David Yeow and Fay Angela D'cruznews@nst.com.my
The three men who were held captive by loan sharks in an abandoned shoplot for two months after they failed to pay back their loans.
The three men who were held captive by loan sharks in an abandoned shoplot for two months after they failed to pay back their loans.

KUALA LUMPUR: Police rescued three men who were chained like dogs, beaten and forced to survive on water and bread in yet another case of shocking treatment inflicted by loan sharks on their debtors.

One of the three men leaving his ‘prison’ yesterday escorted by a policeman and a medical officer.
One of the three men leaving his ‘prison’ yesterday escorted by a policeman and a medical officer.
Loan shark's
Loan shark's
The three men were held in an unoccupied shoplot in Seri Kembangan, near here, for two months as they could not pay their loans which ranged from RM1,500 to RM4,000.
A police party raided the shoplot yesterday afternoon and found the three men tied to the wall with heavy chains.
The victims, aged 25, 34 and 49, were abducted from Segambut, Semenyih and Gombak.
Gombak police chief Assistant Commissioner Abdul Rahim Abdullah said police were led to the shoplot by two loan sharks who were arrested in Kepong earlier yesterday.
"The victims were very weak. They were given medical attention immediately.
"They were wearing the same clothes they had on for the past two months and had been beaten regularly with sticks.
"The loan sharks contacted the victims' families and demanded they settle the loans if they wanted to see their loved ones again."
The families could not raise the money but did not seek police help.
Another victim, who was held captive for 17 days, tipped off the police after his family had paid off his debts and he was released.
The man, who had taken a RM400 loan, provided information that led to the arrests of the two loan sharks outside a bank in Kepong yesterday.
The two men then led police to the other three captives.
Rahim said the victims were imprisoned in two makeshift six-by-seven metre cells, each with an open toilet. They were chained at their necks and feet to a wall.
Firemen used an electric chainsaw to cut through the 6kg chains.
The captives sobbed uncontrollably when they saw the rescue party.
One of them, identified only as Ling, said he had borrowed RM1,500 from an Ah Long earlier this year. He was given a month to repay the loan.
"By last month, I had settled RM700. I asked for an extension to settle the balance but they refused.
"They took me away and locked me up, saying they would only release me when my family had settled my debt.
"As my family did not know I took a loan from the loan sharks, I was locked up here for two months."
He said they were only given five slices of bread every few days and water from a small tap connected to their cells.
"If we made noise, we would be kicked and beaten."
The other two victims who were imprisoned in the cell opposite Ling's refused to comment.
Police believe the two loan sharks in custody are part of a syndicate and did not rule out the possibility that more may be suffering the same fate.
"We are now trying to trace the other members of the syndicate," Rahim said.
The case is being investigated for hostage-taking, a charge which carries a jail sentence of between seven and 30 years upon conviction.


BIODATA RASULULLAH..

BIODATA RASULULLAH..
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang
menyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


Dipetik dari:

World No Tobacco Day

Do you know that “World No Tobacco Day” is celebrated around the world every year on May 31?

This yearly celebration informs the public on the dangers of using tobacco, the business practices of tobacco companies, what WHO is doing to fight the tobacco epidemic, and what people around the world can do to claim their right to health and healthy living and to protect future generations.

The Member States of the World Health Organization created World No Tobacco Day in 1987 to draw global attention to the tobacco epidemic and the preventable death and disease it causes. In 1987, the World Health Assembly passed Resolution WHA40.38, calling for 7 April 1988 to be a "a world no-smoking day." In 1988, Resolution WHA42.19 was passed, calling for the celebration of World No Tobacco Day, every year on 31 May.

On World No Tobacco Day 2009, and throughout the following year, WHO will encourage governments to adopt tobacco health warnings that meet all the criteria for maximal effectiveness, including that they cover more than half of the pack, appear on both the front and back of the pack and contain pictures. So, let’s join the campaign to saving lives and say NO to tobacco!!!

ADAT POTONG KUKU

CARA & ADAT POTONG KU


HALBA

Assallamuallaikum,

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...

Rasulullah saw bersabda :

'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita..

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

Islam selesai masalah remaja

GONG PASIR - Gejala keruntuhan institusi keluarga adalah satu fenomena yang kini menjadi persoalan utama masyarakat di negara ini.

Walaupun pelbagai pendekatan dilakukan untuk menanganinya, gejala ini terus berleluasa sehingga belum diketahui bilakah penghujungnya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat, pendekatan agama yang meletakkan Islam sebagai asas dalam kehidupan sebuah keluarga adalah jalan penyelesaian terbaik untuk menangani krisis yang kian parah melanda masyarakat kini.

Beliau yang juga bekas seorang pensyarah berkata, perkara utama yang harus diberikan perhatian untuk menangani krisis ini adalah mengenal punca remaja berkelakuan sedemikian.

“Sebagai umat yang berpegang kepada ajaran Islam, kita mesti menjadikan agama peninggalan Nabi Muhammad SAW ini sebagai panduan untuk mengatasi setiap masalah dihadapi.

“Antara perkara yang harus diberi perhatian ibu bapa adalah, melihat dari sumber manakah makanan yang diberikan kepada keluarga, apa yang ditonton, siapa rakan sebaya mereka serta kaedah memberikan pendidikan kepada anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah motivasi keluarga anjuran Pas Cawangan Gong Pasir dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Penerangan Pas Kawasan Dungun di sebuah surau dekat sini.

Menurut Tuan Ibrahim, orang tua zaman dahulu walaupun tidak berpendidikan tinggi, namun meletakkan agama dan adat sebagai asas pendidikan kepada anak-anak mereka.

Katanya, generasi muda hari ini harus segera diselamatkan, dan ibu bapa memainkan peranan utama mengawal tingkah laku anak-anak daripada terjebak dengan gejala sosial, melalui pembentukan akhlak yang sempurna mengikut ajaran Rasulullah.

DUNGUN – Terkejut, cemas dan sedih, begitulah keadaan seorang gadis yang ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik air ketika cuba menyembunyikan diri setelah bilik penginapannya diserbu pihak berkuasa, di sini, awal pagi kelmarin.

