BLOGGER and entrepreneur Khailee Ng only had one thing in mind when he started YouthAsia two years ago: He wanted to hype up his company.

With some trepidation, the 27-year-old managed to overcome the hurdles and won fame with YouthAsia, not only in the country, but internationally, finishing most programmes on a high note.

Ng said he spent time with YouthAsia, a company which works with industry leaders, media and society, to realise business ideas related to young people not only for work, but also pleasure.


He and his friend, Joel Neh, aimed to change the attitudes, perceptions and
use of social media among young people by conducting various activities and

programmes.

“We also own a youth rewards platform across Southeast Asia called Youth-

Says.com where over 250,000 youth members across Malaysia, Vietnam, Indonesia
and the Philippines are rewarded for doing surveys and promoting online advertising campaigns.”

Enamoured with his job, Ng, who hails from Kuala Lumpur, said lifting Malaysia’s name was what satisfied him the most.

“I am thankful for doing something for a country which gives me the fre edom

and ability to make decisions in life.”

B e i n g a Malaysian, he said, was about loving and accepting everything
about the country. “It’s about being aware of the people, the issues that arise everyday, the opportunities available and the potential we have in every
field.”

Ng said he believed that it was important for Malaysians to be conscious of
their surroundings to make things better. Asked on what drove him the most, he
said he drew his inspiration from believing that he was living in the most
exciting times in history.

“The thought that I can be part of this excitement fires me with enthusiasm to
value what I can do with life.” The YouthAsia co-founder and executive director said his motivation also came from learning from the hardships of past leaders in struggling against the colonial power to obtain freedom for the country.

Asked what Merdeka meant to him, Ng said celebrating independence came
with celebrating interdependence. “It is a good reminder that I need other
people in this world to be independent and we all need each other to do more
than we can alone.”

Tahanan Bilik Kaca

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

Salah seorang warga asing di Holding Lounge tidur sementara menunggu urusan penghantaran pulang ke negara asal. Foto MSTAR oleh NORAFIFI EHSAN

MUKADIMAH:

DI satu sudut yang terasing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berpuluh-puluh pelawat yang mahu melepasi pintu sempadan negara disekat di satu ruang kaca dikenali sebagai Holding Lounge.

Namun mereka itu bukannya penjenayah, cuma gelarannya tidak layak memasuki Malaysia berdasarkan kesalahan teknikal dalam dokumen perjalanan masing-masing.

Kewujudan mereka di bilik kaca yang kadangkala dalam tempoh lebih seminggu, membuatkan ada yang tertanya-tanya apakah nasib mereka sebenarnya.

Ikuti pendedahan eksklusif wartawan Mingguan mStar yang merupakan media tunggal yang dibenarkan membuat liputan di kawasan larangan berkenaan.

Tahanan bilik kaca

BERBICARA tentang tahanan warga asing, pasti ramai yang terfikir tentang pendatang dari luar yang memasuki ke negara ini secara haram.

Ini termasuk juga mereka yang melakukan pelbagai kesalahan antaranya menetap melebihi masa atau bekerja tanpa menggunakan permit sah.

Mereka yang ditangkap penguat kuasa akan dihantar ke depot tahanan Jabatan Imigresen sementara menunggu penghantaran pulang secara beramai-ramai ke negara asal masing-masing.

Namun tidak ramai yang tahu Jabatan Imigresen turut melakukan sekatan masuk ke atas warga asing serta-merta di pintu masuk negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Walaupun pelawat asing tiba di negara ini secara sah, tetapi ketidakpatuhan kepada syarat kemasukan menyebabkan pihak berkuasa berhak menyekat kedatangan mereka.

Kumpulan ini tidak dihantar ke Depot Tahanan Imigresen KLIA kerana mereka bukan pendatang asing tanpa izin (PATI), sebaliknya ditempatkan di ruangan menunggu khas yang dikelilingi dinding kaca.

Mereka mungkin tidak melakukan kesalahan atau jenayah, namun tidak dibenarkan melepasi pintu masuk negara dan perlu kembali ke negara asal kerana beberapa sebab tertentu.

Ruang menunggu itu merupakan bilik tahanan sementara KLIA atau lebih dikenali sebagaiHolding Lounge (HL) yang terletak bersebelahan pintu kemasukan pekerja asing.

Kedudukannya agak terasing, jauh daripada pandangan pelawat meskipun di aras sama dengan bahagian pasport Malaysia dan antarabangsa.

Tidak hairanlah sekiranya kewujudan bilik itu tidak diketahui atau disedari ramai khususnya para pengembara yang lain namun hakikatnya kemudahan itu banyak menyumbang kepada usaha menyelamatkan negara daripada dipenuhi pelancong asing yang diragui kehadiran mereka ke negara kita.

Hantar pulang

Bilik khas itu merupakan penempatan warga asing sepanjang tempoh menunggu sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal dengan pesawat mengikut jadual penerbangan berikutnya.

Ketua Operasi Imigresen KLIA, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, sebagai pintu utama Malaysia, KLIA terdedah dengan pelbagai risiko yang melibatkan keselamatan negara dan lain-lain faktor luaran.

“Oleh kerana KLIA merupakan satu kawasan yang sangat besar dengan bilangan ramai pengunjung setiap masa, pihak berkuasa perlu mewujudkan satu bilik khas yang boleh menempatkan para warga asing yang masuk ke negara kita dengan pas lawatan tetapi mereka dihalang dari meneruskan niat mereka kerana kehadiran mereka diragui atas pelbagai sebab.

“Tanpa pengawasan rapi, mereka mungkin berjaya membolosi pintu masuk di KLIA dengan apa cara sekali pun kerana kemasukan itu adalah tujuan utama mereka ke negara ini,” katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.

Menurut Shahul, mereka yang cuba memasuki Malaysia sebagai pelawat tidak tulen akan mengakibatkan sebarang kemungkinan yang boleh memudaratkan negara di kemudian hari sekiranya tidak dikawal.

“Imigresen KLIA sentiasa memastikan setiap kemasukan warga asing adalah pelawat yang benar-benar tulen tanpa sebarang agenda tersembunyi,” katanya.

Ini kerana jelasnya, ketulenan berdasarkan dokumen mereka menunjukkan kualiti kemasukan kerana ia memberi manfaat kepada negara terutama dari segi ekonomi dan pelancongan.

Antara sebab-sebab kegagalan warga asing mematuhi syarat kemasukan termasuk penggunaan visa dan dokumen palsu serta dikenal pasti sebagai individu yang disekat daripada melepasi pintu masuk Malaysia berdasarkan senarai syak oleh Jabatan Imigresen.

Shahul berkata, senarai syak itu merupakan nama-nama yang disenarai hitam yang disebabkan kesalahan yang pernah mereka lakukan sewaktu berada di Malaysia sebelum ini.

“Antara kesalahan dilakukan mereka adalah menetap di negara ini lebih masa, bekerja tanpa permit yang sah atau terlibat dengan kes jenayah seperti pelacuran.

