SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah bilik di pejabatnya yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Afdlin Shauki kelihatan begitu ralit menghadap komputer ribanya. Apabila diperhatikan Afdlin rupa-rupanya sedang khusyuk melayari beberapa laman web sambil melihat satu persatu miniatur permainan yang cukup menarik perhatiannya. Setiap satu diperhatikan dan dibaca dari segala aspek termasuklah tahun pembuatan, syarikat yang mengeluarkan sehinggalah kepada individu yang telah menghasilkan miniatur tersebut. "Inilah yang sering saya lakukan seandainya ada masa terluang. Memang tidak lengkap kalau tidak melayari laman web sebegini untuk mencari barang permainan baru untuk dijadikan koleksi terbaru saya," luah Afdlin membuka bicaranya pada pertemuan petang itu. Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa Afdlin sebenarnya mempunyai hobi yang sangat unik. Di sebalik kehidupannya sebagai pelakon dan pengarah dia sebenar gemar mengumpul patung permainan terutama yang terdiri daripada miniatur watak-watak popular. Kalau sesiapa mengunjungi pejabatnya, pasti akan tertarik dengan koleksi Afdlin yang memenuhi hampir setiap sudut ruang pejabatnya. Bukan sembarangan permainan yang dikumpul Afdlin kerana anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mengkhususkan koleksinya hanya kepada watak mahupun karakter dalam setiap filem yang menjadi kegemarannya. Sebutkan apa sahaja watak daripada filem Hollywood khususnya, boleh dikatakan semuanya ada dalam koleksi Afdlin termasuklah The Lord or the Rings, Batman, Edward Scissorshand, Iron Man, Spider Man, Buffy The Vampire Slayer, The X-Files, Star Trek, Transformers, Star Wars dan bermacam-macam lagi. Bukan itu sahaja, ikon seni unggul dunia seperti Marilyn Monroe, Frank Sinatra, Elvis Presley, The Beatles, Lucille Ball dan juga watak Scarlett O'Hara dalam filem epik, Gone With The Windjuga ada dalam koleksinya. Malah, kegilaannya terhadap siri komedi Monthy Phyton, Afdlin mempunyai miniatur kesemua watak-watak dalam siri itu dan juga watak Brad Pitt dalam Inglorious Basterds yang masih tersimpan rapi di dalam kotak. Cerita Afdlin, obsesinya untuk mengumpul miniatur watak-watak popular itu timbul sejak dia di bangku sekolah lagi. Ketika itu, katanya, pada tahun 1977 sewaktu filem pertama Star Wars mula menjadi kegilaan ramai. "Saya hanya mampu melihat pelajar yang lain membawa permainan Star Wars ke sekolah dan bermain bersama rakan-rakan. "Kalau saya mahu beli permainan sama seperti mereka, memang tidak mampu kerana saya bukannya dari keluarga yang kaya. "Bermula detik itu, saya berjanji kepada diri saya bahawa satu hari nanti saya juga mampu untuk memiliki permainan sama seperti mereka. "Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan daripada hasil titik peluh sendiri, saya kini mempunyai koleksi seperti mana yang dapat dilihat hari ini," kata pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan itu rendah diri. Membalas dendam "Seperti mana hasil seni yang lain termasuk filem dan lagu, saya cukup kagum dengan kreativiti mereka yang mencipta dan menghasilkan watak itu. "Kita akan dapat melihat sendiri bagaimana halusnya hasil kerja mereka sehinggakan benda yang kecil pun kita akan dapat lihat betapa indah pembuatannya. "Secara tidak langsung, kita menghargai hasil kerja seni orang lain yang sebenarnya bertungkus-lumus untuk menghasilkannya dan memberikan kepuasan kepada mereka yang memilikinya," kata pengarah filem Buli dan Papadom itu sambil membelek miniatur watak Aragorn dari filem The Lord of the Rings . Menurut Afdlin, dia mengumpul apa sahaja patung watak daripada filem The Lord of the Rings . Baginya, sebagaimana hebatnya pembikinan filem epik trilogi arahan Peter Jackson itu, begitu jugalah halusnya pembuatan setiap permainan yang dikeluarkan untuk filem tersebut. Afdlin memberitahu, dia mula serius untuk memulakan hobinya itu sekitar tahun 1998 di mana ketika itu kerjaya seninya baru bermula. Disebabkan begitu taksub dan obses terhadap patung permainan dan filem, Afdlin pernah menghabiskan separuh daripada gajinya hanya untuk menyempurnakan hobinya itu. "Apabila sudah mula mempunyai duit sendiri, itulah masanya untuk saya 'membalas dendam' dengan membeli dan mencari meniatur yang saya rasa menarik untuk dijadikan koleksi. "Sehinggakan isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah membebel apabila mengetahui peruntukan besar yang saya ketepikan khusus untuk hobi saya. Katanya, lebih baik gunakan wang itu untuk perbelanjaan anak-anak. "Bukan itu sahaja, ketika saya begitu ghairah dengan minat saya itu, tiada seorang pun yang saya benarkan menyentuh setiap satu permainan saya walaupun anak-anak saya sendiri. "Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Kalau sesiapa yang mahu bermain atau membeleknya, saya benarkan. Saya sudah tidak kisah lagi," katanya sambil ketawa kecil. Melihatkan kepada koleksi permainannya itu, sempat juga Afdlin ditanya anggaran nilai keseluruhan dan sambil berseloroh, Afdlin menjawab: "Nilainya sampai boleh buat majlis kahwin dua tiga kali." Sebahagian besar permainan yang ada di pejabatnya itu dibeli dan ditempah oleh Afdlin daripada sebuah kedai yang menjual permainan seperti itu yang majoritinya diimpot dari Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong. Jika berpeluang ke luar negara, Afdlin pasti mencari dan membeli miniatur yang jarang ada di pasaran atau edisi terhad. Pada masa sama, Afdlin akan melayari laman web eBay untuk mencari mana-mana individu yang mahu menjual koleksi mereka. "Ada beberapa yang saya miliki memang edisi terhad di mana bilangan yang dihasilkan tidak banyak. Mungkin dalam 5,000 unit sahaja di seluruh dunia. "Sebagai contoh, patung Scarlett O'Hara itu saya beli dengan harga sekitar RM600 daripada seseorang yang ketika itu hendak berpindah dan mahu menjual barang permainannya. "Saya memang cerewet dalam bab ini dan saya hanya akan mencari yang unik serta sukar diperolehi di pasaran. "Jujurnya, permainan yang dihasilkan di kilang seperti mana yang kita dapat lihat di kedai permainan bukan pilihan saya. "Melainkan jika saya merasakan ia begitu bernilai untuk dibeli, barulah saya membelinya," jelas Afdlin.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
March
(9)
- Minat luar biasa Afdlin
- Bekas menteri tak sangka didakwa
- Hikayat Merong Mahawangsa, Filem Epik Terhebat Mal...
- Sistem bayaran kelam-kabut
- Makmal proses syabu diserbu
- Shuib Sepah kahwin Sarah
- Kes AminulRasyid: Koperal Jenain Diperintah Bela Diri
- 26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar
- Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram
-
▼
March
(9)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-