SELEPAS mendiamkan diri dan membiarkan masyarakat berteka-teki serta membuat spekulasi berhubung 'tragedi' yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di ibu negara pada malam menjelang Krismas lalu, akhirnya pengacara program realiti popular, Sehati Berdansa yang juga pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya tampil memberi penjelasan terhadap kejadian malang yang menimpa mereka itu. Sambil mengakui berada di lokasi kejadian ketika polis membuat serbuan ke atas pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen itu, pelakon ini menafikan dia mabuk serta di bawah pengaruh dadah ketika serbuan dijalankan. Begitupun, jelas pelakon ini, dia tetap menjalani pemeriksaan air kencing dan hasilnya negatif. Walaupun apa yang berlaku boleh diibaratkan sebagai nasi sudah menjadi bubur, bagi Scha dia harus kuat menghadapi segala dugaan ini kerana menyedari statusnya sebagai seorang selebriti.
SCHA beri penjelasan mengenai insiden malam menjelang Krismas.
Bagaikan seorang pesalah yang menanti untuk dijatuhi hukuman, Scha dan juga Awal duduk di hadapan wartawan sejurus selepas sidang media pemenang Sehati Berdansa musim ketiga selesai dilakukan.
Mengerti apa yang bermain di minda wartawan, Scha menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku pada malam itu.
"Saya sebenarnya mendapat panggilan telefon dari teman baik saya, Stephanie yang mengundang saya meraikan majlis ulang tahunnya di sebuah kelab bersebelahan dengan pusat hiburan terbabit. Dia tinggal di Melbourne dan kebetulan berada di sini bersama keluarganya.
"Tidak mahu menghampakan permintaannya, saya pergi juga sebaik saja selesai penggambaran Awan Dania yang tamat sekitar jam 1 hingga 1.30 pagi. Disebabkan tiba di sana agak lewat dan tempat yang dijanjikan itu sudah tutup, saya ke pusat hiburan berhampiran. Di situlah serbuan itu berlaku selepas setengah jam berada di sana," kata Scha sambil menyifatkan dia berada di tempat dan waktu yang salah.
"Saya tidak ambil dadah atau mabuk. Tak mungkin saya ambil itu semua sedangkan pada masa sama, saya kurang sihat kerana demam viral dan perlu mengambil antibiotik. Lagipun, sejak akhir-akhir ini saya akui, berada di dalam keadaan tertekan kerana terlalu banyak perkara yang berlaku ke atas saya yang membuatkan kesihatan terganggu,' kata Scha dalam nada sebak dan hampir menitiskan air mata.
Jelasnya lagi, dia tidak menyangka niat untuk meraikan majlis hari jadi teman bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya apabila dituduh sebagai seorang yang gemar bersosial sehingga mendatangkan musibah pada diri sendiri.
"Saya sedar saya seorang selebriti dan semua tindak tanduk serta kehidupan peribadi saya menjadi perhatian masyarakat. Namun apabila mengatakan saya gemar bersosial, itu sudah keterlaluan. Saya di sana kerana mahu memenuhi undangan seorang teman baik,” katanya.
"Saya harap, dengan penjelasan ini, peminat dapat gambaran sebenar apa yang berlaku pada malam itu. Dan saya juga berharap semua pihak dapat memaafkan saya dan saya kesal atas apa yang terjadi," tutur gadis ini.
Bagi Awal pula, ketika berita kejadian malam itu heboh diperkatakan ramai serta identiti siapakah selebriti yang terbabit dalam serbuan di pusat hiburan itu didedahkan, tiba-tiba tersebar berita di internet yang mengatakan pengurusnya, Azlina Merican menafikan dia adalah selebriti yang ditahan dalam serbuan itu.
Justeru, pada sidang media itu, Awal didakwa menipu wartawan apabila menafikan kesahihan cerita itu.
"Sebenarnya ada berlaku kesilapan fakta dalam laporan yang disiarkan di sebuah portal itu. Sebenarnya, pengurus saya menafikan dakwaan saya positif dadah dalam serbuan itu.
“Kebetulan, ada pengacara TV lain turut berada di tempat kejadian serta di didapati positif dadah. Jadi, ramai menyangka pengacara itu adalah saya. Saya benci dadah dan tidak pernah terbabit dengan dadah. Saya bebas daripada pengaruh alkohol pada masa itu," tegas Awal.