“Mereka yang disenaraihitamkan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia melainkan mendapatkan kelulusan menerusi Kedutaan Malaysia di negara mereka,” jelasnya.

Kewujudan HL menunjukkan kesungguhan Jabatan Imigresen yang tidak akanberkompromi dengan mana-mana warga asing yang sewenang-wenangnya mahu memasuki Malaysia atau pelbagai pas lawatan dan sebagainya.

Seiring dengan moto iaitu ‘Memudah dan Mengawal’, Jabatan Imigresen komited mengawal ketat tetapi pada masa yang sama memudahkan pergerakan keluar masuk setiap individu di pintu masuk utama negara seperti KLIA.





IPOH 24 Ogos - Seekor ikan kerapu gergasi sepanjang 2.5 meter dan berat 148 kilogram berjaya ditangkap oleh seorang nelayan di Pantai Remis.

Ikan kerapu gergasi yang cukup untuk dijadikan hidangan kepada lebih 400 orang itu kemudian dibeli oleh seorang pengusaha restoran di sini.

Pengusaha restoran tersebut, Teoh Kar Hooi berkata, ikan kerapu yang dianggarkan berusia lebih 30 tahun itu dibeli dengan harga RM8,000.

"Saya terkejut apabila nelayan itu yang juga rakan saya menyerahkan kerapu gergasi ini.

"Dia tangkap ikan kerapu gergasi ini dekat Pantai Remis malam semalam menggunakan pukat tarik," katanya kepada pemberita di restorannya di Pasir Putih di sini hari ini.

Kah Hooi yang menjalankan perniagaan restoran sejak lebih 20 tahun menyifatkan kerapu gergasi itu amat istimewa untuk dijadikan hidangan.

Malah katanya, dengan adanya sajian ikan istimewa tersebut, restorannya akan menjadi tumpuan kepada pengunjung di bandar raya ini.

"Ini adalah kali kedua rakan saya mendapat kerapu gergasi. Kali pertama beberapa tahun lalu dan beratnya 170 kilogram," katanya.

Bagi dirinya pula sebagai pengusaha restoran kata Kah Hooi, ini adalah kali kelapan dia menghidangkan ikan gergasi seumpama itu


KUALA TERENGGANU 24 Ogos - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Taqwa memperuntukkan RM1.78 juta bagi mengagihkan bantuan persekolahan kepada 4,000 murid kurang berkemampuan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa, Anan C Mohd. berkata, melalui sumbangan zakat itu, setiap murid akan menerima RM445.80 yang merangkumi RM100 wang saku, RM100 caruman ke akaun Tabung Haji serta set persekolahan bernilai RM245.80.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan membantu dan mendorong anak-anak kurang berkemampuan agar dapat memperoleh pendidikan agama yang sempurna dan lebih baik dari semasa ke semasa.

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha Yayasan Taqwa dan MAIWP untuk mengagihkan seluas mungkin kutipan wang zakat masyarakat Wilayah Persekutuan kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Pada tahun ini sebanyak tiga buah daerah di negeri Terengganu iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Dungun dipilih untuk menerima sumbangan tersebut yang bernilai RM153,235.80," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan serta bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan kurang berkemampuan di Kompleks Seri Iman di sini semalam.

Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pengarah Tabung Haji Kuala Terengganu, Mohammad Alias Mukhzani Mokhtar.

Pada majlis tersebut seramai 301 murid yang kurang berkemampuan dari sekolah-sekolah rendah terpilih di sekitar tiga buah daerah terbabit menerima sumbangan yang keseluruhannya bernilai RM134,185.80.

Turut menerima sumbangan pada majlis itu ialah 127 warga emas dan orang kurang upaya dari tiga buah daerah.

Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai dan hamper melibatkan jumlah RM19,050.

Menurut Anan, keseluruhan sumbangan tersebut dikeluarkan oleh Yayasan Taqwa milik MAIWP menerusi sumber wang zakat Baitulmal yang dipungut Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP).


2010/08/25

KUALA TERENGGANU: Bapa kepada Khairul Arief Ayub, 6, yang terbunuh dalam kejadian letupan di sebuah rumah tinggal dipercayai menjadi gudang simpanan bunga api dan mercun di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, Ahad lalu ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Erman Che Mat, terhadap lelaki berusia 28 tahun itu sehingga Khamis ini bermula semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi melengkapkan siasatan kejadian itu yang turut mencederakan dua lelaki lain.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Suspek yang dipercayai pengedar utama bunga api dan mercun di bandar raya ini, sebelum ini dikatakan pernah ditahan mengikut seksyen sama tahun lalu, atas kesalahan menjual mercun.



2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam beragama Islam bersetuju melakukan pemotongan gaji minimum RM1 setiap bulan selama setahun untuk disalurkan kepada dana kebajikan bagi membantu golongan fakir miskin di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kesediaan kakitangan terbabit bakal mengumpulkan dana RM10 juta setahun sekali gus membantu golongan miskin daripada lingkaran kemiskinan.
Budaya bersedekah perlu diterapkan dalam masyarakat Malaysia terutama orang Islam dan diharap dana itu mampu digunakan bagi merencana program serta membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan, katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Miskin anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Lembaga Penasihat Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengurus Besar Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Franz Swoboda.

Pada majlis itu, 110 anak yatim daripada tujuh badan kebajikan turut menerima sumbangan duit raya berjumlah RM150 setiap seorang.

Sementara itu, Rosmah meminta usahawan Islam di negara ini meningkatkan usaha membudayakan amalan sedekah bagi mencapai kemakmuran dan kehebatan seperti masyarakat di negara lain.

Malah, katanya penubuhan Yayasan Al-Bukhary, Waqaf Al-Nur Corporation Berhad dan Yayasan Emkay perlu dijadikan contoh supaya usahawan Islam bersedia memperuntukkan sebilangan kecil keuntungan kepada masyarakat yang memerlukan.
Kerajaan juga perlu mewujudkan satu badan khas yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan daripada individu Muslim dan badan korporat yang menyalurkan sumbangan mereka kepada individu yang berkelayakan, katanya.









KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri, dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Adam Mus-zahffar, dikatakan mengikut bapanya itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahnya, sebelum disembelih menggunakan sebilah pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika mangsa berada di rumah bersama ibu bapa serta seorang adiknya berusia dua tahun.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, suspek pernah menjalani rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak menyembelih anak kedua daripada tiga beradik itu tanpa diketahui motifnya.

Katanya, mangsa yang cedera parah pada leher dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek turut mencederakan lehernya menggunakan senjata yang sama.

Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mazlan berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan seorang suspek berusia 33 tahun dan menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian, beliau sempat berbual dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka, sebelum suaminya mengadu berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah.

Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.

Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan anak kami, lalu bergegas ke dapur sebelum melihat suami sedang menyem-belih mangsa menggunakan sebilah pisau.

