HAKIKAT PERKAHWINAN
A. Tujuan perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan
sesama manusia. Allah SWT telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul
di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan
bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni
dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.
Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orangorang
beriman.
• IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
• QABUL - tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.
B. Walimatul urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang
sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin
C. Hikmah perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap
ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa
aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya
kepercayaan pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah
orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan
masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita
(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain
dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu
isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di
tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34).
Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya
adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya.
Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik ialah wanita
yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan
pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.
Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan
supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan
akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami mahu pun isteri,
niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah dengan wanita hamil yang berzina:
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.
2. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-sebab perzinaan.
3. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi
kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
4. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh
dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.
Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya
perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan
wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan
masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang
berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
1. Masa haid
2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum
dapat dibuahi untuk menjadi benih.
3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan
memberhentikan kedatangan haid.
4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan
kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu
subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui
masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang
haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30
hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur'
dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih
boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan
persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2
hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari
ke 18 sebelum datang haid yang baru.
Hari 1 7 14 21 28
Tahap -Haid- --- ---Tak subur--- - --SUBUR-- - --- ----------Tak Subur----------
F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam (Surah Al-
An'am: ayat 59) yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada
yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim
ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih
adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan
pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya:
"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel
telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada
sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan
oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang
gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam
mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut, caranya:
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi
sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri
hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani
jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring
ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di
luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan
berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan
dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak
mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah
kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B
sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak,
insyaallah lelaki.” Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita.
Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
G. Amalan suami semasa isteri mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:
1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan
isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut
3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll
4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah
5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh
7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
8. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang
tidak halal serta wang riba
9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak
dalam kandungan
10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir
nanti
11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri
12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah
Al-A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana
perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang
mengandung:
1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup
yang paling dekat
2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam
terhadap isteri
3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk
tidur
4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri
5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut:
"La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya, "Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di
kalangan orang yang zalim"
6. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan
selamat
I. Dorongan suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung.
Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian
terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di
samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan
isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus
menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40%
lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran
bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri
kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik
akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak
hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.
J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibubapa, saudara mara dan juga
masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak
yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai
gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan
kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali
kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh
binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal.
Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan
kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan
kebaikan dan begitu sebaliknya.
K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak:
1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan
menerima ahli baru, sering kali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau
hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu
diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak
digunakan dalam alat–alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi
dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat
penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka
mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai
sesuatu.
2. Mengazan dan mengiqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang
perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang
dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta
pertolongan kepada Allah SWT. Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:
• Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
• Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada
Allah SWT.
• Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu
menjalankan petunjuk dan anjuran Allah SWT.
• Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
• Dengan menjalankan seruan Allah SWT dan percaya kepada-Nya, maka Allah SWT akan
memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang
diredhai Allah SWT iaitu :
• Doa agar anak patuh kepada Allah SWT - Al Baqarah : 128
• Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
• Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
• Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
• Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin
keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan
hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak
memberikan nama:
• Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi
dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh
ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
• Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan
isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama
diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan
kepada ayah bukan ibu.
Pemilihan nama yang utama:
• Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil
Allah SWT pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
“Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama
Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan
nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)
• Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah
SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makruh yang perlu
dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya
menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
• Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama,
sebahagiannya membolehkan mana kala sebahagian lagi melarang.
• Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan
corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
• Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha,
Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah
satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut
makruh dipakai untuk nama anak.
• Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk
diharapkan melalui nama anak-anak.
Memberi gelaran kepada anak:
• Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi
memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran
yang boleh malukannya.
5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran.
Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara
tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut
keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak
dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah aqiqah:
• Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk
menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak
tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.
• Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
• Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka
kelak.
• Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk
menebus seluruh anggota tubuh bayi.
• Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong
korban iaitu membaca Bismillah.
• Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk
memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
• Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat
dan tidak cacat.
• Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor
kambing.
• Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta,
lembu atau kerbau.
• Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah
atas namanya.” Ertinya, diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah
SWT .
• Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
• Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban
iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak
sendiri sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
• Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus
disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
• Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah
untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan
aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
• Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut
bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan
merupakan tempat najis yang harus dibersihkan.
Hukum berkhatan
Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
Khatan Nabi Ibrahim AS dan Rasulullah SAW
Nabi Ibrahim AS berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail AS pada usia 13 dan Nabi Ishaq AS pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah SAW dilahirkan
sudah berkhatan dan ada juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
Hikmah dan kelebihan berkhatan:
• Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu
dikerjakan.
• Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim AS dan
Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada
Allah SWT.
• Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
• Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan
bentuk dan merangsang syahwat
• Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
• Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam
yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah SWT dalam surah
Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya:
• Pendidikan supaya bersyukur
• Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah SWT
• Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
• Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
• Pendidikan tentang solat
• Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
• Pendidikan supaya bersabar
• Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
• Pendidikan kesederhanaan
L. Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun di sebalik kebahagiaan ini
tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus di pikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
July
(36)
- Lelaki ramai masuk neraka?
- Menderma untuk diri sendiri
- Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah
- Kahwin Lelaki Muda Bukan Luar Biasa
- Siti al-Malik pakar strategi
- Hukuman tegas terhadap model bertujuan pengajaran
- Bos rumah tangga
- Membantu pasangan mencapai potensi diri
- * AGAMA Adab pergaulan lelaki, wanita pelihara ...
- Penderaan: Titik hitam dalam kehidupan
- KESILAPAN KITA MANUSIA.
- 6 KESILAPAN BERCINTA
- Berkahwin selepas jumpa surat cinta
- Perihal wanita tawar diri untuk diperisterikan
- Kaya tidak mesti bahagia
- Kesabaran suami melembutkan Sumayyah
- Rugi lengah berkahwin
- Pertengkaran penting dalam perhubungan?
- PETUA-PETUA UNTUK SUAMI
- HAKIKAT PERKAHWINAN
- PASANGAN SUAMI ISTERI YANG IDEAL
- CONTOH SUAMI TELADAN
- SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN
- PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA
- Rumah Idaman Syurga Impian: Suami Teladan
- Bapa tidak restu perkahwinan
- Kenali personaliti ibu hamil
- Rancang Perkahwinan Anda
- Menambat Hati Suami
- Carilah jodoh beragama
- Kenali Jenis-Jenis Lelaki
- Bohong yang dibolehkan
- Alasan lelaki dingin
- Cinta lahirkan ketaatan
- Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU
- Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan
-
▼
July
(36)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-