Menurutnya, dari hari kejadian hinggalah sekarang, dia tidak memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana wartawan dan juga blogger.
Mengenai dakwaan enggan bekerjasama kepada polis apabila tidak mahu menyerahkan sampel air kencing ketika disuruh berbuat demikian, Awal mempunyai penjelasan tersendiri berhubung perkara itu.
"Sebelum serbuan, saya sudah buang air terlebih dulu. Apabila disuruh berbuat demikian oleh polis, saya gagal memberikan sampel air kencing. Keadaan di situ cukup hiruk pikuk. Ini menyukarkan saya memenuhi arahan polis yang mahukan sampel air kencing saya.
'Disebabkan itu, polis mencadangkan mengikut mereka ke ibu pejabat polis bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih huru hara terutama selepas ada yang menyedari kehadiran saya di situ. Selepas meneguk tiga botol air mineral, barulah dapat menyerahkan sampel air kencing itu," cerita Awal yang datang ke pusat hiburan itu atas undangan Scha.
Jelasnya, jika ada pihak yang masih meragui kenyataan saya ini, bolehlah merujuk kepada Timbalan Ketua Jabatan Narkotin Kuala
Lumpur, Superintendan Sharifah Hawariah Syed Idrus yang menangani kes ini.
"Selepas segala-galanya selesai dan ujian ke atas air kencing saya negatif. Beliau mempelawa saya tidur di pejabatnya memandangkan wartawan dan jurugambar masih berkumpul di luar. Saya hanya meninggalkan pejabat itu pada jam 11.30 pagi,' kata Awal yang mengaku kesal dengan kejadian yang disifatkan sebagai mencalar imej dan reputasi, bukan saja pada dirinya tetapi juga pada ahli keluarganya.
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
March
(9)
- Minat luar biasa Afdlin
- Bekas menteri tak sangka didakwa
- Hikayat Merong Mahawangsa, Filem Epik Terhebat Mal...
- Sistem bayaran kelam-kabut
- Makmal proses syabu diserbu
- Shuib Sepah kahwin Sarah
- Kes AminulRasyid: Koperal Jenain Diperintah Bela Diri
- 26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar
- Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram
-
▼
March
(9)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
Seorang penumpang yang cedera, Siti Nur Munirah Hashim, 30, berkata kedua-dua mereka bertindak menyelamatkan diri masing-masing tanpa menghiraukan jeritan mangsa meminta tolong. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) itu, bas dua tingkat yang membawa 50 penumpang termasuk pemandu dan pembantunya dalam perjalanan dari Klang ke Kangar dikatakan tidak dapat dikawal dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.IPOH: Pemandu utama bas ekspres dua tingkat yang terbabit dalam kemalangan ngeri awal pagi kelmarin bersama pembantunya didakwa lepas tangan dengan membiarkan penumpang yang cedera dan tersepit dalam kenderaan itu tanpa membantu mengeluarkan mereka.
“Sejurus kejadian, pemandu bas hanya bertanya sama ada penumpang cedera atau tidak sedangkan mereka sendiri sudah melihat ada penumpang sudah tidak bernyawa.
“Mungkin panik selepas melihat ramai mangsa yang maut menyebabkan mereka terus keluar dari bas berkenaan,” katanya.
Mangsa mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank di bandar ini Khamis lalu untuk dimasukkan dalam akaun sebuah bank lain, namun disebabkan kesuntukan masa, gagal berbuat demikian. “Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa tidur bersama keluarganya di rumah berkenaan dan tidak menyedari kediaman mereka dipecah masuk,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu anak lelakinya yang juga seorang guru berusia 28 tahun sebelum membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Manir, jam 12 tengah hari.KUALA TERENGGANU: Impian seorang pesara guru agama dari Kampung Banggol Tuan Muda di sini, menyimpan wang dalam bank tidak kesampaian selepas wang tunai RM50,000 dalam bilik tidurnya hilang, awal pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata mangsa membawa pulang wang berkenaan ke rumah dan menyimpan dalam bilik tidur utama.
“Sebaik terjaga dari tidur jam 7 pagi, mangsa terkejut apabila mendapati bilik tidurnya berselerak dan wang tunai RM50,000 itu hilang.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan dengan bersembunyi pada waktu malam untuk melakukan jenayah.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan berusia 60 tahun yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, pencuri cuba masuk dalam rumahnya ketika dia bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal.