Gadis sunti berusia 20 tahun yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di bandar Dungun itu dipercayai mendaftar masuk di hotel kira-kira jam 11.45 malam dengan tujuan melakukan hubungan seje-nis bersama pasangan.

Bagaimanapun, tindak-an sumbang bersama te-man lelakinya yang berasal dari Kampung Gemia itu berjaya dihidu pihak berkuasa lalu operasi khas dilancarkan.

Sebaik pintu diketuk anggota penguat kuasa, seorang remaja lelaki membuka pintu bilik mengaku tinggal seorang diri, namun anggota penguat kuasa yang sudah berpengalaman dengan taktik itu akhirnya berjaya menemui seorang gadis sedang bersembunyi dalam bilik air dengan keadaan separuh bogel.

Setelah disoal siasat, keduanya gagal menunjuk-kan sebarang bukti bahawa mereka adalah pasangan atau muhrim yang sah.

Gadis yang menyewa di Alor Tembesu bersama rakan itu mengaku menginap di hotel untuk memadu as-mara dengan kekasihnya.

Coli dan seluar dalam milik gadis lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia itu serta seluar dalam pasangannya dirampas Ang-gota Penguatkuasa sebagai bahan bukti proses per-bicaraan mahkamah nanti.

Anak peneroka di Felda Kerteh 5 itu turut mengaku telah dua kali berkunjung ke hotel terbabit bersama teman lelakinya, namun kali ini membawa padah.

Ketua Unit Penguatkuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan gadis itu, anak kelima daripada tujuh beradik; bersama pasangan, yang bekerja di sebuah sya-rikat kejuruteraan dekat Paka; menghadapi pertu-duhan mengikut seksyen 29, Enakmen Kesalalahan Jenayah Syariah Takzir Ne-geri Terengganu jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Saat kematian nabi muhammad S.A.W

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan
khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara
pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang
di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu
dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana
nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian
maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku",
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" -
"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli
'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.

ipetik dari:adlihakim.blogspot.com



KUALA TERENGGANU – Tanda tanya mengenai kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB) dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.

Sinar Harian difahamkan isu MB turut disentuh walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat ketika pertemuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan Ketua UMNO Bahagian dan semua Ahli De-wan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Na-sional (BN) Terengganu malam kelmarin.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi semalam mengakui isu itu turut dibincangkan untuk diselesaikan segera.

Bagaimanapun, Rosol enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan memak-lumkan keputusan perlu diserahkan kepa-da pucuk kepimpinan UMNO negeri.

“Dalam pertemuan itu, isu MB ada dibincangkan dan Datuk Seri Hishammuddin akan tengok dalam masa terdekat. Semua keputusan terpulang kepada beliau,” katanya ketika mengulas pertemuan tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan selama dua jam setengah itu, Rosol yang juga bekas Setiausaha UMNO Tereng-ganu berkata, beliau yakin ia akan membawa perkembangan positif kepada politik di negeri ini berdasarkan jaminan Hishammuddin untuk mengambil langkah terbaik memantapkan UMNO Terengganu.

“Perjumpaan itu amat baik dan saya yakin ia akan memberi perkembangan positif terhadap perpaduan dan kekuatan UMNO di negeri ini. Datuk Seri (Hishammuddin) juga memberi keyakinan untuk memastikan masalah diselesaikan segera bagi menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

Malam kelmarin, semua ADUN BN Terengganu termasuk Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam perjumpaan dengan Hishammuddin di pejabat Menteri Dalam Negeri, di Putrajaya bermula jam 10 malam, bagi membincangkan isu politik di negeri ini.

DUNGUN - Seorang gadis sunti yang baru meninggalkan alam persekolahan, nyaris menjadi mangsa seks penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika dia berkunjung ke rumah sewa teman lelakinya dekat Taman Seri Intan 2, di sini, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota Penguat Kuasa Syariah Jabatan Agama Daerah Dungun yang menyerbu rumah dipercayai dijadikan sarang maksiat remaja berkenaan, berjaya menyelamatkan gadis yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar ini daripada terus ‘diratah’ penuntut IPT yang didakwa teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kes tangkapan khalwat kira-kira jam 2.00 awal pagi kelmarin di sebuah rumah sewa yang didiami kira-kira 10 pelajar IPT berdekatan, pasangan terbabit ketika ditahan dipercayai sedang melakukan adegan panas yang memberahikan.

Ketika intipan dilakukan, lelaki yang berasal dari Machang, Kelantan itu dikatakan sedang meniarap di atas tubuh teman wanitanya.

Sebaik pintu dibuka, kedua-duanya tergamam dan setelah disoal siasat, mereka tidak mempunyai pertalian muhrim dan gagal menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong fakta yang boleh menyelamatkan mereka.

Remaja lelaki berusia 19 tahun yang kini mengikuti kursus kejuruteraan mekanikal plastik di IPT berdekatan rumah sewanya mengaku membawa kekasihnya ke bilik tidur tanpa diketahui rakan yang ketika itu turut berada di bilik berasingan.

Gadis berusia 17 tahun yang tinggal bersama ibu saudara setelah ibu bapanya bercerai dibawa ke pejabat Unit Penguatkuasa Syariah, Pejabat Agama Daerah Dungun bersama kekasihnya untuk diambil keterangan.

Masing-masing dibebaskan setelah dijamin penjamin masing-masing sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah, Dungun nanti.

Kedua-duanya menghadapi pertuduhan mengikut seksyen 31(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Negeri Terengganu, jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Unit Penguatkuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan kes berkenaan.

SANTAU

Santau adalah istilah penyakit yang terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya di Nusantara. Penyakit yang tergolong dalam nama santau itu wujud.
Penyakit itu biasanya dikenali berdasarkan tanda-tanda zahir yang dialami oleh pesakit. Contohnya batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun, dengan menggunakan pelbagai ubat, tetapi batuk tidak hilang.
Ada juga yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, disekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejuk kaki tangan khususnya pada petang hari, murung, tidak ceria dan sebagainya.

