DUNGUN – Terkejut, cemas dan sedih, begitulah keadaan seorang gadis yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik air ketika cuba menyembunyikan diri setelah bilik penginapannya diserbu pihak berkuasa, di sini, awal pagi kelmarin.
Gadis sunti berusia 20 tahun yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di bandar Dungun itu dipercayai mendaftar masuk di hotel kira-kira jam 11.45 malam dengan tujuan melakukan hubungan seje-nis bersama pasangan.
Bagaimanapun, tindak-an sumbang bersama te-man lelakinya yang berasal dari Kampung Gemia itu berjaya dihidu pihak berkuasa lalu operasi khas dilancarkan.
Sebaik pintu diketuk anggota penguat kuasa, seorang remaja lelaki membuka pintu bilik mengaku tinggal seorang diri, namun anggota penguat kuasa yang sudah berpengalaman dengan taktik itu akhirnya berjaya menemui seorang gadis sedang bersembunyi dalam bilik air dengan keadaan separuh bogel.
Setelah disoal siasat, keduanya gagal menunjuk-kan sebarang bukti bahawa mereka adalah pasangan atau muhrim yang sah.
Gadis yang menyewa di Alor Tembesu bersama rakan itu mengaku menginap di hotel untuk memadu as-mara dengan kekasihnya.
Coli dan seluar dalam milik gadis lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia itu serta seluar dalam pasangannya dirampas Ang-gota Penguatkuasa sebagai bahan bukti proses per-bicaraan mahkamah nanti.
Anak peneroka di Felda Kerteh 5 itu turut mengaku telah dua kali berkunjung ke hotel terbabit bersama teman lelakinya, namun kali ini membawa padah.
Ketua Unit Penguatkuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan gadis itu, anak kelima daripada tujuh beradik; bersama pasangan, yang bekerja di sebuah sya-rikat kejuruteraan dekat Paka; menghadapi pertu-duhan mengikut seksyen 29, Enakmen Kesalalahan Jenayah Syariah Takzir Ne-geri Terengganu jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.