Terkejut dengan tindakan suami itu, saya kemudiannya menjerit minta tolong, sebelum melihat suami kemudiannya bertindak mencederakan lehernya sendiri dengan pisau yang masih ada di tangannya, katanya.

Nik Suzila berkata, beliau bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah, 8, tidak cedera kerana berada di sekolah manakala yang bongsu, Siti Aishah, 2, berada bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku.


Beratnya azab Tuhan



penindasan yang dihadapi umat Islam saat ini, sesungguhnya menjadi kekuatan serta galakan kepada mereka yang beriman untuk terus meminta bantuan daripada Allah SWT. -Gambar hiasan


SHEIKH al-Maraghi berkata: "Allah SWT telah memberi amaran kepada orang kafir yang menindas kaum yang beriman sama ada lelaki mahupun perempuan dan memberikan galakan kepada orang yang beriman dan melakukan amal soleh serta melukiskan pahala balasan amalannya yang disediakan untuknya.

Keterangan yang menunjukkan kesempurnaan kekuasaan-Nya terhadap semuanya itu, agar menjadi penguat atas gambaran gertakan yang lalu. Seorang raja tidak akan besar dan hebat kekuasaannya melainkan dua faktor berikut:

* Sifat dermawan dan kemurahan hati yang sempurna.

* Angkatan perang yang kuat dan armada yang besar yang sanggup menentang musuhnya dan menyebabkan negara sekitarnya berasa gentar.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

Ayat ini berisi gertakan terhadap golongan Quraisy dan pendukungnya, sebaliknya menjadi penawar kepada Rasulullah SAW dan pembelanya.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

Syed Qutub berkata: "Ayat penamat ini merupakan penamat yang hakiki bagi perjuangan itu. Itulah hakikat daripada penjelasan yang pertama mengenai peristiwa parit api supaya hakikat ini tertanam di dalam hati kumpulan kecil orang-orang yang beriman di negeri Mekah pada masa itu. Juga tertanam dalam hati setiap yang beriman yang menghadapi penindasan di sepanjang abad.

Firman Allah SWT: Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

Ibnu Kathir berkata: "Yakni dengan kekuatan dan kekuasaan-Nya yang sempurna Dia memulakan penciptaan dan kemudian mengembalikannya lagi seperti sediakala tanpa ada yang menghalangi dan tidak pula mencegah.

Firman Allah SWT: Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya.

Ibnu Kathir berkata: "Iaitu mengampuni orang-orang yang bertaubat dan tunduk kepada-Nya, apa pun dosanya. Sedangkan mengenai al-Wadud, Ibnu Abbas dan juga lainnya mengatakan: "Iaitu yang penuh cinta dan kasih.

Firman Allah SWT: Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya.

Syed Qutub berkata: "Inilah sifat Allah yang banyak menjadi kenyataan dan sentiasa bertindak. Dia mempunyai iradat yang bebas. Dia memilih apa yang disukai-Nya. Dia membuat apa yang dikehendaki-Nya. Dia selama-lamanya begitu dan itulah sifat-Nya. Sekali Dia mahukan orang-orang mukmin mencapai kemenangan di bumi ini kerana sesuatu hikmah yang dikehendaki-Nya, dan sekali pula Dia mahukan keimanan mengatasi malapetaka penindasan dan mahukan tubuh badan yang fana itu terkorban kerana sesuatu hikmat yang dikehendaki-Nya. Dan sekali pula Dia mahu bertindak terus membinasakan manusia-manusia yang zalim di bumi, dan sekali Dia mahu menangguhkan balasan terhadap mereka sehingga tiba Hari Kiamat yang dijanjikan itu kerana suatu hikmah yang tertentu yang direalitikan di dunia ini dan akhirat sana mengikut perencanaan-Nya yang tersusun.

Inilah sebahagian daripada tindakan Allah yang bebas mengikut kehendak dan iradat-Nya yang sesuai dengan peristiwa parit api dan sesuai dengan cerita kebinasaan kaum Firaun dan Thamud pada ayat akan datang.

Hakikat iradat dan kudrat Allah yang bebas di sebalik peristiwa-peristiwa, di sebalik kehidupan dan di sebalik alam itu akan terus bertindak di alam buana ini.

TIADA seorang ibu pun yang mahu melihat anak-anaknya hidup sengsara sebaliknya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Akan tetapi adakah seorang anak turut memikirkan perkara yang sama untuk ibu mereka?

Inilah kisah yang ingin saya kupas kiriman seorang wanita bernama Mawar (bukan nama sebenar) yang terkilan dengan sikap anak lelakinya yang melupakan dirinya setelah berkahwin dengan anak orang kaya. Begini kisah Mawar.

"Saya mempunyai lima orang anak, kesemuanya telah berumah tangga dan bahagia dengan pilihan masing-masing.

"Anak lelaki saya yang ke kelima Imran (bukan nama sebenar) adalah yang paling cemerlang berbanding anak-anak yang lain. Dan itu adalah kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya. Berkat usaha gigih akhirnya dia menjawat jawatan tinggi.

"Inilah yang tersurat pada takdir hidup saya apabila Imran diperkenalkan dengan seorang gadis, anak orang kaya dan manja oleh abangnya.

"Sejak itu, setiap kali cuti semesta dia akan keluar rumah berhari-hari, kononnya bercuti dengan kawan-kawan.

"Akhirnya tembelangnya terbongkar juga apabila saya terjumpa potret gadis tersebut semasa mahu mencuci pakaiannya.

"Puas saya bertanya, Imran terpaksa berterus-terang dan mengatakan gadis tersebut adalah calon isterinya.

"Pengajian belum tamat sudah ada calon isteri? Itu yang saya kurang setuju dan meminta dia berfikir sebelum membuat keputusan yang terburu-buru.

"Namun Imran sudah tidak mendengar cakap saya lagi. Pandai sungguh mereka 'memancing' anak saya dengan berbagai-bagai cara sehingga nasihat saya langsung Imran tidak mengendahkan.

"Tamat pengajian maka datang rombongan dari pihak gadis tersebut ke rumah saya mohon restu dan memaksa kami merisik anak gadis mereka yang kononnya telah lama berkawan dan telah menjadi buah mulut orang kampung.

"Hampir setiap hari rombongan tersebut datang dengan membawa berbagai-bagai buah tangan.

"Maaf saya katakan memang saya tidak langsung merestui hubungan mereka, walaupun gadis tersebut adalah dari golongan orang berada.

"Bukan memilih menantu tetapi cara mereka keterlaluan, memaksa Imran yang baru bekerja bernikah. Duit poket pun belum cukup untuk meminang anak orang, bagaimana mahu meneruskan kehidupan yang memerlukan berbagai tuntutan.

"Akhirnya saya menurut kemahuan Imran kerana tidak mahu dia kecewa. Saya keluarkan duit simpanan, abang dan kakak turut membantu adik mereka yang telah sampai jodoh.