Penyakit sedemikian tidak semestinya santau. Ia boleh berlaku sedemikian dengan sebab fizikal yang lain, mungkin kerana dia bermasalah penyakit paru-paru rosak atau tonsil kronik atau sakit TB, keracunan dan sebagainya.
Pesakit jenis ini biasanya akan terubat dengan doktor pakar. Mungkin kerana sudah diubati tetapi tidak sembuh, maka mereka beralih kepada rawatan alternatif.
Salah satu yang sering dirujuk ialah bomoh santau atau perawat-perawat lain. Kebanyakan pengubat akan memberitahu pesakit itu bahawa dia terkena penyakit santau.
Ertinya ada orang bagi dia makan sesuatu, atau dia memakan ramuan yang di dalamnya ada santau.

Apa dia santau? Saya sendiri tidak tahu apa dia sebenarnya. Cuma hasil daripada percakapan banyak orang, kononnya santau diperbuat dari bahan yang amat-amat bisa.
Dikatakan ia diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (meragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca halus daripada bal lampu kalimatang yang ditumbuk halus.
Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ini adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan ia adalah santau yang sebenarnya.
Kalaupun ada yang membuat santau, tentulah dia merahsiakannya dan tidak mungkin dia mendedahkan rahsianya kepada orang.

Adakah orang yang sanggup membuatnya untuk menganiayai orang lain? Semata-mata dengan sedikit bayaran dunia, tidak kah mereka takut kepada dosa dan sebagainya?
Zaman ini manusia menjadi makhluk yang serba boleh, serba jadi. Misalnya mereka sanggup mendera isteri, mendera orang gaji, membunuh diri, keluarga dan rakan, serta melakukan pelbagai kemusnahan.
Manusia menjadi haiwan, malah lebih teruk daripada haiwan. Apakah itu (menggunakan santau) tidak dikatakan sebagai manusia kerana wang atau kerana hendak memuaskan hati?
Oleh santau adalah salah satu daripada kekejaman manusia. Yang penting tanda-tanda penyakit tadi jelas, orang itu sakit, setiap sakit ada ubatnya.

Berubatlah dengan cara yang betul, apabila Allah bukakan ruang kesembuhan, insya-Allah kena ubatnya, penyakit akan sembuh.
Sering kita dengar ada orang yang boleh membeli santau daripada orang tertentu dan sebagainya, itu adalah kata orang, anda jangan mudah mempercayainya.
Oleh yang demikian, berdoalah kepada Allah agar kita selamat dari kedengkian manusia. Wallahu a'lam.

Dipetik dari http://tokngah.blogspot.com/

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

oleh:Fathi Yakan

Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Islam dari segi bahasa bermaksud selamat, sejahtera.Islam dari segi istilah bermaksud "penyerahan" , atau penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH swt.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala:

Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).

(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).

1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.

2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.

3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.

4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.

5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.

6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.


Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w.

1. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa.

Firman Allah s.w.t:

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

(Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri.

Firman Allah s.w.t:

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasulrasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan.

Firman Allah s.w.t:

Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasulrasulnya.

(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat

kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi

derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:

"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka."

(Surah Al-Syura 42:Ayat 7)

6. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan

dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun

demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan

dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula

tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam

batasan keizinan dan kehendakNya.

Firman Allah s.w.t:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanyakepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)

Dan firman Allah s.w.t;

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).

bersambung.. .

wallahu'Alam. ..
Dipetik dari Taman2syurga

DI negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu aktiviti mencandat sotong adalah kegiatan ekonomi nelayan sejak dulu. Pesisiran laut yang luas dan pulau berselerak di sekitarnya menjadikan aktiviti mencandat sotong dapat dilakukan.

Kini kegiatan ekonomi tradisional berkenaan muncul sebagai satu produk pelancongan yang unik dan menggamit pelancong untuk berkunjung ke Terengganu bagi melihat sendiri apa yang dikatakan mencandat sotong.

Mengikut kebiasaan masyarakat nelayan Terengganu, setiap tahun dalam pertengahan April hingga Julai adalah tempoh mereka turun ke laut untuk mencandat sotong.

Dalam masa itulah rakyat Terengganu dapat melihat kelipan lampu bot nelayan yang mencandat sotong di sekitar pesisiran pulau pada waktu malam.

Usaha kreatif kerajaan Terengganu patut dipuji kerana mengambil langkah positif dengan menjadikan aktiviti mencandat sotong untuk menarik pelancong terutama domestik.
Ia sekali gus mampu menjana peluang ekonomi bagi rakyat Terengganu. Bulan Candat Sotong 2009 yang dilancarkan pada 2 Mei lalu menjadi platform untuk mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Za’abar Mohd Adib, Bulan Candat Sotong 2009 dapat dijadikan produk tarikan pelancong, sekali gus membantu kerajaan negeri mencapai sasaran kunjungan pelancong untuk tahun ini.

Katanya, Bulan Candat Sotong 2009 akan dimeriahkan dengan Cabaran Candat Sotong dan Fiesta Musim Candat.

Kedua-dua program itu adalah pengisian sepanjang Bulan Candat Sotong 2009 yang kini diangkat sebagai ikon pelancongan utama di Terengganu setaraf Festival Pulau Pinang dan Pesta Lumut di Perak.

Inilah gambaran kesungguhan kerajaan Terengganu dalam usaha menjadikan sektor pelancongan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri itu.

Kini, usaha berkenaan semakin menampakkan kesan positif kerana Bulan Candat Sotong ditunggu-tunggu pelancong.

Sesungguhnya program Cabaran Candat Sotong dan Fiesta Musim Candat memberi peluang pelancong untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai cara dan peralatan digunakan dalam aktiviti mencandat sotong.

Kalau selama ini orang ramai hanya mengetahui melalui paparan maklumat dalam media atau buku, kini mereka boleh merasai sendiri pengalaman mencandat sotong di samping mengetahui peralatan digunakan.