Pengawal keselamatan yang hanya dikenali sebagai Awang berkata, penjenayah melarikan diri apabila disergah isterinya jam 3 pagi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Ahmad Amirul Hafiz Jaafar dan adiknya Ahmad Amirul Haikal, masing-masing berumur sembilan tahun dilaporkan hilang di laut akibat dihanyut ombak besar. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Pantai Sura, Jeti Dungun sebelum itu datang bermain dan mandi di kawasan pantai itu bersama dua lagi rakan mereka Sharifah Amira Adila Syed Mohd Azmi, 10 dan Syed Izat Hakimi Syed Mohd Azmi, 9 kira-kira 4.30 petang. "Kesemua mereka yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Sura Dungun sebelum itu dipercayai bermain di gigi air sebelum dua daripada mereka dihanyutkan ombak besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, ekoran kejadian itu usaha mencari kedua-dua mangsa telah dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah dengan dibantu orang kampung. Namun, kerja-kerja mencari hanya dilakukan menerusi darat ekoran keadaan ombak besar, menyebabkan alat menyelamat seperti jet ski tidak dapat digunakan. -BERNAMA
KUALA TERENGGANU - "Ingatkan kami sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi tetapi syukur Alhamdulillah, nyawa kami masih panjang." Demikian luah empat nelayan dari Kampung Baru Sebarang Takir dekat sini, iaitu Musa Mahammad, 33, Mohd. Arif Rosli, 20, Akhmadi Daud, 28 dan Ahmad Faizul Sulong, 23, ketika mereka ditahan penguat kuasa Indonesia pada 10 November tahun lalu kerana didakwa menceroboh perairan negara itu. "Bot kami dihujani lebih 200 peluru ketika terserempak dengan pihak berkuasa Indonesia ketika sedang menangkap ikan di sempadan Malaysia-Indonesia dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut," dakwa Musa. Menurut Musa, ketika itu, bot mereka dikejar pihak berkuasa negara tersebut selama kira-kira 15 minit dan mereka sudah mula membayangkan ajal apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain cuba melarikan diri. "Ketika itu kami ditembak bertalu-talu dan kami hampir putus harapan dan hanya berserah selepas bot kami berjaya dipintas dan dihimpit," katanya. Beliau ditemui bersama tiga rakannya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud malam semalam selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Indonesia dari pusat tahanan di Pontianak, Kalimantan, Indonesia. Bagaimanapun, satu-satunya mangsa yang terkena tembakan dalam kejadian tersebut iaitu tekong bot itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, masih ditahan di pusat tersebut menanti hari perbicaraan yang dijangka berlangsung 8 Januari ini.Oleh MANIRAH OTHMAN


KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan. "Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah. "Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya. Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok

Sungguhpun bukan daripada zuriat sendiri, berkat keikhlasan dan naluri kemanusiaan, si bujang ini sanggup berkorban masa bebasnya bersama teman demi menjaga anak kecil yang diambilnya. Bagi masyarakat Barat trend memelihara anak angkat sudah menjadi perkara biasa terutama Tidak sesuai dengan fitrah kehidupan
KISAH WANITA BUJANG MENGAMBIL ANAK ANGKAT BAGAIKAN SATU TREND KEBELAKANGAN INI, MALAH KINI SEMAKIN RAMAI LELAKI BUJANG YANG TURUT MENGIKUTI JEJAK LANGKAH SAMA. MALAH ADA SELEBRITI TANAH AIR SEPERTI MISHA OMAR DAN REBECCA NUR ISLAM JUGA MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA.
buat golongan yang memilih untuk tidak berkahwin. Namun di Malaysia, fenomena sebegini dianggap masih baru dan pernah hangat diperkatakan kerana kurang sesuai untuk dilakukan terutama oleh masyarakat Islam.
Namun isu memelihara anak angkat ketika masih bujang mendapat pelbagai pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Isu minggu ini ingin mengupas tentang perkara ini dari pelbagai sudut. Ikuti tinjauan dari MW.
Menurut Haji Hushim Salleh, Perunding motivasi dan kaunseling keluarga semakin ramai golongan bujang memelihara anak angkat malah seakan menjadi trend di kalangan mereka. Katanya amalan ini mungkin berlaku sebagai jalan penyelesaian untuk mereka yang tidak mahu mendirikan rumah tangga. Mungkin atas sebab tidak sanggup melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam alam berumah tangga.
