TINGGAL 11 hari lagi, filem mitos Hikayat Merong Mahawangsa bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia. Tayangannya bermula 10 Mac depan. Lantas, perasaan teruja daripada peminat-peminat filem tempatan untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan filem epik pertama yang diterbitkan oleh KRU Studios Sdn. Bhd itu. Manakan tidak, menonton treler filem itu sahaja di laman Youtube telah membakar semangat sesiapa sahaja untuk meneruskan hajat menyaksikan filem tersebut apabila ia ditayangkan kelak. Dan yang pasti, si pengarahnya, Yusry Abdul Halim, pula turut berdebar menantikan reaksi atau respons masyarakat selepas menonton karyanya itu. Lebih-lebih lagi apabila ia akan ditayangkan ke 72 buah negara di bawah syarikat pengedaran filem antarabangsa, Epic Pictures, dari Amerika Syarikat (AS), dengan menggunakan judul The Malay Chronicles: Bloodlines. Sebelum ini, KRU Studios mengambil langkah pertama untuk memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara. Seperti yang diketahui, pembikinan filem yang diadaptasi daripada prosa Hikayat Merong Mahawangsa meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah ini bukanlah satu kerja yang mudah untuk disiapkan, sebaliknya ia memakan masa lebih daripada dua tahun untuk disiapkan. Tidak sanggup Sampai ke satu tahap, Yusry seperti tidak sanggup untuk meneruskan filem tersebut kerana penat dengan kajian yang dibuat. “Bayangkan, untuk pra-produksi sahaja ia mengambil masa setahun dengan pencarian kostum, barang-barang penggambaran (prop) dan pembinaan set termasuklah kapal. “Memang rasa macam nak ‘muntah’ dibuatnya lebih-lebih lagi ketika penggambaran filem ini berlangsung. Waktu itu rasa dah tak boleh nak terima. “Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Memang jangka masa penggambarannya juga agak lama. Mungkin kerana tenaga mental dan fizikal saya sudah habis dikerah, membuatkan saya rasa tak larat. “Tidak cukup dengan itu, pada pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun. Memang ia sangat meletihkan dan saya harap tenaga dan kreativiti yang dikeluarkan itu dapat dinikmati oleh penggemar-penggemar filem tempatan termasuklah antarabangsa. “Bagaimanapun, mungkin Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan filem epik terakhir saya arahkan,” ujarnya. Dalam filem tersebut, Yusry turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. “Walaupun sudah biasa dengan teknik CGI, filem ini memberi sedikit cabaran kepada saya apabila sebanyak 3,000 syot yang memerlukan teknik tersebut. “Saya beruntung kerana mempunyai 12 orang pembantu dalam menghasilkan CGI seperti yang dikehendaki. Setakat ini mereka dilatih di bawah saya,” tuturnya. Sedikit kecewa buat pengarah muda ini, pembelian prop pelbagai jenis senjata daripada pelbagai negara untuk kegunaan filem mitos itu terpaksa dilupuskan atas arahan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Ketika dalam pra-produksi, saya sudah mula mereka kostum dan ada sesetengahnya saya beli, begitu juga dengan peralatan senjata-senjata yang diperlukan dalam Merong. “Peralatan senjata yang dibeli daripada pelbagai negara seperti pedang merupakan senjata yang asli dan jika diasah, ia mampu mencederakan orang lain. “Justeru itu pihak KDN mengarahkan pihak kami untuk menghapuskan kesemua senjata yang berbahaya selepas tamat penggambaran. “Memang agak sedih dan kecewa apabila terpaksa melakukannya kerana saya sanggup menghabiskan sebanyak RM1,200 untuk sebilah pedang dan saya membelinya dengan jumlah yang banyak,” katanya. Tambah Yusry, filem sentuhannya itu lebih ke arah elemen realiti berbanding mitos sebenar yang banyak menyentuh mengenai Hinduisme dan Buddhisme agar tidak mengaitkan sensitiviti masyarakat Islam. Sinopsis Pada tahun 120 sebelum Masihi, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dengan memperluaskan pemerintahannya sehingga ke Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung perairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
March
(9)
- Minat luar biasa Afdlin
- Bekas menteri tak sangka didakwa
- Hikayat Merong Mahawangsa, Filem Epik Terhebat Mal...
- Sistem bayaran kelam-kabut
- Makmal proses syabu diserbu
- Shuib Sepah kahwin Sarah
- Kes AminulRasyid: Koperal Jenain Diperintah Bela Diri
- 26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar
- Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram
-
▼
March
(9)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-