"Meriah kenduri maklumlah isteri anak orang berada. Masih saya ingat janji Imran kepada saya, insya-Allah akan membela nasib keluarga selepas tamat pengajian.

"Kini setelah lima tahun Imran mungkir janji, saya dipinggirkan malah dia lebih mementingkan keluarga isterinya. Imran seperti suami yang dibodohkan!

"Pendapatan suami, isteri yang uruskan, sehingga Imran tiada langsung wang untuk diberikan kepada saya emaknya sendiri.

"Hati ibu dan bapa mana yang tidak luluh dengan nasib yang menimpa. Mungkin inilah yang dikatakan orang 'Tanggang moden'.

"Kebajikan mak diketepikan kehendak isteri yang mahu sebuah banglo berharga ratusan ringgi diturutkan, akhirnya banglo yang tersergam indah itu bertukar menjadi rumah puaka, kotor dan tidak terurus, alasannya sibuk dengan urusan anak-anak.

"Sepatutnya sebagai suri rumah sepenuh masa dia tahu apa yang perlu di lakukan, jangan asyik ronda sana sini dengan kereta.

"Seribu satu macam lagi keburukan yang tidak sampai hati saya catatkan di sini. Cukuplah sekadar mahu meluahkan isi hati seorang ibu yang remuk berkecai kerana anak yang lupa janji dan menantu yang tidak pandai menjaga hati mentua.

"Walau apa pun mereka tetap anak dan menantu saya, doa saya semoga mereka akan sedar tanggungjawab masing-masing.

"Jangan mengambil kesempatan yang keterlaluan di atas kebaikan suami kerana sekali air bah sekali pantai juga berubah.

"Sebagai ibu ini pesanan saya kepada Imran, fikirkan tentang masa depan dan rumah tangga, juga hati dan perasaan ibu yang telah terguris luka," pinta Mawar menamatkan ceritanya.

Kata-kata Mawar begitu meruntun perasaan. Tentu sepanjang masa ibu ini memendam rasa dan makan hati.

Harapan saya, Mawar reda dan bersabar dengan ujian yang terkadang singgah dalam hidup kita tanpa di undang.

Betul kata Mawar, mengawasi anak-anak yang telah dewasa juga penting bimbang berlaku perkara yang akan menjadikan kita menyesal tidak berkesudahan.

Seperti kata Mawar nasi sudah menjadi bubur, mahu tidak harus diterima, buruk baik tetap anak. Yang penting terus berdoa agar satu hari mereka akan sedar dan kembali ke pangkuan ibunya serta memohon keampunan.

Menutup kata, syurga anak-anak di bawah telapak kaki ibu dan syurga isteri, suami yang tentukan.

BIASANYA saya dengar suami mengeluh kerana isterinya tak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan alasan tersebut mereka akan mencari orang ketiga untuk mengisi kekosongan di hati.

‘‘Jadi saya nak tanya pembaca semua jika keadaan terbalik, suami pulak tidak romantik setelah berkahwin dan mempunyai anak, apakah patut si isteri mencari pengganti baru atau kekasih untuk mengisi kekosongan di hati?’’ Demikian pertanyaan Norjaslina dalam emelnya kepada penulis.

‘‘Suami sering menyalahkan isteri tak romantik, tak pandai layan suami, tak tahu bersolek, badan berbau, pakaian di rumah buruk. Semua masalah itu menjadi punca mereka cari kekasih. Tetapi pada saya suami juga teruk perangai serta busuknya bau badan mereka.

‘‘Macam suami saya, sejak mula bercinta macam nak matilah kita raikan hari lahirnya, dia haram tak pernah ingat hari lahir saya. Alasannya terlupa. Waktu bercinta apa juga alasannya saya terima. Kerana sayang konon.

‘‘Tetapi sekarang dah lebih 10 tahun berkahwin, alasannya masih sama juga. Percaya tak kalau saya katakan dia tak pernah belikan saya hadiah langsung untuk hari lahir saya. Bila saya tanya dia kata buat apa membazirkan duit.

‘‘Suami saya Fikri ni bukan setakat lupakan hari lahir saya, ulang tahun perkahwinan pun dia tak pernah ingat. Bila saya tanya tak ada kad ke dia kata, ‘‘Buat apa beli kad mulut ada ucaplah sendiri!’’ ‘‘Sekarang saya nak dengar ucapan dari mulut abang!’’ Dia kata, ‘‘awak dah ingat tu kira samalah tu’’ Aduh sakitnya hati.

Begitulah hati dan perasaan Fikri sejak dari mula kami kahwin hinggalah sekarang. Agaknya kalau panjang jodoh kami sampai saya mati pun dia tak akan belikan alasannya terlupa.

‘‘Biasanya tiap-tiap tahun saya akan ajak dia makan kat luar atau saya masak special untuk raikan ulang tahun perkahwinan kami, dia boleh tanya: ‘‘Buat apa makan kat luar. Saya pulak terpaksa bagi tahu hari ini ulang tahun perkahwinan kita.

Istimewa

‘‘Hairannya bila saya raikan hari lahirnya dia tak kata pun membazir bila saya beri dia hadiah istimewa. Dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga.

‘‘Sekarang bila anak-anak dah besar bila saya ingatkan dia hari lahir saya, maka dia akan panggil anak-anak suruh nyanyi lagu selamat ulang tahun. Lepas tu dia akan buat ucapan menyakitkan hati saya, ‘‘dah semakin tua you sekarang ya’’.

‘‘Bila saya tanya mana hadiah dia akan membebel, tak ada duit. Kalau saya minta hadiah juga dia akan hulur duit RM30 atau RM50. ‘‘Hah awak ambillah duit ni belilah hadiah apa awak suka.

‘‘Saya bukanlah romantik sangat, tetapi saya akan periksa apa keperluannya, sama ada dia perlu baju baru, tali leher, pewangi, kasut atau apa sahaja yang dia suka. Bila dapat hadiah senyum sampai telinga.

‘‘Tapi kalau raikan hari lahir saya dan anak-anak dia mula kata membazir. Bukan saya buat minta duit dia. Tambah pelik dia tak pernah ingat hari lahir anak-anak apa lagi saya. Agaknya dia kedekut, takut kami minta belikan hadiah.

‘‘Mulai tahun ini saya dah buat keputusan muktamad, saya tak akan raikan hari lahir Fikri lagi, kerana dia tak pernah ingat hari lahir saya atau ulang tahun perkahwinan kami. Tapi untuk anak-anak saya akan tetap raikan, bukan nak buat parti besar-besaran, cukup sekadar kami anak beranak.

Pada saya meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan adalah untuk menimbulkan rasa ceria dan gembira dalam keluarga.

‘‘Kesan daripada tindakan saya tidak meraikan hari-hari yang bermakna ini mungkin perasaan kasih sayang antara kami semakin jauh, cinta kami semakin hambar dan jiwa saya semakin kosong. Jadi apa lagi yang tinggal kalau jiwa dah hambar dan tidak menggembirakan lagi?