“Jadi dengan cara mengambil anak angkat, ia sebagai jalan keluar untuk memiliki anak walau pun bukan dari darah daging mereka sendiri. Kalau di barat amalan sebegini mungkin sudah menjadi perkara biasa tetapi tidak dalam masyarakat kita. “Dari segi fitrahnya ia kurang sesuai kerana sepatutnya dalam sesebuah keluarga, perlu ada seorang ibu dan seorang bapa.
Jika pasangan kelamin yang tidak mempunyai zuriat mengambil anak angkat tidak menjadi masalah tetapi masalah akan timbul bila golongan bujang yang memelihara anak angkat. Terutama permasalahan dari segi emosi dan juga psikologi apabila anak-anak angkat yang dipelihara itu meningkat dewasa.
“Memang kalau diikutkan tidak salah jika orang bujang memelihara anak angkat asalkan mereka berkemampuan dan bersedia memikul tanggungjawab. Apa yang dibimbangkan ialah apabila anak-anak ini meningkat remaja dan sudah akil baligh, akan berlaku pelbagai konflik termasuk konflik dari segi personality diri. “Dari segi aurat juga perlu diambil kira kerana anak angkat tidak seperti anak sendiri. Ada batas aurat dan pergaulan perlu dijaga. Maka sebab itulah amat penting didikan agama diberikan secukupnya kepada anakanak ini bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak diingini.”
Jangan bezakan kasih sayang
Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe, Kaunselor berdaftar/pensyarah, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya pula secara amnya tidak salah golongan bujang memelihara anak angkat jika sudah bersedia untuk memberi komitmen kepada anak-anak angkat yang dipelihara. “Sebagai keluarga angkat adalah wajar untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak angkat ini seperti anak sendiri walau pun hakikatnya mereka masih belum mendirikan rumah tangga.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa memelihara anak angkat tidak sama dengan memelihara anak sendiri iaitu dari segi kasih sayang memandangkan mereka tidak melalui sendiri proses mengandung dan melahirkan anak itu. “Satu lagi perkara ialah, golongan bujang ini juga perlu sedar tentang pandangan masyarakat kerana tindakan ini dianggap kurang sesuai apabila seseorang yang belum berkahwin memelihara anak angkat. Keadaan ini sudah pasti meninggalkan kesan dari segi psikologi ke atas ibu atau bapa angkat serta kepada anak angkat itu sendiri.
“Nasihat saya kepada golongan bujang yang telah mengambil anak angkat, layanilah anak-anak ini dengan baik dan berikan kasih sayang yang secukupnya dan jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka akan hidup berkeluarga serta memiliki zuriat sendiri, janganlah dibeza-bezakan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat tersebut.
“Kepada mereka yang baru berhajat hendak mengambil anak angkat pula, jika niat anda ikhlas dan anda benar-benar bersedia, tidak ada salahnya anda memelihara anak angkat asalkan melalui saluran yang betul.”

Pengarah YT, Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata, kesemua mereka dikenal pasti daripada 6,000 pelajar yang tidak membuat bayaran balik mengikut perjanjian pinjaman ditetapkan sebelum ini.
”Daripada 40,000 pelajar, terdapat 6,000 yang tidak mengikut perjanjian bayaran balik dan kita telah mengambil tindakan dengan menghantar surat amaran dan sebagainya.
“Bagaimanapun, hanya 1,000 orang masih lagi gagal membuat bayaran selepas tindakan tersebut diambil dan kita terpaksa menghantar surat peguam untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar YT Kali ke-30 di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pe-ngajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud.
Pada majlis tersebut Ahmad turut menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada 600 pelajar Terengganu cemerlang daripada pelbagai peringkat bermula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga Ijazah Sarjana Muda.
Pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknlogi Petronas, Marhaina Ismail, 18, turut diumumkan penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2009 atas kecemerlangannya dalam akademik dan kokurikulum.
Marhaina menerima tunai RM5,000, sebuah komputer riba, sehelai kot, pingat emas dan sijil penghargaan, manakala seramai 63 pelajar yang berjaya dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama turut menerima hadiah tunai RM5,000 (graduan 2009) dan RM3,000 (graduan 2008).
Mengulas lanjut, beliau berkata, YT akan turut menambah peruntukan sebanyak RM20 juta khusus sebagai bantuan persediaan untuk pelajar cemerlang di negeri ini pada tahun depan melibatkan kira-kira 26,000 pelajar.