Ini sudah tentu pengalaman sangat berharga dan unik yang akan sentiasa terpahat dalam sanubari pelancong pada Bulan Candat Sotong berlangsung di Terengganu.

Malah, pelancong akan dibawa terus merasai pengalaman mencandat sotong pada waktu malam.

Aktiviti mencandat sotong yang dijadikan produk pelancongan sudah melonjakkan kegiatan ekonomi Terengganu dan rakyatnya turut merasai kesan positifnya.

Dengan jumlah kunjungan pelancong yang meningkat setiap tahun merancakkan industri homestay.

Kini dilaporkan setiap tahun dari Mei hingga Julai, perkampungan homestay di sekitar pesisiran pantai sentiasa penuh dan tidak dapat menampung permintaan tinggi daripada pelancong.

Disebabkan faktor itulah perkampungan homestay dibina bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini sangat positif bagi menjana pendapatan penduduk dan dengan kreativiti menganjurkan program mencandat sotong tentu akan menambahkan nilai kunjungan pelancong.

Limpahan nikmat hasil aktiviti pelancongan bukan saja membuahkan sumber ekonomi, tetapi menaikkan nama negeri itu di persada pelancongan negara.

Program mencandat sotong turut membawa kesan positif kepada industri pembinaan bot bersaiz kecil dan sederhana kerana perkhidmatan bot adalah komponen utama dalam aktiviti itu.

Bot itulah yang membawa pelancong ke laut dan merasai keseronokan mencandat sotong.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Terengganu, Jelani Hashim, berkata melalui aktiviti candat sotong, orang ramai akan menyewa sekitar RM700 untuk sebuah bot.

Katanya, ini memberi keuntungan kepada nelayan yang menyewakannya kepada pelancong.

Pelancong juga pasti akan berbelanja membeli peralatan mencandat, makanan sebagai bekalan dalam bot, penginapan dan pengangkutan di darat selain membeli ole-ole seperti keropok dan batik.

Dapatlah kita katakan usaha kerajaan Terengganu menjadikan mencandat sotong sebagai satu agenda utama pelancongan sangat tepat.

Kini, program mencandat sotong diaktifkan lagi dengan sokongan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Apa yang diperlukan ialah program diadakan di setiap daerah berpantai di Terengganu.

Tahun ini Cabaran Candat Sotong dimulakan di Marang (Pulau Kapas) kemudian diadakan di Dungun dan berakhir di daerah Kuala Terengganu.

Sepatutnya kawasan pesisiran laut daerah Setiu, Besut dan Kemaman wajar dieksploitasi semaksimum mungkin untuk memberi peluang pelancong luar mengenali daerah itu dengan lebih mendalam.

Mungkin ia menjadi kenyataan pada tahun akan datang jika kerajaan Terengganu dan pihak swasta dapat menyediakan perancangan program secara lebih terperinci.

Menurut Setiausaha Bahagian Dasar, Perancangan dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Pelancongan, Mohd Halimi Ibrahim, apa yang perlu dilakukan ialah meyakinkan pelancong asing bahawa Malaysia sebuah negara selamat untuk dikunjungi.

Tentu kita juga yakin semua aktiviti pelancongan termasuk program mencandat sotong tidak terganggu dengan fenomena wabak selesema babi.

Di samping itu, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri harus lebih agresif mempromosikan program mencandat sotong bukan hanya untuk pelancong domestik, tetapi juga ditumpukan kepada menarik pelancong asing.



Jeritan mautOleh Mohd Husni Mohd Noor dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz am@hmetro.com.my
IPOH: “Mana bini aku, mana bini aku...,” jerit Jafri Tajul Aripin, 47, kepada seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan bunuh dua beranak dan seorang pembantu rumah di Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, semalam.Jafri yang menangkap lelaki terbabit dengan bantuan seorang rakan berkata, dia mulanya bergegas pulang ke rumah apabila mendengar jeritan isterinya, Wah Yah Mat Zi, 42, ketika berbual menggunakan telefon bimbit sebelum talian itu terputus.Bimbang kejadian buruk menimpa keluarganya, Jafri segera memasuki rumahnya lalu mendapati mayat Wah Yah dan pembantu rumah terbujur di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.Dalam keadaan terkejut itu, dia terus mencari anak bongsunya, Ermin Denish, 5, sebelum mayatnya ditemui di dalam bilik air.

Dia kemudian terserempak seorang lelaki dipercayai suspek yang terburu-buru cuba melarikan diri dari rumahnya dengan melompat pagar sambil membawa sebuah beg menuju ke sebuah motosikal.
Berang dengan kejadian kejam itu, kata Jafri, dia mencapai sebilah parang dalam keretanya sebelum mengejar suspek di hadapan rumah.Dengan bantuan rakan, Ahmad Hanafiah, 38, yang kebetulan ternampak lelaki terbabit dikejar Jafri, mereka berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri dengan menggunakan kereta.“Lelaki terbabit terjatuh sebelum saya menangkapnya dengan dibantu rakan yang kebetulan berada di kawasan rumah.“Kami mengikatnya dengan hos getah sementara menunggu ketibaan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya. Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wah Yah yang juga pemilik salun, Ermin serta pembantu rumah mereka dikenali sebagai Dani, 18, ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan kelar di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun bersenjata.Harian Metro difahamkan, Wah Yah baru saja mengeluarkan wang RM4,000 dari bank berdekatan sebelum dia dipercayai diekori penjenayah terbabit sehingga ke rumah. Saksi kejadian yang juga kenalan Jafri, Ahmad Hanafiah, 38, berkata dia hairan apabila melihat rakannya berlari masuk ke rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.“Saya cemas sebelum berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat seorang lelaki melompat keluar dari pagar rumah mangsa dengan membawa sebuah beg dan bergegas menaiki motosikalnya. “Saya dan Jafri menghalang suspek dengan menggunakan kereta dan terus keluar menangkap lelaki terbabit yang terjatuh sebelum sempat dia melarikan diri,” katanya. Ahmad berkata, ketika kejadian, dia baru saja mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran rumah mangsa sebelum ternampak rakannya itu kelihatan cemas. “Sebelum itu, saya baru saja selesai melakukan kerja mengecat pagar di Jabatan Penerbangan Awam dan kebetulan melalui kawasan kediaman mangsa,” katanya. Sementara itu, Jafri terpaksa ditenangkan saudaranya dan lebih menyayat hati apabila anak perempuan mangsa berusia 10 tahun berlari sambil meraung “Mami, Mami” sebelum mendapatkan ayahnya selepas mengetahui kejadian menimpa ibu. Keadaan di sekitar rumah mangsa juga sesak dengan kehadiran 300 orang menyebabkan polis mengeluarkan arahan supaya orang ramai beredar. Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dari rumah berkenaan jam 6.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.