‘‘Kebanyakan suami berfikiran apabila sudah jadi isterinya sama ada suka atau tidak wanita itu akan terus jadi isterinya. Jadi tak payahlah nak jaga hati dan perasaan isteri. Pada saya itu satu perangai buruk suami tak tahu menilai dan menjaga hati isteri.

‘‘Satu lagi perangai buruknya tak suka kalau kawan atau jiran kita datang ke rumah dia akan tunjukkan perangai buruk menengking dan memarahkan anak-anak dengan suara amat kasar depan tetamu.

‘‘Tujuannya supaya kawan saya segera balik, jadi tak dapatlah saya nak berbual dengan tetamu. Pernah Fikri kata kawan pejabat habis kat pejabat, jiran cukup sekadar bertanya khabar bukan nak datang ke rumah mengganggu aja. Itulah perangai buruknya membuat jiwa saya lebih tertekan .

‘‘Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang dilakukannya yang membuat jiwa saya tertekan. Hingga sampai satu peringkat saya fikir lebih baik saya tak ada suami, namun untuk menjadi ibu tunggal dengan 3 orang anak bukan mudah, sebab itu saya terpaksa sabar dengan perangai buruknya. Tapi sampai bila saya mesti sabar?’’

Demikian cerita Norjaslina panjang lebar tentang masalah yang dihadapi.

Namun apabila berdepan dengan suami seperti ini, peranan isteri amat penting, cuba cari dan fikirkan perangai baik yang tersembunyi dalam diri suami anda yang perlu anda beri pujian, lama kelamaan mungkin dia boleh berubah, semoga anda terlepas daripada tekanan yang menyiksa jiwa.


OSMAN (kanan) bersama pegawainya menunjukkan  foto   lelaki disyaki penyamun di Kota Tinggi.
OSMAN (kanan) bersama pegawainya menunjukkan foto lelaki disyaki penyamun di Kota Tinggi.

KOTA TINGGI: “Saya tergamam apabila anak sulung berusia lapan tahun yang tidur di tempat duduk belakang disentap dan dihumban keluar oleh seorang daripada tiga penyamun sebelum mereka melarikan kereta saya.

“Anak bongsu dan kedua berusia tiga dan lima tahun pula menangis ketakutan apabila penjenayah mengacu parang ke leher saya,” kata isteri pengusaha restoran yang disamun ketika pulang berniaga jam 3.30 pagi di Taman Ahmad

Biarpun kejadian itu berlaku di depan rumahnya pada 18 Julai lalu, mangsa mahu dikenali sebagai Rokiah hanya bersedia berkongsi traumanya dengan Berita Minggu bagi memastikan penjenayah ganas itu ditangkap dan dihukum.

“Kami masih trauma sehingga sukar tidur. Saya percaya penjenayah itu memerhati saya mengemas restoran awal pagi itu dan mengekori pulang.

“Tiba di depan rumah, muncul lelaki yang membuka pintu kereta dari luar, merampas kunci dan menarik saya. Dia mengacu parang di leher dan mengarah saya serahkan rantai emas dan gelang perak,” katanya.

Rokiah berkata, dua daripada penjenayah bertubuh kurus dan berambut sedikit perang manakala seorang lagi berbau busuk. Mereka menghumban anaknya keluar ketika cuba melarikan Honda Civic yang turut membawa televisyen plasma 42 inci dan komputer riba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata kejadian samun awal pagi itu menyebabkan mangsa kerugian RM130,000.
“Ada satu lagi kes seumpamanya dipercayai dilakukan tiga suspek sama dengan menyasarkan wanita. Awal bulan ini, seorang peniaga warung di simpang Tai Hong disamun barang kemas dan wang tunai ketika memulakan perniagaan,” katanya.

Osman berkata, tiga lelaki bersenjatakan parang itu berpura-pura memesan minuman jam 4.20 pagi.

“Hasil siasatan, polis dapati keterangan mangsa dan saksi menjurus kepada pembabitan pemuda tempatan. Malah, usaha menjejaki suspek sukar kerana meninggalkan daerah ini,” katanya.

Polis mengedarkan foto dua lelaki yang boleh membantu siasatan kedua-dua kes. Mereka dikenali sebagai Tee Heng Eng, 21, kad pengenalan 891024-01-5795 beralamat di 12-B, Jalan Lukut Cina, Kota Tinggi dan Lim Wai Keong, 24, (860707-23-6325) beralamat di No. 60, Jalan Workshop, Kota Tinggi.

Orang ramai yang mempunyai hubungi IPD Kota Tinggi di talian 07-8837222 atau 07-8837222 atau balai polis berhampiran.

Anggota polis memeriksa sebuah rumah tinggal yang terkena letupan kuat sehingga membunuh seorang budak lelaki dan mencederakan dua remaja di Kampung Seberang Baruh, Kuala Terengganu pada Sabtu. Letupan itu dipercayai berpunca daripada mercun yang disimpan di rumah tinggal yang dijadikan setor penyimpanan mercun dan bunga api. Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengahari Ahad.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak(Tadika) Kampung Losong Atap Zin dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.

"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.

Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagiandinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaringdi luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang merupakan seorang peniaga.

Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.

"Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.

"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.

Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.

"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk dipakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.

"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Indahnya zakat

AYAH nak ke mana ni?" Satu suara halus bertanya. "Ke surau nak." "Ayah, adik nak ikut…" sambil memakai songkok dan berbaju Melayu labuh, terkedek-kedek si anak berlari mendapatkan si ayah yang sudah sedia memegang basikal tua. Dengan cepat si anak naik dan duduk di galang basikal lalu mereka menuju ke surau. Di surau, kelihatan si ayah membawa seuncang beras. Seorang Pak Haji sedang menunggu dengan tersenyum. Lalu si anak bertanya lagi… "Beras ni nak buat apa ayah?" "Ini untuk zakat kita tahun ini nak…"

Demikianlah sedikit sedutan iklan di televisyen yang pernah disiarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu. Keharmonian amat terasa, dengan berlatar belakangkan sebuah desa, sawah padi menghijau, berbasikal tua meniti di batas-batas bendang dan Pak Aji yang senyum manis menanti di surau, lalu zakat dijadikan tema iklan raya tersebut. Intipatinya hanya satu, menjadikan hari raya medan berkongsi kegembiraan antara si kaya dan miskin yang kelaparan.

Zakat adalah rukun Islam ketiga. Kedudukannya di tempat ketiga ini dan sering digandingkan oleh Allah SWT dengan arahan mendirikan solat, telah dengan sendirinya menggambarkan status hukum dan kepentingan zakat.

Di samping itu, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia termasuk dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah, iaitu wahyu Allah SWT yang banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek akidah. Banyak dalil naqli (dalil al-Quran dan al-hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56: Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berikanlah zakat.

Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan kepada Muaz bin Jabal yang diutus ke Yaman sebagai gabenor akan kepentingan zakat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Engkau hendaklah menerangkan kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan sedekah (zakat), yang dikenakan terhadap kekayaan orang kaya di kalangan mereka.

Falsafah zakat

Falsafahnya mudah, zakat adalah satu perkongsian. Mengambil harta dari kalangan kaya dan berada untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan melata dan mereka yang memerlukan. Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat, semakin meningkat kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat menjadikan semakin terbela asnaf-asnaf zakat.

Inilah cantiknya hukum dan syariat zakat ini, sehinggakan di dalam lipatan sejarah ia amat berkesan semasa perlaksanaannya pada zaman Rasulullah. Apatah lagi, zakat adalah amalan baik yang berkesinambungan daripada apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan, prihatin dan suka bersedekah telah difardukan akhirnya.

Maka, oleh kerana ia sememangnya satu amalan mulia yang tidak bercanggah langsung dengan fitrah manusia, tidak pernah terdengar sedikitpun suara yang membantah dan mengingkari kewajipannya setelah ia diangkat oleh Allah SWT sebagai amalan wajib. Bahkan pada zaman itu, zakat telah menjadi item utama sumber pendapatan negara Madinah Al-Munawwarah demi menjana pembangunan ummah.

Pembahagian zakat

Bagi memudahkan umat Islam, ulama fikah telah membahagikan zakat itu kepada dua, iaitu zakat fitrah (zakat badan) dan zakat mal (zakat harta). Zakat fitrah adalah seperti apa yang telah digambarkan di dalam iklan raya di atas. Ia diwajibkan di dalam bulan Ramadan dan wajib ditunaikan sebelum solat Hari Raya Aidilfitri. Hukumnya wajib kepada setiap individu Muslim walaupun dia seorang hamba, dengan syarat mereka hidup pada bulan Ramadan hingga masuk 1 Syawal.

Kewajipan mengeluarkannya adalah terletak kepada diri sendiri, wali atau ketua keluarga berkenaan. Ia dikeluarkan untuk setiap individu berdasarkan kepada 1 gantang Baghdad yang bersamaan 2.70 kg makanan ruji sesebuah tempat.

Daripada Ibnu Abbas r.a., berkata: "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah daripada sedekah-sedekah biasa." (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Manakala zakat mal, ia adalah tertakluk kepada harta-harta tertentu. Zakat mal ini pula tidak diwajibkan kepada hamba, seperti mana zakat fitrah. Dari aspek kekayaan, zakat mal atau harta inilah yang mewakili status kekayaan umat Islam, kerana ia digambarkan kepada ketinggian kutipan zakat di sesuatu tempat.

Seperti dinyatakan, semakin tinggi kutipan zakat, bermakna semakin tinggilah taraf sosio-ekonomi rakyat dan semakin melebarlah manfaat zakat kepada lapan asnaf yang memerlukan. Semua ini menjadi indikator kepada keseimbangan sosio-ekonomi, kestabilan politik dan seterusnya kemakmuran negara umat Islam.

Pada tahap awal perbincangan ini, diharapkan para pembaca telah mendapat kefahaman awal tentang zakat. Dalil kewajipannya, status zakat dalam rukun Islam, falsafah zakat, definisi zakat dan pembahagiannya.

Semua ini akan memudahkan masyarakat untuk memamahi, seterusnya kenapakah zakat perlu diangkat kembali menjadi agenda penting ummah. Ini termasuklah isu-isu kontemporari zakat seperti penglibatan sektor kewangan lain dalam institusi zakat, penguatkuasaan undang-undang zakat dan sebagainya lagi.

Insya-Allah, dengan kefahaman yang jelas ini akan memudahkan kita mempelajari zakat, satu rukun Islam yang manfaatnya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang Islam di dunia ini.

DALAM SATU hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.

Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar. Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.

Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w Mereka itu selalu mengambarkan Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kasihan, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?

Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah: “Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)

HINA DAN MULIA

Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing, merupakan binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat.

Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjing’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya. Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?

Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

APAKAH SYURGA ITU MURAH?

Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan memberikan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid?

Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya.

Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahirkan diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.

Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang itu lakukan dari semasa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya.

Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi. Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu.

Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.

Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama dengan kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.

BANYAK DAN SEDIKIT

Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih daripada seorang kaya yang menderma RM1,000.

Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji RM10 atau RM15 sehari. Dia mengeluarkan RM10 dengan penuh erti sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah.

Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1,000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharapkan keredhaan dan ganjaran Allah. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah.

Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya pun lebih.

TIDAK SAMPAI AJARAN

Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan keinsafan dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baiknya itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan.

Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya atau kehidupan yang mendesaknya atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya.

Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya. Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama. Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan.

Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka.

Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut: “Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15). Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya.

Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar.

Semoga Allah mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa kita.

INSAFI DIRI

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari nanti mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama.

Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika dalam jantung hatinya wujud keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.

Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!

Bahaya murung

Masalah perlu ditangani secara betul, rawatan perlu berterusan

SEJAK setahun lalu, seorang wanita berusia pertengahan usia 30-an yang mengalami masalah kemurungan mendapatkan rawatan pakar psikiatri. Selepas mendapatkan rawatan untuk suatu tempoh, masalahnya pulih dan beliau kembali kepada keluarga.

Walaupun begitu, dia dinasihatkan supaya membuat rawatan susulan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, wanita itu tidak berbuat demikian sehingga selepas tempoh lima bulan, keluarganya menelefon pakar psikiatri yang merawatnya.

Khabar berita disampaikan keluarga wanita itu amat menyedihkan kerana beliau sudah pun meninggal dunia akibat bunuh diri beberapa hari lalu.
KISAH wanita yang dipaparkan itu adalah antara kes benar. Malah, cerita bunuh diri dan cubaan meragut nyawa sendiri, mungkin lebih banyak didengari, khususnya di kalangan individu yang mengalami masalah kemurungan teruk dan tidak dirawat.

Hakikatnya, kemurungan walaupun sesuatu yang lazim dialami dan membelenggu individu, tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia boleh boleh membawa risiko buruk sehingga membunuh diri.

Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif, Prof Dr Maniam Thambu, berkata kemurungan bukan kelemahan individu, sebaliknya penyakit biologi dan keterencatan kesihatan fizikal. Kemurungan juga perlu dibezakan dengan naik atau turun emosi dalam kehidupan individu.

Prof Maniam berkata, apa yang pasti masalah kemurungan perlu ditangani dengan cara betul supaya tidak membawa kemudaratan lebih buruk.
Masalah kemurungan juga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga dan hubungan lain serta kehilangan kerja akibat tidak boleh lagi memberikan tumpuan pada tugas. Masalahnya, majikan mungkin tidak percaya individu itu mengalami masalah kemurungan, katanya ketika membincangkan masalah Kemurungan di Malaysia - Menderita Dalam Diam pada bengkel media anjuran syarikat farmaseutikal, Pfzer, di ibu negara, baru-baru ini.

