SIAPA yang tidak kenal pelakon, pengacara dan model, Wardina Safiyyah Fadlullah yang sentiasa kelihatan anggun bergaya. Wardina yang kini turut berjinak dalam penulisan buku keibubapaan dan kanak-kanak juga dikenali sebagai antara personaliti yang mengamalkan penyusuan eksklusif untuk anaknya. Ibu muda kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi itu menganggap hak seorang anak daripada ibunya sejurus dilahirkan adalah penyusuan badan. “Saya akui, menyusu badan sebenarnya bukan mudah, hanya mereka yang bersungguh sahaja boleh berjaya,” katanya. Bagi anak kacukan Australia dan Acheh ini, kesungguhan ibunya menyusukan beliau dan adik-beradik ketika kecil menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan tabiat baik itu. Sehingga kini, anak bongsunya, Imran yang berusia setahun 10 bulan masih menyusu secara eksklusif dan belum meneguk susu formula. Wardina mengakui menyusu menjadikan beliau mudah kembali kepada bentuk asal badan sebelum mengandung dan tiada sebab untuk dia berasa malu. “Jika ada ibu yang berpendapat menyusu menjadikan fizikal mereka tidak cantik, bagi saya ibu itu sangat pentingkan diri sendiri dan dia bukan ibu yang sejati,” katanya. Baginya, menjadi ibu bukan sekadar melahirkan, malah tanggungjawab mereka melebihi daripada itu. Dan tentunya tanggungjawab pertama yang dipikul oleh seorang wanita saat dia bergelar ibu adalah menyusu. Wardina sama sekali tidak berasa segan atau malu untuk menyusukan bayinya di khalayak. Bagi wanita bertudung sepertinya, itu satu kelebihan yang memudahkan lagi dia menyusu anaknya walau di mana sahaja. “Walaupun pada awalnya kita berasa sedikit leceh dan tidak selesa, namun lama-kelamaan perasaan itu hilang bila ia menjadi kebiasaan. “Saya menganggap menyusu dan menyediakan stok susu sebahagian daripada rutin harian seperti solat. Jika sudah biasa, kita tidak akan rasa terbeban,” katanya yang masih mengamalkan sesi mengepam susu hingga kini bagi menggalakkan pengalirannya. Demi menambah pengetahuan dalam bidang penyusuan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sanggup mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 18 jam. Ibu jelita itu turut berkongsi maklumat mengenai penyusuan dalam buku nukilan yang bertajuk “Mama, saya lapar...” yang diterbitkan baru-baru ini. “Saya rasa ilmu yang baik harus dikongsi bersama. Kerana itu saya mengambil keputusan menghasilkan buku sedemikian dalam usaha menghebahkan kebaikan susu ibu,” katanya.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2010
(181)
-
▼
August
(32)
- THE MERDEKA AWARD: An unconditional love for Malay...
- Tahanan Bilik Kaca
- Kerapu gergasi berjaya ditangkap
- MAIWP bantu 4,000 murid miskin
- Ayah mangsa letupan mercun direman 3 hari
- Potongan gaji RM1 sebulan bantu fakir miskin
- Budak tiga tahun disembelih bapa
- Beratnya azab Tuhan
- Dapat menantu kaya tetapi hilang anak
- Apabila suami tak romantik
- Penyamun humban budak keluar kereta Oleh Ahmad Othman
- Kanak-Kanak Maut, Dua Cedera Parah Rumah Stor Merc...
- Indahnya zakat
- PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN...
- Bahaya murung
- Rakyat Kelantan Buru Dinar, Darham Untuk Dijadikan...
- Ditahan selepas buang bayi
- Merakam detik perjalanan keimanan
- Fadilat puasa dan orang berpuasa
- Orang Kelantan suka bergaduh?
- Bekas ADUN, bekas pembantu ‘dibunuh, bunuh diri’ –...
- Lelaki pertama ikut laluan Amazon
- Polis ambil keterangan lima orang siasat kematian ...
- Ahmadinejad dilempar bom
- Buang rasa malu
- 4 tanda si dia berbohong
- Penjenayah kes liwat kekal dipenjara 37 tahun
- Masyarakat Cina Kurang Beri Kerjasama Banci
- 10 Ogos lihat anak bulan Ramadan
- Nenek 9 cucu penerima pertama Sarjana Kepengetuaan
- Pasangan gagal hayati ilmu kursus
- Siapa Tembak Siapa
-
▼
August
(32)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-