KESUKARAN memperolehi cinta penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah menambahkan lagi keazaman Shuib yang merupakan salah seorang anggota Sepah untuk menambat hati Sarah. Itu pengakuan yang dibuat oleh Shuib sendiri pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Jeumpa D'Ramo Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Menurut Shuib, tempoh setahun lebih perkenalan, percintaan antara mereka hanya berlangsung separuh daripada tempoh masa itu dan kerana kesukaran itulah yang menyebabkannya berani untuk melamar suri hatinya itu. "Sebab susah untuk dapatkan hatinya, saya berani untuk sampai ke tahap ini (perkahwinan) kerana susah untuk saya lepas dia. Dia seorang yang sangat susah untuk cakap sayang dan cinta pada seseorang," kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad. Tambah Shuib lagi, dia pernah berhenti di tepi lebuh raya, hanya untuk membuat pengakuan kepada Sarah yang dia benar-benar jatuh cinta kepadanya. Justeru, selepas sekali lafaz Shuib bergelar suami yang sah kepada Sarah, hanya perkataan syukur yang terluncur daripada bibirnya. Jelasnya lagi, Sarah merupakan orang yang tepat kerana dia berbeza daripada gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. "Sarah seorang yang utamakan hati dalam hubungan dan dia miliki sesuatu yang tidak dimiliki orang lain. Itu yang menyebabkan dia lain daripada yang lain. Dia sangat istimewa sehingga sukar untuk saya luahkannya dengan kata-kata. "Dia menjadikan saya orang yang lebih baik dan berfikir untuk masa depan. Bagi saya memang susah untuk saya jumpa dengan orang sepertinya," luah Shuib lagi. Shuib orang yang tepat Sarah yang kelihatan jelita pada majlis tersebut menjelaskan, perkataan cinta dan sayang bukan perkataan yang boleh diluahkan pada mana-mana lelaki kerana ia membawa makna yang cukup besar dalam dirinya. Selepas melihat kesungguhan dan kesabaran yang dimiliki Shuib telah mencairkan hati wanitanya, lantas dengan terbuka bersetuju untuk menjalinkan percintaan serius sehingga ke jinjang pelamin. "Shuib seorang yang sabar, jujur, telus dan bersungguh untuk miliki saya sebab itu saya memilih dia. Saya tidak mencari harta, status dan sebagainya kerana untuk mencari suami, saya mencari hati yang benar-benar menerima saya seadanya dan sentiasa bersama saya dalam waktu senang dan susah," jawab Sarah sambil tersenyum. Sambung penyanyi lagu Kesetiaan itu, hari pernikahan pada 26 Februari lalu merupakan satu hari yang istimewa buat mereka berdua dan ia berlangsung selepas mereka meneliti jadual kerja masing-masing. "Hari nikah ini memang istimewa tetapi tarikh ini dipilih selepas kami mencari satu tarikh yang kami tidak sibuk. Ia bukanlah tarikh kami mula bercinta atau ada maksud sebaliknya, kerana pernikahan ini terjadi begitu sahaja," tutur penyanyi yang memulakan kerjaya seni pada usia 16 tahun itu lagi. Apabila bercakap mengenai cahaya mata, pasangan yang masing-masing berusia 27 tahun itu, mereka tidak membuat perancangan kerana jika dikurniakan segera oleh Allah, mereka terima dengan hati yang terbuka. "Kalau cepat syukur Alhamdulillah, kalau lambat itu kehendak-Nya. Kami terima bila-bila masa sahaja kerana dengan usia saya sekarang, saya memang sudah bersedia untuk menjadi ibu," balas Sarah lagi. Mengenai lokasi berbulan madu pula, mereka telah mempunyai perancangan untuk berkunjung ke sebuah pulau tetapi disebabkan kesibukan kerja, agenda bulan madu terpaksa ditunda buat sementara waktu. "Memang kami hendak ke pulau tetapi saya sibuk dengan penggambaran dan dia pula telah mula berkerja pada 3 Mac, jadi memang tidak sempat. Bila ada kelapangan baru perancangan itu akan terjadi," ucap Shuib. Meskipun mereka merupakan pasangan pengantin baru, kedua-duanya akan kembali bekerja dalam masa yang singkat, oleh itu majlis resepsi mereka akan berlangsung selepas mendapat tarikh yang sesuai. "Shuib sibuk dengan penggambaran, tengoklah macam mana. Memang saya akan buat juga satu majlis resepsi jika tidak ada aral melintang akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini," beritahu Sarah. Disoal mengapa majlis pertunangan mereka sebelum ini berlangsung dalam keadaan tergesa-gesa dan secara sembunyi pada 16 November lalu, begitu juga dengan pernikahan yang berlangsung dalam tempoh yang singkat. Jawab Shuib: "Sarah pernah mempunyai sejarah (putus tunang), kerana itu saya lebih berhati-hati, takut melukakan hatinya lagi. Atas nasihat ibu bapa dan keluarga mertua, majlis pertunangan berlangsung dalam keadaan sederhana sahaja dan majlis pernikahan diadakan secepat mungkin." Dalam majlis pernikahan itu, Sarah yang menyarungkan pakaian pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat telah dinikah oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan dan Pembantu Hal Ehwal Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, Mohd. Nizar Mohd. Nadzir, manakala komposer terkenal yang merupakan kenalan rapat Sarah, Aidit Alfian bersama seorang lagi teman Sarah, Mohd. Ashraf Md. Yusof menjadi saksi penikahan itu. Selain lima dulang hantaran berbalas tujuh, Sarah turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin, bagaimanapun jumlah wang hantaran yang diterima Sarah dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak atas ia bersifat peribadi.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
March
(9)
- Minat luar biasa Afdlin
- Bekas menteri tak sangka didakwa
- Hikayat Merong Mahawangsa, Filem Epik Terhebat Mal...
- Sistem bayaran kelam-kabut
- Makmal proses syabu diserbu
- Shuib Sepah kahwin Sarah
- Kes AminulRasyid: Koperal Jenain Diperintah Bela Diri
- 26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar
- Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram
-
▼
March
(9)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-