Maniam berkata, individu yang mengalami kemurungan, pada asasnya nampak seperti individu biasa tetapi sebenarnya, menderita dalam senyap. Justeru, adalah lebih baik mengenal pasti kesan dan rawatan awal masalah kemurungan.

Ada individu yang tidak boleh dan tidak nampak cari jalan keluar bagi mengatasi kemurungan. Akibatnya, ia turut memberikan kesan kepada anak dan isteri. Amat menyedihkan, kemurungan itu dibiarkan berlanjutan sedangkan ia boleh dirawat, katanya.

Beliau berkata, antara sebab individu yang mengalami kemurungan tidak mendapat atau melambat-lambatkan rawatan adalah kerana mereka tidak tahu bahawa ia adalah penyakit.

Ada yang bimbang dengan stigma dilabelkan gila manakala pengaruh budaya pula melihat tanda kemurungan itu adalah disebabkan terkena sihir atau buatan orang.

Prof Maniam menambah, ada juga individu yang takutkan rawatan psikiatrik kerana beranggapan pengambilan ubat boleh menyebabkan ketagihan dan mengubah fizikal tubuh serta bimbang akan dihantar ke hospital sakit mental.

Bagi yang bekerja pula mungkin takut dibuang kerja kerana majikan tidak mahu lagi menggajikan mereka. Selain itu, ada yang mungkin bimbang syarikat insurans tidak mahu memberikan perlindungan insurans jika mengetahui mereka ada masalah itu. Lagipun, sehingga hari ini di Malaysia, penyakit kemurungan tidak diberikan polisi perlindungan tetapi di negara Barat sudah lama menawarkan polisi perlindungan untuk penyakit itu, katanya.

Prof Maniam berkata, agak mengecewakan individu yang menghadapi masalah kemurungan tidak mendapatkan rawatan psikiatri sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai kaedah berkesan bagi menanganinya.

Jika individu itu sendiri tidak tampil dan datang membuat rawatan sudah tentu mereka tidak dapat dibantu, katanya.

Maniam berkata, kemurungan teruk di negara ini dialami semua kumpulan etnik dengan wanita mewakili kumpulan lebih besar.

Lebih ramai wanita mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki kerana perubahan hormon seperti kedatangan haid, kehamilan, bersalin dan menopaus. Wanita juga didapati, lebih tertekan kerana bertanggungjawab dalam penjagaan anak dan menguruskan kerja rumah.

Katanya lagi, kajian aliran perubahan jumlah pesakit yang mengalami kemurungan teruk sejak tiga tahun lalu menunjukkan, 67 peratus ahli psikitari menyatakan terdapat peningkatan jumlah pesakit manakala 33 peratus menyatakan jumlah pesakit dirawat adalah stabil.

Kajian itu turut mendapati, 89 peratus ahli psikiatri menjangkakan jumlah pesakit yang mengalami kemurungan meningkat dalam masa tiga tahun akan datang manakala 11 peratus lagi berpendapat jumlahnya tetap stabil, katanya.

Sementara itu, Prof Madya Psikiatri dan Farmakologi, University of Toronto, Dr Roger Mclntyre, berkata Laporan Kesihatan Dunia 2001 mengenai kesihatan mental menganggarkan menjelang 2020, penyakit kemurungan teruk akan menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung yang menyebabkan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat kehidupan seseorang.

Dr Roger yang membincangkan tajuk Keadaan Kemurungan - Aliran Global dan Cabaran Dalam Rawatan berkata, berbanding 2000, penyakit kemurungan teruk adalah yang keempat menjadi punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat seseorang selepas pernafasan rendah, perinatal serta HIV/AIDS.

Dr Roger berkata, kajian juga menunjukkan 48 peratus pesakit yang mengalami masalah kemurungan teruk tidak mendapatkan sebarang rawatan manakala 58 peratus pesakit yang dirawat menerima rawatan yang tidak teratur.

Kemurungan adalah kronik dan ia adalah penyakit yang sering berulang kembali kepada pesakit. Malah, kajian menunjukkan 85 peratus daripada mereka yang mempunyai pengalaman kemurungan itu akan kembali murung selepas 15 tahun pulih, katanya.

Beliau menambah, perubahan ragam diri akibat kemurungan juga boleh menyebabkan pesakit itu mendapat beberapa penyakit lain seperti sakit kepala, masalah kardiovaskular, obesiti dan kencing manis.


KOTA BAHARU: Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di sini bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pembeli berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan, Rabu.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn hari ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ianya dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.



SEORANG anggota polis memeriksa mayat bayi lelaki (dalam bulatan) yang ditemui di pusat pengumpulan sampah Hospital Melaka semalam. Gambar kecil pula ialah bayi lelaki yang ditemui di Seberang Takir, Kuala Terengganu.


MELAKA - Tembelang sepasang kekasih yang membuang bayi lelaki berusia lima bulan ke dalam tong sampah Hospital Melaka di sini terbongkar apabila kedua-dua mereka ditahan ketika ibu bayi itu mendapatkan rawatan di hospital tersebut kelmarin.

Kejadian pukul 4 petang itu terbongkar apabila kakitangan hospital berasa curiga melihat keadaan wanita tersebut seperti baru bersalin walaupun pada mulanya dia menafikannya.

Selepas didesak, wanita tersebut akhirnya mengaku yang dia baru sahaja melahirkan anak di dalam tandas hospital sebelum membuangnya di dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pencuci bangunan kemudian secara tidak sengaja telah memindahkan sampah yang mengandungi bayi tersebut ke dalam tong sampah besar.

Sehubungan itu, polis terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk mencari mayat bayi tersebut dengan menyelongkar lebih 20 buah tong sampah sebelum ia ditemui pukul 1.50 petang semalam di pusat pengumpulan sampah hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sebaik menerima maklumat, kita telah melancarkan operasi mencari mayat bayi tersebut. Polis bernasib baik kerana menemuinya semula," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam.


Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR




JIKA anda berpeluang menyaksikan segmen dokumentari bertajuk Seven Wonders of The Muslim World di saluran Discovery Astro 551 yang ditayangkan baru-baru ini, pasti perasaan terharu menyelubungi diri terutama bagi mereka yang beragama Islam.

Apabila mengimbas semula perjalanan dakwah dan perkembangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mustahil jika seseorang itu tidak merasai getaran keinsafan jauh di dalam sudut hati. Ternyata, peninggalan dan pengorbanan Baginda dapat dilihat hingga ke hari ini.

Dokumentari itu bermula dengan menyingkap sejarah keagungan tujuh buah masjid paling ikonik dalam dunia Islam. Ia meliputi aspek seni bina dan rekaan yang diilhamkan melalui ayat-ayat dalam al-Quran oleh individu ternama yang telah memeluk Islam.