الا وان في الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا وهى القلب
" Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! ianya hati "( HR:Bukhari &Muslim )

Sepertimana penyakit zahir yang menyerang tubuh badan kita yang berpunca dari bakteria, kuman dan virus secara perlahan dan berperingkat yang mampu menjadi kronik dan akhirnya menjadi asbab kepada kematian.

Maka begitu jugalah dengan hati kita yang sentiasa diserang virus, bakteria dan kuman dosa yang mampu menjadi tenat secara beransur-ansur dalam berbagai peringkat sehinggalah mematikan hati kita.

Peringkat kuman dosa yang merosakkan hati :

1) Merasa bersalah bila berbuat dosa
Pertama kali melakukan dosa, hati rasa menyesal, bersalah dan resah, kerana perbuatan jahat adalah sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang tercipta dalam kesucian.

2) Merasa biasa bila berbuat dosa
Namun rasa berdosa tidak bertahan lama apabila dosa diulang-ulang. Rasa berdosa akan hilang sedikit demi sedikit dan hati sudah terbiasa dengan kehadiran dosa. dulu, bila berdosa temannya airmata tapi sekarang alah bisa tegal biasa. Hati rela dan tega dalam dosa.

3) Merasa seronok bila berbuat dosa
Dosa itu kuman disalut keindahan. Sesudah hati terbiasa dengan dosa maka timbul rasa seronok melakukannya. Rasa ketagih, gian, kemaruk mengulangi dosa. Dosa sudah bertukar dari racun menjadi nikmat. Dosa kini sudah bertakhta didalam dada.

4) Menjadi pembela kepada Dosa
Inilah nafsu yang tak pernah puas, begitu juga syaitan yang berjuang menghasut manusia tanpa kendur dan mundur. Dari rasa berdosa, kemudian biasa dengan dosa, kemudian seronok berbuat dosa dan akhirnya menjadi pejuang dan pembela dosa. Mereka sudah ditahap kritikal kerana mereka mempromosi, menjadi duta kepada dosa. Jika ada ahli agama menegur, maka mereka sedia bangun mempertahankan serta membela perlakuan dosa mereka.

" Hati semakin sakit, semakin keras, menjadi buta, menjadi barah membawa virus munafiq, syirik dan kafir dan akhirnya hati mati "

" Oleh itu hendaklah kita berhati-hati menjaga hati "

Firman Allah : Al-Isra' ayat ; 72

ومن كان في هذه أعمى فهو فى الأخراة أعمى واضل سبيلا
" Dan sesiapa didunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya "

By ustaz Amran


Baru sahaja dapat berita tentang penundaan tarikh Konsert Search di Awan Biru di Terengganu.

“SEARCH dan Art-Is At Work Sdn Bhd dengan ini ingin memaklumkan bahawa tarikh konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu yang dijadualkan pada hari Jumaat 22 Mei 2009 telah ditunda kepada hari Jumaat 29 Mei 2009 bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

SEARCH dan Art-Is At Work Sdn Bhd dengan ini ingin memohon maaf di atas perubahan tarikh ini yang berpunca dari beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.” - Radin Shamsulkamar


Bila dapat email nie bukan tahap berdesing jer telinga kami, hampir-hampir nak mendidih otak kami. Memang sungguh celaka memo daripada syarikat ini yang tak bagi pekerja Islamnya bersolat. Sungguh celaka!!!

Hati tengah panas membara. Tak boleh nak tulis lebih-lebih. Kalau nak tengok gambar company tue baca artikel ini sepenuhnya.



Keadaan bas Transnasional remuk selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, Pahang, kelmarin.Dua maut dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 8.45 malam itu. Mangsa ialah pemandu treler, Khairil Nizam Mohamed, 31, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu dan penumpang bas, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun, Triang.Bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler yang membawa muatan baja terbabit dari arah bertentangan.


KUANTAN 19 Mei – Dua maut manakala tujuh lagi parah apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah treler yang sarat membawa muatan baja di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pukul 8.15 malam itu ialah pemandu lori berkenaan, Khairul Nizam Mohammed, 31, dari Kampung Padang Maidin, Kuala Terengganu dan seorang penumpang bas ekspres, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun Teriang, Bera.

Tujuh yang parah ialah pemandu bas, Mohammed Saladi Ripin, 42; kelindan lori, Yusoff Hassan, 42, dan lima penumpang bas berkenaan iaitu Tuan Suziyzty Tun Noor, 24; Aulia Hasan Basri, 30; Mohd. Johar Yadin, 56; Abdul Rahman Abdullah, 19, dan Raja Ahmad Suari Raja Abu Bakar, 40.

Pegawai Penguat Kuasa/Tadbir Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku ketika bas ekspres Transnasional berkenaan yang membawa 21 penumpang dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata, setibanya di sebuah jambatan sempit, bas ekspres berkenaan dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga menyebabkan berlaku pertembungan.

“Akibat pertembungan itu, bahagian hadapan treler berkenaan remuk, manakala bas ekspres berkenaan pula terkopak daripada bahagian hadapan hingga ke tengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainalabidin, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, akan menahan pemandu bas ekspres berkenaan sejurus dia mendapatkan rawatan bagi membantu siasatan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri akan diadakan pada 19/5/09 bersamaan hari selasa ini di Dataran Merdeka Dungun , Terengganu.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu , Dato’ Ahmad bin Said .
Majlis bermula pada jam 9 mlm. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan suasana.

