Menambat Hati Suami

Menambat Hati Suami

DALAM melayari alam rumah tangga, tentunya kemanisan yang ingin diharapkan. Tetapi sudah menjadi asam garam berumah tangga, si suami mungkin berubah sikap selepas beberapa tahun membina mahligai bersama.

Sedangkan si isteri sering tertanya-tanya apakah yang terjadi di sebalik perhubungan yang semakin menampakkan jurang.

Justeru, sudah menjadi kewajipan bagi suami isteri mencari jalan penyelesaian untuk kemelut yang dihadapi.

Persoalan, adakah kamu ingin membuatkan suami benar-benar bahagia dan berasa beruntung setelah menikahi kamu sebagai wanita impiannya selama ini? Hal ini sememangnya tidak sukar untuk dilaksanakan dengan beberapa tip berikut :

Luangkan masa untuk diri sendiriSelain melaksanakan hal berkaitan pekerjaan dan ahli keluarga, suami juga perlu meluangkan masa untuk diri sendiri. Katakan kepada pasangan bahawa kamu mengerti apa yang dirasai dan diinginkan.

Yang pasti, jangan sampai dia terlupa melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami. Kamu berdua seharusnya berbincang tentang bagaimana dan sejauh mana dia dapat menggunakan waktunya untuk diri sendiri.

Beri perhatian Ada ketikanya suami inginkan perhatian sepenuhnya daripada kamu, dengan meminta kamu mendengar segala masalahnya.

Walaupun cerita yang disampaikannya itu tidak menarik perhatian kamu, jangan sesekali menunjukkan rasa kurang minat. Sebaliknya, pamerkan rasa ingin tahu, tanggungjawab dan beri perhatian yang serius.

Tidak rugi sekiranya kamu memberi perhatian di atas apa yang diceritakannya itu.

Tidak mengongkongBerkumpul dan bersosial bersama teman-teman adalah perkara yang digemari oleh seorang lelaki. Dia bebas bercerita apa saja dan dapat memberi semangat baru. Kebebasan tanpa menyekat atau mengongkong pergaulan dengan rakan-rakannya membuat dia mengerti bahawa kamu memahami kehendak dan kepuasan yang diinginkan selama ini.

Beri perhatian kecilBagaimana jika kamu mengemaskini susun letak pakaian dalam almari atau menyediakan secawan kopi sebelum kepulangannya dari pejabat.. Pasti dia akan tersentuh melihat usaha yang kamu lakukan itu.

Memberi perhatian kecil kepada pasangan memberi maksud yang mendalam kepada pasangan. Hal ini mengingatkannya kembali akan pengorbanan dan penghargaan yang kamu diberikan terhadapnya.

Beri pujianRasa percaya terhadap dirinya dalam menjalankan segala tugasan sebagai seorang suami, baik di ranjang atau perilakunya sebagai ayah, patut diberi pujian. Pastikan pujian kamu itu tulus dan tidak berlebihan.

Beri kepercayaanJangan mencabar kebolehan yang dimiliki atau menyuruh dia menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan orang tuanya. Terlalu banyak nasihat akan membuatkan dirinya kurang dipercayai dan hal ini dapat mencetuskan perbalahan antara kamu berdua.

Cipta impiannyaApabila dia mengatakan kepada kamu bahawa suatu hari dia ingin memiliki sebuah rumah sendiri, cuba tanya pada diri sendiri, apakah yang ingin kamu berikan kepada pasangan? Mendengar sahaja atau menghargai impiannya? Dengan segala impian dan harapan, kamu perlu memberikan sedikit ruang untuk dia merealisasikan impiannya.

http://ibnismail.wordpress.com