Kesemua mereka yang berjaya menonjolkan prestasi cemerlang akan mendapat manfaat tersebut mengikut kategori iaitu pelajar UPSR menerima RM120, Penilaian Menengah Rendah (PMR-RM160), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM-RM200), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM-RM240) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM- RM240).
Selepas Titanic mencipta fenomena luar biasa, nama James Cameron tidak pernah lekang daripada ingati oleh sesiapa sahaja yang mencintai dunia perfileman. Hari ini James menambah satu lagi koleksi filem luar biasa air tangannya berjudul Avatar. LEBIH sedekad lalu, pengarah terkenal, James Cameron mencipta sejarah dengan pembikinan filem paling berjaya dari segi kutipan sepanjang zaman, Titanic. Tahun 2009, pengarah berusia 55 tahun itu menutup tirai dengan sebuah lagi karya agung yang bakal melakar momen tersendiri, Avatar. James sebenarnya mula membenih impian untuk menghasilkan filem itu 15 tahun lalu tetapi visinya terlalu sukar untuk dicapai ketika itu. Dia telah menulis skrip Avatar sebanyak 114 muka surat pada tahun 1994 dengan menggunakan inspirasi daripada setiap buku sains fiksyen yang dibacanya semasa kecil. Pada Ogos 1996, selepas James menghabiskan penggambaranTitanic, dia mengumumkan permulaan produksi Avatar yang sepatutnya siap pada 1999. Ini kerana sejak 1995 lagi, pengarah itu telah meramalkan kecanggihan CGI pada masa akan datang. Itu yang membuatkan dia begitu bervisi untuk menulis Avatar. Cuma apabila pendekatan itu diluahkan oleh James kepada pakar CGI, dia sedar teknologi yang diperlukan masih terlalu jauh untuk direalisasikan. Maka, projek itu dihentikan selama 10 tahun ditambah dengan bajet AS$400 juta (RM1.4 bilion), tiada studio filem yang mahu menajanya. Kini dengan kos AS$237 juta (RM814 juta), filem cereka pertama James selepas Titanic (1997) itu membuktikan segala kritikan pengamal media serta filem adalah salah. Hanya beberapa hari selepas ditayangkan kepada dunia, Avatar yang merupakan filem termahal setakat ini berjaya mengutip AS$242 (RM830 juta) di seluruh dunia (sehingga 21 Disember 2009). "Avatar merupakan filem paling mencabar pernah saya hasilkan. Saya mahu menghasilkan pengembaraan isu yang sama tetapi pada persekitaran yang tidak pernah diterokai, satu dunia asing. Telah lama saya mengidamkan filem sebegini yang menawarkan elemen bahaya dalam keindahan. "Sejak di bangku sekolah lagi saya suka melukis makhluk asing semasa kelas Matematik. Dengan Avatar,akhirnya saya mendapat peluang," jelas James yang mahu menghasilkan dua sekuel jika percubaan pertama ini berjaya. Siapa sangka pelajar dalam jurusan Fizik dan Inggeris itu akan mengecapi kejayaan seperti hari ini. Tidak menghabiskan pengajian tinggi di Kolej Fullerton, Kanada, James turut pernah bekerja sebagai pemandu trak. Pada masa lapang, dia banyak menggunakan masa untuk menulis. Hanya selepas menyaksikan filem Star Wars pada tahun 1977, James membuat keputusan untuk berhenti memandu trak untuk menembusi dunia perfileman. "Ramai orang menimba ilmu di sekolah perfileman tetapi saya bekerja sebagai mekanik dan pemandu trak. Saya merupakan penonton filem yang bertuah untuk beranjak ke sisi lain untuk membikin filem," kata James. Tidak seperti pengarah lain yang kerap bekerja, James sepanjang kariernya yang sudah menghampiri tiga dekad hanya mempunyai lapan filem cereka komersial. Namun, filem Titanic yang pada mulanya dikritik tidak akan berjaya telah meletakkan James di mata dunia selain memenangi 11 anugerah Academy pada tahun 1998. Mendiamkan diri selama 12 tahun tanpa sebarang projek, James suka menghadiahkan hasil yang difikirkan mustahil oleh kebanyakan orang. "Ramai yang berkata karier perfileman adalah seperti membunuh diri. "Jika filem pertama anda bagus, mereka akan menghargai filem seterusnya. Jika ia tidak diterima ramai, filem anda akan dibandingkan. Tapi saya membikin filem kerana saya suka melihat hasil kerja sendiri." Karya pertama tulisan James adalah Xenogenesis (1978) yang mempunyai durasi 10 