Perkhidmatan kereta kabel akan dibina menghubungkan Pengkalan Gawi ke Pulau Poh, salah sebuah antara 10 pulau di Tasik Kenyir yang sedang dibangunkan sebagai tarikan baru pelancongan di tasik berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kereta kabel sepanjang kira-kira setengah kilometer itu dijangka dimulakan pembinaannya tahun depan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mendapatkan anggaran perbelanjaan pembinaan kemudahan itu dari beberapa konsultan termasuk syarikat pengendali kereta kabel di Pulau Langkawi, Kedah.

''Saya percaya penyediaan perkhidmatan kereta kabel ini akan menjadi daya tarikan tinggi kepada pengunjung ke taman tema air di Pulau Poh nanti," ujarnya selepas melakukan lawatan dua hari ke Tasik Kenyir di sini hari ini.

Beliau berada di Tasik Kenyir bagi meninjau kemajuan projek pembangunan pulau-pulau berkenaan yang mengikut tema tertentu selain melepaskan anak ikan kelah di Santuari Kelah yang ketiga di tasik itu yang terletak di Sungai Leban.

Kata Menteri Besar, cadangan pembinaan kereta kabel itu muncul ketika beliau melakukan lawatan berkenaan apabila mendapati kedudukan serta jarak dari Pengkalan Gawi ke Pulau Poh yang memungkinkan kemudahan itu dibina.

Menurutnya, kos pembinaan kemudahan itu termasuk dalam peruntukan RM500 juta untuk pembangunan industri pelancongan negeri untuk tahun ini yang merupakan perbelanjaan dari kerajaan negeri sendiri.

Beliau memberitahu, selain taman tema air di Pulau Poh, beberapa lagi pulau dengan tema tertentu iaitu orkid, bunga, rama-rama dan burung akan mula beroperasi tahun depan.

''Pembangunan pulau-pulau ini dengan tema masing-masing hanya mengambil masa antara empat hingga enam bulan lagi untuk disiapkan," ujarnya yang berpuas hati dengan pencapaian itu.

Dalam pada itu katanya, syarikat penerbangan Tiger dari Singapura sudah bersetuju untuk mengadakan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang akan memudahkan kemasukan pengunjung ke negeri ini.

KUALA TERENGGANU - “Saya cuba membantu dengan membaling pelam-pung ke arahnya, tapi dia tidak sempat memautnya,” kata Azhar Mamat, 38, ketika menceritakan detik cemas rakannya, Abd Ghani Ahmad, 35, yang tergelincir jatuh ke sungai, semalam.

Abd Ghani yang bekerja sebagai nelayan dari Kam-pung Banggol Paya Resak, Marang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Terengganu di belakang Kampung Cina kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bersa-ma 16 rakan dalam perja-lanan dari Pulau Kambing ke Jeti Seberang Takir sele-pas menghantar ikan.

Sehingga jam 6 petang, mangsa belum ditemui.

“Dalam perjalanan ke Jeti Seberang Takir, dia (Abd Ghani) cuba meniti di tepi bot dan tergelincir mungkin kerana licin. Dalam keadaan panik, kami tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kami hanya mampu membaling pelampung ke arahnya tetapi dia tidak sempat memaut. Dia langsung tidak tahu berenang dan tidak sampai beberapa minit dia tenggelam dibawa arus,” katanya.

Azhar yang bekerja sebagai nelayan berkata, kejadian malang itu berlaku dengan pantas dan dia bersama 16 rakan yang berada dalam bot hanya mampu melihat mangsa jatuh dan tenggelam dalam tempoh beberapa minit.

“Dia bukan nelayan tetap di sini. Kadang-kadang sahaja dia akan turun ke laut mengikut kami menangkap ikan. Dia juga tidak tahu berenang,” katanya yang masih terkejut.

Pekerja pengendali kapal korek pasir, Amirudin Abdullah, 28, pula berkata, dia bersama rakan sedang bekerja di persisiran sungai itu sebelum ternampak seseorang terkapai-kapai di dalam sungai berdekatan sebuah bot nelayan.

“Jarak antara saya dengan bot nelayan itu lebih kurang 10 meter sahaja. Sa-ya dapat lihat dengan jelas dia terkapai-kapai dalam sungai dan seseorang membaling pelampung ke arahnya tetapi dia gagal memautnya. Dalam beberapa minit, dia tenggelam dalam arus,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Abdul Halim Mohd Ishak mengesahkan menerima la-poran berhubung kejadian.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa dihentikan seketika semalam dan akan diteruskan hari ini.



Sebuah kapal tangki dengan muatan kira-kira 2,000 tan metrik minyak terpakai terbakar di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, Johor, semalam.Kebakaran kapal milik syarikat Singapura itu dikesan berlaku pada pukul 11 pagi di lokasi kira-kira 3.3 batu nautika di selatan Tanjung Setapa menyebabkan lima parah dan dua anak kapal hilang. Ekoran kebakaran itu asap tebal jelas kelihatan daripada kapal tangki tersebut. – JABATAN LAUT MALAYSIA

JOHOR BAHRU 18 Mei – Lima parah manakala dua anak kapal hilang apabila sebuah kapal tangki milik syarikat Singapura membawa kira- kira 2,000 tan metrik minyak kotor, terbakar di perairan Pengerang, Kota Tinggi, dekat sini hari ini.

Ketua Bahagian Risik Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 2, Deputi Supritendan Rosman Ismail berkata, kebakaran berlaku kira-kira pukul 11 pagi di lokasi 3.3 batu nautika selatan Tanjung Setapa.

Katanya, seramai 15 anak kapal Vertex itu yang terdiri daripada 13 warga Indonesia dan dua warga China berjaya diselamatkan setelah mereka terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

Tambahnya, berdasarkan maklumat anak kapal yang berjaya diselamatkan, dua mangsa hilang itu dikenali sebagai Mustakim, 41, dan Salehuddin, 31, dan adalah warga Indonesia.

