KUALA TERENGGANU - “Saya cuba membantu dengan membaling pelam-pung ke arahnya, tapi dia tidak sempat memautnya,” kata Azhar Mamat, 38, ketika menceritakan detik cemas rakannya, Abd Ghani Ahmad, 35, yang tergelincir jatuh ke sungai, semalam.
Abd Ghani yang bekerja sebagai nelayan dari Kam-pung Banggol Paya Resak, Marang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Terengganu di belakang Kampung Cina kira-kira jam 9 pagi, semalam.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bersa-ma 16 rakan dalam perja-lanan dari Pulau Kambing ke Jeti Seberang Takir sele-pas menghantar ikan.
Sehingga jam 6 petang, mangsa belum ditemui.
“Dalam perjalanan ke Jeti Seberang Takir, dia (Abd Ghani) cuba meniti di tepi bot dan tergelincir mungkin kerana licin. Dalam keadaan panik, kami tidak mampu berbuat apa-apa.
“Kami hanya mampu membaling pelampung ke arahnya tetapi dia tidak sempat memaut. Dia langsung tidak tahu berenang dan tidak sampai beberapa minit dia tenggelam dibawa arus,” katanya.
Azhar yang bekerja sebagai nelayan berkata, kejadian malang itu berlaku dengan pantas dan dia bersama 16 rakan yang berada dalam bot hanya mampu melihat mangsa jatuh dan tenggelam dalam tempoh beberapa minit.
“Dia bukan nelayan tetap di sini. Kadang-kadang sahaja dia akan turun ke laut mengikut kami menangkap ikan. Dia juga tidak tahu berenang,” katanya yang masih terkejut.
Pekerja pengendali kapal korek pasir, Amirudin Abdullah, 28, pula berkata, dia bersama rakan sedang bekerja di persisiran sungai itu sebelum ternampak seseorang terkapai-kapai di dalam sungai berdekatan sebuah bot nelayan.
“Jarak antara saya dengan bot nelayan itu lebih kurang 10 meter sahaja. Sa-ya dapat lihat dengan jelas dia terkapai-kapai dalam sungai dan seseorang membaling pelampung ke arahnya tetapi dia gagal memautnya. Dalam beberapa minit, dia tenggelam dalam arus,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Abdul Halim Mohd Ishak mengesahkan menerima la-poran berhubung kejadian.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa dihentikan seketika semalam dan akan diteruskan hari ini.