minit. Bersama kawannya, mereka mengumpul wang untuk menyewa kamera, lensa, studio dan filem untuk memulakan penggambaran. "Saya tidak mempunyai sebarang ilmu dalam filem. Saya bersama kawan saya telah menghabiskan setengah hari hanya untuk mempelajari bagaimana kamera berfungsi," tambah James. Banyak mempelajari menerusi produksi berbajet rendah, James akhirnya berpeluang untuk menjadi pengarah seni dalam filem sains fiksyen, Battle Beyond the Stars (1980). Peluang untuk James menyinar datang semasa dia diupah untuk menjadi pengarah kesan khas filem Piranha II: The Spawning (1981). "Pengarah filem itu meninggalkan projek tersebut dan penerbitnya telah mengupah saya untuk menjadi pengarah buat kali pertama. "Filem itu diterbitkan di Jamaica tetapi kemudian saya sedar bahawa situasi kewangan produksi itu tidak stabil. Ketika itu, saya mempunyai mimpi ngeri mengenai satu robot yang dihantar ke masa depan untuk membunuh saya. Dari situlah saya mendapat idea untuk filem pertama saya, The Terminator (1984)." Kejayaan filem pertamanya telah meyakinkan pengarah itu untuk terus mencuba terutama dalam membikin filem eksperimental efek khas. James juga terkenal sebagai pengarah yang mengutamakan kesempurnaan. Sifatnya itu turut dibenci dan digeruni ramai pihak terutama pelakon yang pernah bekerjasama dengannya. Malah Kate Winslet sendiri telah membuat keputusan untuk tidak bekerja di bawah pimpinan James. Akui Kate: "James seorang lelaki yang baik tetapi panas baran. Saya tidak akan bekerja dengannya lagi kecuali filem itu menjanjikan keuntungan besar." Ramai pihak termasuk studio filem takut untuk berganding dengan James kerana dia juga sering ketinggalan jauh daripada jadual dan menggunakan wang melebihi bajet. Namun, tidak kira apa yang dikatakan oleh orang, James yang pernah mengarahkan dua dokumentari, Ghosts of the Abyss dan Aliens of the Deep serta beberapa siri TV termasuk Dark Angel dan Entouragemempunyai nilai harganya tersendiri. "Saya mahu penonton berpuas hati dengan apa yang mereka saksikan. Saya berharap mereka akan keluar daripada pawagam dan berkata, 'Saya tidak menonton filem. Saya menyelami sebuah filem'," kata James yang baru dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame baru-baru ini. Revolusi efek khas Dalam filem Titanic, James menggunakan efek khas untuk membuatkan audiens berasa seperti sebahagian daripada sejarah. Avatar pula menggunakan teknologi baru untuk mengangkut penonton ke masa depan dalam dunia berbeza. Merangkumi 40 peratus pergerakan pelakon sebenar dan 60 peratus CGI foto-realistik, Avatar dibintangi Sam Worthington, Zoe Saldana, Michelle Rodriguez dan Sigourney Weaver. Dengan cara rakaman pergerakan pelakon, kesan yang dikehendaki mampu dicapai. Ia dapat menghasilkan fizikal puak Na'vi yang matanya dua kali ganda lebih besar berbanding manusia dan berkedudukan lebih jauh. Mereka lebih kurus, leher panjang, struktur tulang dan otot berbeza. James kali ini juga tidak berminat untuk menggunakan bantuan solekan untuk mencipta spesies makhluk asing yang resipi ini telah digunakan sekian lama sejak tahun 1950-an. Penggunaan getah pada permukaan pelakon turut pernah diaplikasi tetapi ia membataskan persembahan aktor. Selain daripada itu, mereka juga lebih tinggi berbanding manusia. Solekan biru juga tidak boleh menghasilkan kulit lutsinar yang bertindak seakan kulit manusia seperti CGI. James mahu menghasilkan makhluk asing yang mewakili abad ke-21. "Bagi merakamkan imej baru menerusi persembahan muka, satu kamera kecil diperlukan untuk merakamkan pergerakan muka pelakon secara mendalam terutama pergerakan otot. Apa yang paling utama, kamera itu merakamkan pergerakan mata, satu teknologi yang tJames. Teknik rakaman pergerakan yang digunakan oleh krew Avatar juga mampu meliputi enam kali ganda kawasan sekeliling berbanding rakaman biasa. Merakamkan sekumpulan kuda, babak pergaduhan anjing serta makhluk terbang, semuanya mempamerkan kecanggihan filem ini. Selain daripada itu, satu lagi inovasi yang dicipta khas untukAvatar adalah