati Suami
- Carilah jodoh beragama
- Kenali Jenis-Jenis Lelaki
- Bohong yang dibolehkan
- Alasan lelaki dingin
- Cinta lahirkan ketaatan
- Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU
- Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan
-
▼
July
(36)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-