KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2009: Bertitik tolak daripada hasrat untuk mengucapkan Selamat Tinggal kepada peminat sebelum pembubaran mereka, legenda rock negara - Search - terlebih ingin menggegarkan seluruh tanah air menerusi persembahan terakhir mereka yang bergelar Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru.
Dibawakan oleh Celcom, Search yang menampilkan anggota asalnya Amy selaku vokalis, Hillary Ang (gitar), Yazid Ahmad (dram), Noordin Mohd Taib (gitar) dan Nasir (bass), akan memulakan konsert jelajahnya di Tapak Expo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 2 Mei ini.
Ia diikuti 10 lagi lokasi terpilih seluruh negara iaitu di Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kuching, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur.
Jadi inilah masa untuk anda mendengar kehebatan Amy yang telah mencecah usia 50 tahun dalam mendendangkan lagu Isi & Kulit, Pawana, Fantasia Bulan Madu, Fenomena, Isabella, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Tiada Lagi.
Pengarah konsert, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, ketika ditemui portal murai.com.my berkata, pelbagai kelainan dan kejutan akan dilakukan menerusi konsert ini bagi menebus kembali kekecewaan konsert ulang tahun ke-25 kumpulan rock itu 3 tahun lalu.
Ini termasuklah dengan mengundang kumpulan nasyid popular seperti Rabbani dan Raihan bagi menyerikan acara pembukaan beberapa siri konsert di lokasi terpilih.
Malah katanya, pihaknya akan memastikan segala keperluan teknikal seperti sistem bunyi dan skrin visual akan dilaksanakan dengan lancar selaras dengan kelainan serta keistimewaan konsert ini nanti.
"Meskipun ini adalah pertama kali pihak kami diberi tanggungjawab menyelaraskan konsert ini, bagaimanapun hakikatnya kami sudah begitu lama bersama-sama Search dan tahu apa yang terbaik untuk konsert ini.
"Kami sudah pun memilih 30 lagu terbaik daripada lebih 140 lagu kumpulan ini untuk dipersembahkan ketika konsert itu nanti. Bagaimanapun hanya 18 hingga 20 lagu akan dipersembahkan untuk 2 jam konsert berkenaan," katanya.
Pada penghujung bulan lalu, Amy ada menyatakan persembahan untuk konsert kali ini bukan persembahan biasa yang pernah mereka lakukan. Sebaliknya, konsert itu kelak akan menjadi penghujung kisah perjalanan kumpulan ini selepas berjuang selama 28 tahun dalam bidang muzik tanah air.
Malah sebelum ini juga, Search merancang untuk menamakan konsert akhir itu sebagai Farewell Tour Concert tetapi ia bertukar nama sebaik Celcom bersetuju menjadi penaja konsert mereka kali ini.
Sehubungan itu Radin berkata, pihaknya menerima sambutan yang hebat menerusi jualan tiket konsert berkenaan terutama daripada peminat di Pulau Pinang dan juga konsert di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 1 Ogos nanti.
"Bagi menyemarakkan sambutan konsert ini, pihak kami akan membuka gerai jualan untuk peminat mendapatkan cenderahati rasmi Search beberapa hari sebelum konsert di beberapa lokasi terpilih. Di situ peminat boleh membawa pulang barangan eksklusif Seach seperti topi dan kemeja-T," katanya.
Seperti yang diketahui, impian Search mengadakan konsert jelajah seluruh negara akhirnya tercapai selepas konsert mereka pernah tertangguh 3 tahun lalu.
Ketika itu, Search sepatutnya mengadakan persembahan bersama kumpulan rock dari Indonesia, Slank. Bagaimanapun, kekecewaan Search dan peminat terubat apabila Celcom menaja konsert ini.
Tiket dijual pada harga RM35, RM55 dan RM85. Ia kini boleh didapati menerusi laman web di www.tickethotline.com.my.
Jadual Konsert Penghargaan Search di Awan Biru 2009
# 2 Mei 2009 : Tapak Expo, Seberang Jaya, Pulau Pinang
# 9 Meiy 2009 : Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru
# 16 Mei 2009:Stadium Mini Jengka, Pahang
# 22 Mei 2009: Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
# 29 Mei 2009: Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah
# 5 Jun 2009 : Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kelantan
# 27 Jun 2009 : Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak
# 4 Julai 2009 : Stadium Tertutup Miri, Sarawak
# 11 Julai 2009 : Kompleks Sukan Sandakan, Sabah
# 18 Julai 2009 : Kompleks Sukan Tawau, Sabah
# 1 Ogos 2009 : Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2009
(564)
-
▼
May
(48)
- Loan shark's hellhole torture for defaulters
- BIODATA RASULULLAH..
- World No Tobacco Day
- ADAT POTONG KUKU
- HALBA
- Islam selesai masalah remaja
- Anak peneroka dicekup separuh bogel bersama kekasih
- Saat kematian nabi muhammad S.A.W
- Kedudukan Ahmad bakal diketahui
- Gadis sunti masuk perangkap penuntut IPT
- SANTAU
- Apa Ertinya Saya Menganut Islam
- Minda: Candat sotong gamit pelancong
- Jeritan mautOleh Mohd Husni Mohd Noor dan Raja Nor...
- BERHATI-HATI MENJAGA HATI
- Konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu Di...
- Company Tak Bagi Sembahyang, Sungguh Cilaka
- 2 maut, 7 parah bas ekspres bertembung treler
- Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terenggan...
- Kereta kabel di Tasik Kenyir
- Tenggelam di depan rakan
- Kapal tangki terbakar: Dua hilang, lima para
- Kelebihan Wanita Solehah
- Hikmah Dan Pahala Wanita Hamil
- Pesakit mental ditahan disyaki bunuh warga tua nya...
- Himpunan Nama2 Pilihan
- Sayangi haiwan
- Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah
- What are you staying? Part 1
- Kasih & Cinta dalam Islam
- SELAMAT HARI GURU
- M'sia hit with first A(H1N1) flu case
- SEARCH Jelajah Malaysia
- Salasilah Para Nabi dan Rasul
- Selamat Hari IBU
- Nurin Jazlin Jazimin
- TERENGGANU KITE: SOLAT JAMAK DAN QASAR
- SOLAT-SOLAT SUNAT
- Warga emas maut dipukul
- Lawak Today - Jangan Terkencing Kat Sini Ye, Jempu...
- Ingin Mencari Kerja Di Terengganu
- SEJARAH RINGKAS NEGERI TERENGGANU
- Ibnu Sina - Tokoh Perubatan Islam
- Moderator
- No title
- No title
- No title
- Adik Muhammad Muhymin
-
▼
May
(48)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-