kamera visual. "Kamera ini membenarkan saya merakam seperti berada di studio bunyi Hollywood. Menerusi kamera itu, saya tidak akan melihat Zoe tetapi wataknya, Neytiri yang mempunyai ketinggian 10 kaki serta berkulit biru dan berekor. Saya juga tidak perlu menunggu berbulan-bulan lamanya untuk melihat hasil penggambaran untuk sebuah kawasan khatulistiwa Pandora," tambahnya yang dilahirkan di Kanada. Mungkin ada pihak yang keliru sama ada puak Na'vi dan Avatar itu adalah animasi. Sebenarnya anda tidak salah beranggapan sedemikian kerana ia adalah kombinasi pergerakan manusia serta animasi. Contohnya boleh dilihat menerusi pergerakan ekor dan telinga yang tidak boleh dilakukan oleh aktor sendiri. "Pelakon ada bertanya sama ada kami akan cuba menggantikan mereka dengan animasi. Sebaliknya saya cuma untuk memperkayakan watak mereka. Kami mahu memberikan cara baru kepada mereka untuk meluahkan perasaan tanpa batasan. "Apa yang cuba saya gantikan adalah masa lima jam di atas kerusi solek yang selalu digunakan untuk mencipta watak makhluk asing, serigala jadian, nenek kebayan dan banyak lagi. Kini anda boleh menjadi apa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan tidak memerlukan solekan kompleks," jelasnya mengenai filem yang turut dihasilkan dalam bentuk 3D.Oleh JESSABELL SOO






KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini Selasa lalu. Penahanan pasangan yang kedua-duanya berumur 34 tahun itu dibuat malam kelmarin dan semalam. Suspek wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu ditahan pada pukul 8 malam selepas dia datang membuat laporan berhubung kehilangan anaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Wanita itu dalam laporannya mendakwa, dia kehilangan seorang anak perempuan dikenali sebagai Venusha Rita, 9. Dia yang merupakan seorang penganggur datang ke balai polis dalam keadaan mabuk. Wanita itu membawa bersamanya sekeping gambar yang didakwa sebagai anaknya, Venusha berserta sijil kelahiran. Bagaimanapun, wanita itu ditahan selepas laporan yang dibuatnya didapati mencurigakan. Ekoran itu, polis menahan pasangannya pada pukul 4 petang semalam selepas lelaki itu memberi keterangan di Balai Sentul. Suspek lelaki itu bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat mengangkut sampah di ibu negara. Pasangan yang ditahan itu didakwa tinggal serumah di kawasan Dang Wangi tanpa mempunyai ikatan perkahwinan. Berikutan penahanan pasangan itu, polis sedang melakukan siasatan secara terperinci dengan dibantu sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur dan polis Bukit Aman. Mengikut laporan wanita itu, dia mendakwa anaknya, Venusha hilang pada 21 Disember lalu. Sehari selepas kehilangan Venusha, polis menemui mayat seorang kanak-kanak di dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan. Mayat kanak-kanak itu ketika ditemui hanya memakai baju dan hasil bedah siasat kelmarin, polis mengesahkan mangsa dirogol sebelum lehernya dijerut. Laporan wanita itu turut mendakwa, teman lelakinya telah membawa lari Venusha pada hari tersebut sebelum meminta wang tebusan sebanyak RM2,000 jika tidak mahu mangsa diapa-apakan. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis menahan wanita itu selepas mendapati laporan dan keterangan yang diberi mencurigakan. "Polis telah memadankan gambar seorang kanak-kanak yang dibawa wanita itu dengan gambar kanak-kanak yang ditemui mati namun ia kelihatan sedikit berbeza. "Sebaik dibawa mengecam mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Lumpur wanita itu mengesahkan bahawa kanak-kanak itu merupakan anaknya yang hilang berdasarkan pakaian dan fizikalnya," kata Khairi ketika dihubungi di sini semalam. Berikutan itu, menurut beliau, polis akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan kesahihan dakwaan wanita itu sebagai ibu kepada kanak-kanak yang ditemui mati. Dalam pada itu, Khairi memberitahu, polis sedang melakukan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk dakwaan wanita itu telah menjual anaknya kepada pihak tertentu dengan harga RM2,000. "Kita sedang memperincikan siasatan dengan menyoal siasat pasangan tersebut termasuk menyiasat sama ada wanita itu menjual anaknya sebelum anaknya ditemui mati," katanya. Wanita itu direman selama enam hari bermula semalam manakala bagi suspek lelaki polis akan memohon reman terhadapnya hari ini. Pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Khairi bagaimanapun menegaskan, penemuan mayat kanak-kanak itu tiada kaitan dengan kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 16 September 2007.Oleh MOHD. TURMADZI MADUN,