“Kebakaran itu juga telah menyebabkan berlaku sedikit tumpahan minyak namun keadaannya tidak serius,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi itu, seramai 10 daripada mangsa kebakaran yang terdiri daripada lapan warga Indonesia dan dua warga China telah diselamatkan oleh PGM kira-kira pukul 11.10 pagi.

“Lima lagi anak kapal iaitu kesemuanya warga Indonesia berjaya diselamatkan oleh polis pengawal pantai Singapura beberapa minit kemudian,” katanya.

Rosman berkata, anak kapal yang diselamatkan PGM termasuk kaptennya, Simon Parera Kristian, 66, tidak mengalami kecederaan dan dihantar ke Balai Polis Pengerang untuk siasatan lanjut.

“Lima anak kapal yang diselamatkan polis pengawal pantai Singapura mengalami cedera parah akibat kebakaran itu dan dibawa ke Singapura,” katanya.

Beliau memberitahu, kapal tersebut membawa minyak kotor iaitu bahan api yang telah digunakan oleh kapal dan akan dikitar untuk digunakan semula.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Osman Muhammad Sebot berkata, kebakaran kapal tersebut masih belum terpadam meskipun selepas kejadian hujan lebat dan kini masih di lokasi sama.

Menurutnya, kapal itu yang berdaftar di San Lorenzo, Argentina membawa minyak kotor dari Indonesia ke Singapura dan telah berlabuh di perairan ini selama empat hari.

Pegawai Merinyu Jabatan Laut Pengerang, Mohd. Fadzly Adam berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada penduduk kampung Pengerang yang mendengar letupan dan dapat melihat kebakaran itu dari kawasan darat kira-kira pukul 11 pagi.

Katanya, beliau kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Pengerang dan PGM Wilayah 2.

Kelebihan Wanita Solehah

kelebihan wanita solehah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap tegukan susu yang diberikannya.

Click here to get hot comments and graphics...

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Click here to get hot comments and graphics...
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

copy from:http://anerbysdhom.blogspot.com/2008/10/kelebih



Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaatsolat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

***

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.

WaALLAHUALAM!



KUALA TERENGGANU – Suspek kes bunuh warga emas dalam kejadian di Kampung Darat Penunjuk, Kijal, Kemaman tiga hari lalu ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan K Manoharan berkata, dengan tertangkapnya lelaki terbabit kira-kira jam 5.45 petang kelmarin di hadapan Kampung Gong Limau, Chukai, Kemaman, pihaknya percaya kes bunuh Muda Mat, 78, selesai.

Menurut Manoharan, polis turut merampas motosikal dan topi keledar suspek serta sebatang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa sehingga meninggal dunia.

“Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada warga emas itu yang mengatakan sesuatu sehingga menyinggung dan mendorong suspek memukulnya. Bagaimanapun, warga emas itu difahamkan mengalami penyakit nyanyuk,” katanya kepada pemberita, semalam.

Selasa lalu, mangsa dipukul lelaki yang tidak dikenali yang menaiki motosikal di hadapan rumah separuh siap berhampiran rumahnya menggunakan kayu.

Berikutan kejadian, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di sebelah kanan bahagian kepala di Hospital Besar Kemaman jam 8.55 malam hari kejadian.

Manoharan berkata, suspek, 41, mempunyai rekod sakit mental dan pernah dihantar ke Hospital Besar Kemaman selepas ditangkap polis kerana berkelakuan agresif.

Mangsa dituduh dan direman bermula semalam bagi membantu siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut sebuah hadith dari Rasulullah SAW bahawa nama yang baik diberikan kepada anak-anak dari kaum muslimin ialah nama para nabi. Manakala yang lebih afdhal (utama) dan disukai oleh Allah SWT ialah Abdullah dan Abdur Rahman. Sedangkan nama yang paling tepatnya ialah Harith dan Hammam. Nama yang paling buruk pula ialah Harb (perang) dan Murrah (pahit).
Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Pada dasarnya, memberikan nama yang baik kepada anak-anak bukanlah wajib hukumnya. Namun, jika ditinjau dari segi kesan dan akibat yang timbul daripadanya, maka hukumnya akan beralih menjadi wajib secara sendirinya.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.
Nama-nama Pilihan Anak Lelaki.
Nama-nama Dilarang dalam Islam.

teruskan

Sayangi haiwan


DALAM Islam, pembunuhan pada asasnya dilarang terutama membabitkan jiwa, bahkan mereka yang melakukan jenayah terbabit dikira melakukan dosa besar.Jika membunuh itu dilarang, perbuatan jenayah lain seperti melukakan dan mencederakan orang juga satu kesalahan dan dipandang keji dan pelaku patut dihukum.
Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 93, bermaksud: "Sesiapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, balasannya neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, Allah murka kepadanya serta dikutuki-Nya dan disediakan-Nya seksa yang berat."Namun, bagaimana pula hukum membunuh binatang?Apakah justifikasinya sama dengan membunuh manusia?Secara umum, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar.Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan."Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila."Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya."Banyak cerita mengenai balasan Allah terhadap orang menyeksa binatang sehingga mati dalam hadis seperti seorang wanita diseksa pada hari kiamat kerana mengurung seekor kucing sehingga mati.Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang. Menurutnya, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga itu menggigit baginda. Lalu Allah mewahyukan kepada nabi terbabit: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih." (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan. Bagi menghargai jasa orang itu, Allah mengucapkan syukur dan mengampunkan dosanya. Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.Menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram.Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya.

Hukum nikah dgn perempuan yg sedang mengandung anak luar nikah adalah sah (bila cukup rukun dan syarat nikah), sama ada lelaki yg bernikah itu si empunya benih dlm kandungan itu atau lelaki lain.

