PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
Allah SWT Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian. Allah SWT melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.
Allah SWT berfirman (Surah Ar-Rum: ayat 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah SWT, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.
A. Memilih pasangan hidup
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah SWT dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Dalam kehidupan bermasyarakat, sering kali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.
Beberapa pendapat tentang jodoh:
Jodoh merupakan takdir semata, "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk." Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalammasyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: "Jodoh di tangan Tuhan,” maka ada kebenarannya.
Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah sering kali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Sering kali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya?
Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari, "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya." Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah SWT, "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan." Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:
1.Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2.Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3.Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4.Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak atau pun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
1.Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
2.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
3.Pasangan ideal dalam erti:
•bersikap baik terhadap isteri
•dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
•menerima kekurangan dan kelemahan isteri
•dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
•dapat menjaga kewibawa isteri
•dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
•dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
4.Bapa yang baik dana sayang kepada anak-anak
5.Pasangan yang baik lahir dan batin
B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah SWT
Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama Islam membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.
C. Suami yang diingini wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.
D. Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa. Kedewasaan bermaksud:
•dewasa fizikal.
•Ia mengakui kekurangannya, dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri.
•dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya.
•dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada.
•dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.
Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25-30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20-25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.
2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di sanat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.
4. Sihat jasmani dan rohani Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.
E. Memilih isteri idaman
Ada beberapa faktor dalam memilih isteri:
1.Faktor keagamaan dan akhlak
2.Faktor kecantikan dan kekayaan
3.Faktor keturunan dan kesuburan
Sifat-sifat wanita yang mulia:
1.Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya
2.Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
3.Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela
4.Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
5.Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
6.Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
7.Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
8.Tidak menuntut cerai atau talak
9.Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti
10.Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami
11.Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah
Dipetik dari:http://www.kusza.edu.my/
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
July
(36)
- Lelaki ramai masuk neraka?
- Menderma untuk diri sendiri
- Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah
- Kahwin Lelaki Muda Bukan Luar Biasa
- Siti al-Malik pakar strategi
- Hukuman tegas terhadap model bertujuan pengajaran
- Bos rumah tangga
- Membantu pasangan mencapai potensi diri
- * AGAMA Adab pergaulan lelaki, wanita pelihara ...
- Penderaan: Titik hitam dalam kehidupan
- KESILAPAN KITA MANUSIA.
- 6 KESILAPAN BERCINTA
- Berkahwin selepas jumpa surat cinta
- Perihal wanita tawar diri untuk diperisterikan
- Kaya tidak mesti bahagia
- Kesabaran suami melembutkan Sumayyah
- Rugi lengah berkahwin
- Pertengkaran penting dalam perhubungan?
- PETUA-PETUA UNTUK SUAMI
- HAKIKAT PERKAHWINAN
- PASANGAN SUAMI ISTERI YANG IDEAL
- CONTOH SUAMI TELADAN
- SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN
- PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
- Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan
- Bapa tidak restu perkahwinan
- Kenali personaliti ibu hamil
- Rancang Perkahwinan Anda
- Menambat Hati Suami
- Carilah jodoh beragama
- Kenali Jenis-Jenis Lelaki
- Bohong yang dibolehkan
- Alasan lelaki dingin
- Cinta lahirkan ketaatan
- Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU
- Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan
-
▼
July
(36)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-