MUHAMMAD FIRDAUS HASSAN
berita@kosmo.com.my
KADANGKALA, berbicara dengan rakan sendiri pun boleh menimbulkan pergaduhan. Ini mungkin terjadi disebabkan penggunaan perkataan yang kurang sesuai, sekali gus membuatkan rakan berkecil hati. Hubungan persahabatan yang telah lama terjalin juga menjadi salah satu faktor mengapa kita kurang peka dengan perasaan rakan. Komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Komunikasi boleh terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau sebaliknya. Sebagai contoh, bahasa badan, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, penulisan dan sebagainya. Berikut ialah beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan berguna untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli keluarga dan rakan-rakan. Tunjuk minat ketika berbual Setiap kali berkomunikasi dengan rakan atau orang lain, lihat ke dalam mata mereka dan tunjukkan minat yang mendalam. Ingat, jadikan suasana komunikasi dalam keadaan santai agar mereka bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan. Jangan menunjukkan perasaan jemu jika rakan kerap bertanya atau berbicara mengenai perkara yang sama. Sentiasa beri tumpuan Sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika rakan menceritakan sesuatu perkara, jangan mencelah dengan cerita anda. Biarkan dia menghabiskan ceritanya dahulu, kemudian barulah anda pula memulakan cerita. Melalui tumpuan yang anda berikan, ia membuatkan rakan merasa dihargai. Berhenti bercakap Anda tidak dapat mendengar apa yang dibicarakan oleh rakan sekiranya anda juga ingin bercakap. Malah, komunikasi yang terjadi antara kedua-dua belah pihak juga akan menjadi hambar dan dingin. Ini menimbulkan rasa kurang senang kepada salah satu pihak. Tidak mustahil mereka akan mencari rakan lain untuk mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan. Pendengar yang aktif Pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta-fakta untuk pemahaman mereka. Jangan teragak-agak bertanya semasa perbualan tersebut. Dengan banyak bertanya anda akan lebih memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut. Selain itu, ia akan menggalakkan rakan meneruskan perbincangan dan menunjukkan anda ialah seorang pendengar yang setia. Menyesuaikan diri Anda boleh membantu rakan-rakan untuk berasa selesa dan diterima jika anda mampu menyesuaikan diri dengan emosi mereka. Jika rakan menceritakan perkara sedih, cubalah beri semangat atau menunjukkan mimik wajah yang sedih bagi membuatkan mereka berasa lega. Secara tidak langsung, anda membawa mesej bahawa anda memahami apa yang diluahkan dan mengenal pasti masalah dengan jelas. Sabar dan kawal emosi Kemarahan boleh menyebabkan berlakunya salah faham terhadap apa yang sebenarnya ingin rakan anda luahkan. Anda harus memberi masa untuk bertindak balas. Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan dapat mengekalkan kesabaran. Prihatin Walaupun berada dalam keadaan bosan, tunjukkan bahawa anda masih berminat dan prihatin dengan topik yang dibualkan. Galakkan mereka meneruskan perbualan dengan cara berdiam sejenak. Tetapi bukan berdiam secara berterusan kerana ia mungkin akan menyebabkan komunikasi itu tidak menjadi. Gembira Jadikan perbualan positif dengan menyatakan bahawa anda mahu membantu menyelesaikan masalah mereka. Pandangan yang positif akan membuatkan perbualan itu lebih produktif serta membina.Komunikasi yang berkesan mampu menarik minat rakan-rakan, keluarga mahupun orang di sekeliling untuk menyukai anda,