Rukun-rukun nikah dan syarat-syarat sah nikah.
Rukun Nikah :
1.Calon suami (lelaki)
2.Calon isteri (perempuan)
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dan Kabul (akad)

Syarat-syarat calon suami (lelaki):
1.Bukan muhrim dengan bakal isteri
2.Dengan pilihan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
3.Lelaki yang tertentu
4.Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dinikahi
5.Bukan dalam ihram haji
6.Tidak beristeri empat

Syarat-syarat calon isteri (perempuan)
1.Bukan muhrim dengan bakal suami
2.Hendaklah bakal isteri itu tertentu
3.Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
4.Tidak di dalam ihram haji
5.Benar-benar perempuan (tidak khunsa)
6.Bukan isteri orang dan tidak dalam idah

Syarat-syarat wali :
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Merdeka
5.Lelaki
6.Adil
7.Tidak cacat akal
8.Tidak dalam ihram
9.Tidak dari orang-orang yang muflis

Susunan wali :
1.Bapa
2.Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan
3.Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa
4.Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah
6.Adik-beradik lelaki sebapa
7.Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah
8.Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
9.Bapa saudara dari sebelah bapa
10.Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah
11.Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu)
12.Raja (pemerintah)

Syarat-syarat saksi:
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Lelaki
5.Merdeka
6.Adil
7.Boleh melihat (tidak buta)
8.Boleh mendengar (tidak pekak)
9.Mempunyai daya ingatan
10.Memahami bahasa yang digunakan ketika akad
11.Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)

Syarat-syarat Ijab dan Kabul
1. Syarat ijab:
i.Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat.
ii.Tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan waktu yang terbatas dan tertentu (misalnya nikah kontrak).
iii.Tidak dengan taklik.
iv.Lafaz daripada wali atau wakilnya.
Contoh lafaz ijab: "Aku nikahkan dikau dengan ..... binti .... (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ...... (RM) tunai."

2. Syarat kabul:
i.Tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan kabul (lafaz akad).
ii.Lafaz kabul (terima) tidak tertaklik.
iii.Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.
iv.Hendaklah disebut nama isteri.
v.Lafaz kabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
vi.Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.
Contoh lafaz kabul: "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM tunai."

Sumber: http://www.myjodoh.net/articles/rukun.asp



By Art Harun

There was a man. His name was Muthu. He married Meenachi.

All that time he was feeling uneasy. He was not attracted to Meenachi. But he had to marry her because it was arranged.

In fact, he wasn’t attracted to any woman. Muthu felt that he was actually a woman trapped in a man’s body.

So, he finally summoned enough courage and underwent a sex change. He took whatever hormones pills to make his skin smooth. Removed his penis. Implanted silicon into his chest and grow them up to a pair of C cuppers.

Then he went to court. And asked for a declaration that he was and is a woman. He also asked for a divorce.

Meenachi objected. Some NGO, claiming to represent some rights group, intervened and objected too. Some family members also objected.

After a lengthy hearing and hearing submissions from eminent and not-so-eminent counsel, the court granted a declaration that Muthu is and was at all material times a woman. Muthu was very happy. He celebrated. At last, he was free from the constraint of being labelled a man when he is in fact a woman.

Or so he thought.

His wife appealed. The NGO also joined in. His family members as well. While waiting for the appeal, his wife asked the Court of Appeal for an order staying the declaration which Muthu had earlier obtained in the High Court.

Despite the fact that there were two other sittings of the Court of Appeal that day, where a full coram of three Court of Appeal judges were sitting in each of the two sittings, Meenachi’s application for a stay order was heard by a single judge. But Muthu did not say anything. Because under the law, a single judge could hear such application.

The single-judge Court of Appeal, after hearing submissions, granted an order staying the declaration which Muthu had earlier obtained.

Muthu now has a problem. She has been declared a woman. She behaves like a woman. Dresses like one. She’s got C-cup boobs. And she has no dick. When she wants to go to the loo, she would want to go to the ladies loo. In fact that is the primary reason for obtaining the declaration. She wants to be able to go to the ladies’ toilet without committing an offence under some municipal regulations.

But now the declaration is stayed. What does that mean? Does it mean that Muthu is not a woman? But the court has declared so. In law she is a woman. How? Does it mean now that Muthu cannot go to the ladies’ toilet? She doesn’t want to go to men’s toilet. What would the men say? Or do? She has boobs. Wears skirt. No dick. Some men might just smile. Some might take it the wrong way. Some might molest her in the men’s toilet. How?

And does it mean now Muthu also cannot behave like a woman? Must she now wear pants and scratch the area where her balls used to be, like other men? And drink beer from the mug in one gulp? And burp loudly after that? Must she also pee while standing? When she is in Kelantan, which supermarket lane is she supposed to be in? Male or female? Muthu is confused. She really doesn’t know what to do. How is she supposed to behave now?

Muthu consults her lawyers. Her lawyers say a declaration cannot be stayed. How can a declaration be stayed? You can stay the execution of a judgment or order. Meaning, if the court gives an order saying Meenachi owes one million to Muthu, the court can stay the execution of that order.

When that kind of stay is given, it means that Muthu cannot do anything to recover that one million until Meenachi’s appeal is heard and decided upon. But in that case, it is still an accepted fact that Muthu is a holder of an order requiring Meenachi to pay one million to Muthu. That order is not reversed. It is valid. The only thing is that Muthu cannot recover that one million just yet. Until Meenachi’s appeal is heard and decided upon, that is.

But Muthu did not get that kind of order. Muthu obtained a declaration that she was and is a woman. How do you stay that kind of order. Stay what? To stay that kind of declaration would tantamount to the Court of Appeal reversing the declaration which the High Court had granted after full adjudication. That couldn’t be. How can the Court of Appeal do that without hearing the appeal on the merit?

To do such thing would tantamount to the Court of Appeal not recognising the High Court order. The Court of Appeal surely cannot do that. In the hypothetical case of the one million order above, the court does not invalidate that order. The court just suspends Muthu’s right to recover the one million. The court recognises the validity of the order but the court says Muthu should not recover the one million for the time being.

But to stay a declaration is a different game. That is like saying that declaration does not exist for now. So, Muthu is, for the time being, a man.

Muthu is thinking of wearing black all the time.