Penonton disajikan paparan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin diikuti Alhambra di Granada, Sepanyol; Masjid Biru (Istanbul, Turki); Masjid Agung Djenne (Mali, Afrika Barat); Masjid Imam (Esfahan, Iran), Masjid Badashahi (Lahore, Pakistan) dan berakhir Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah.

Penjelasan bagi setiap rumah ibadat itu bertambah menarik kerana ia dilengkapi cerita perjalanan keimanan enam orang anak muda yang berasal dari sekitar kawasan masjid itu dibina.


AKHIRNYA perjalanan panjang (dari kiri) Naureen Saleem, Erhan Yukselci, Isack Lopez Rejo'n dan Amadou Thiam dari penjuru dunia yang berbeza dipertemukan di Masjidil Haram.


Sameh Abdin, Isack Lopez Rejo’n, Amadou Thiam, Erhan Yukselci, Rana Naeem dan Naureen Saleem masing-masing tinggal berdekatan dengan masjid tersebut. Dokumentari itu turut menyorot cara hidup harian mereka termasuk rutin menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaikan formula sebuah program televisyen realiti, kemuncak penggambaran tersebut merakamkan perjalanan penting apabila mereka terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang untuk menuju ke Baitullah yang merupakan kiblat bagi sekalian umat Islam.

Sepanjang perjalanan penuh bermakna itu, perasaan setiap daripada mereka diluahkan di hadapan kamera sehinggalah mereka tiba ke kota suci Mekah.

Mesej dan sejarah

Selain mengajak penonton menerokai sejarah dan keistimewaan setiap masjid, ia juga sebenarnya membawa mesej mengenai pengertian Islam dari kaca mata pemuda-pemudi tersebut.

Walaupun masing-masing berbeza keturunan dan bangsa, namun hakikatnya mereka menganut agama yang diwariskan oleh rasul akhir zaman, Muhammad SAW yang selama ini telah tersebar ke serata dunia.

“Setiap hari dan di mana jua saya berada di dunia ini, saya akan bersembahyang menghadap ke arah kiblat. Kini saya berada betul-betul di hadapannya.

“Tiada apa lagi yang saya mahukan apabila saya sudah berada di hadapannya. Ia satu perasaan yang bercampur-baur. Saya gembira tetapi pada masa yang sama menangis kerana terharu dapat menjejakkan kaki di hadapan Kaabah,” kata Isack dalam dokumentari tersebut.

Bagi Erhan pula, dia bertuah kerana terpilih menjadi tetamu Allah.


KAABAH yang terletak di Masjidil Haram, Mekah menjadi impian dan titik pertemuan bagi watak-watak utama dari pelbagai negara dalam dokumentari ini.


“Ia adalah masjid yang diperkatakan oleh umat Islam di seluruh dunia dan sudah menjadi impian seumur hidup saya untuk sampai ke situ.

“Berada berhampiran Kaabah membuatkan saya rasa dekat dengan rahmat Allah. Ia satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata,” ujar remaja yang berasal dari Republik Mali di Afrika Barat itu.

Cabaran penggambaran

Menurut penerbit Seven Wonders of The Muslim World, Faris Kermani, pembikinan dokumentari yang berdurasi selama satu jam itu mengambil masa tujuh hingga lapan bulan.

Faris, seorang pengarah filem berketurunan Pakistan-Britain yang berpangkalan di London mengakui banyak cabaran telah dihadapinya untuk menerbitkan dokumentari tersebut.

“Walaupun saya pernah menjalani penggambaran di banyak tempat yang berbahaya seperti zon peperangan dan sebagainya, namun rakaman di Arab Saudi jauh lebih mencabar.

“Paling sukar tentunya apabila cuba mengumpulkan enam orang dari lokasi berbeza di seluruh dunia untuk sampai ke Arab Saudi pada masa yang sama untuk penggambaran terakhir dokumentari itu,” kata Faris dalam sidang media melalui telefon bersama wartawan-wartawan dari Asia Tenggara baru-baru ini.

Apa yang pasti, jelasnya program ini terhasil daripada kombinasi terhadap keinginan untuk menunjukkan kepada dunia tentang aspek keindahan dalam Islam itu sendiri.

Ditanya mengenai pemilihan enam anak muda yang terlibat dalam dokumentari itu, Faris memberitahu, nama mereka didapatkan daripada individu yang mentadbir masjid di setiap lokasi penggambaran awal.


KEINDAHAN reka bentuk dan sejarah Masjid Biru memang tiada tolok bandingnya.


Kemudian, pihaknya membuat pemilihan berdasarkan pelbagai kemungkinan sebelum menemui individu yang diinginkan.

Turut berkongsi pengalaman menunaikan umrah di Mekah bersama penonton ialah Naureen, seorang wanita moden dan bekerjaya dari Lahore, Pakistan.

Ujarnya ketika mengelilingi Kaabah, dia langsung tidak menyedari apa yang berlaku di sekitarnya. Dia mengatakan bahawa dirinya sudah tidak mengeluh dan peduli apabila dilanggar jemaah lelaki dan wanita yang mengerjakan ibadah serupa di situ.

“Ketika itu, saya tenggelam dalam munajatnya pada Allah. Saya rasa seperti hanya saya seorang yang ada di sana. Apabila beristighfar memohon keampunan pada Allah, saya seolah-olah merasakan semua dosa itu hilang dan diri ini seperti dilahirkan semula.


KUBAH BATU berwarna emas ini terletak dalam perimeter Masjid al-Aqsa.


“Saya rasa sungguh kagum dan terharu. Saya ketawa dan menangis pada masa yang sama. Sukar untuk mempercayainya kerana perasaan teruja dalam diri saya adalah lebih daripada apa yang dijangkakan,” ungkap Naureen selepas selesai mengerjakan rukun umrah.

Tarik perhatian

Sementara itu, Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid ketika dihubungi berkata, penghasilan dokumentari sedemikian sangat baik untuk Islam.

Sebagai saluran dokumentari yang memang dikenali di persada antarabangsa, sudah pasti penyiaran program tersebut mampu menarik perhatian masyarakat seluruh dunia.

“Sekurang-kurangnya penerbitan dokumentari itu boleh dianggap jihad untuk menunjukkan keagungan Islam melalui ketamadunan yang dibina oleh umatnya satu ketika dahulu.

“Harus diingat dalam hidup ini, ada dua wajah iaitu baik dan buruk yang sentiasa menyelubungi kita. Maka, dalam konteks ini, kita harus menunjukkan apa yang terbaik yang ada pada Islam bagi menangkis tanggapan negatif dunia terhadap anutan kita ini,” terang beliau sambil berharap lebih banyak penerbitan dokumentari seumpama itu dihasilkan dari semasa ke semasa.


Fadilat puasa dan orang berpuasa


Doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh Allah SWT. - Gambar hiasan


RAMADAN amat sinonim dengan salah satu daripada rukun Islam iaitu berpuasa. Ibadat yang mempunyai 1001 macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa;

lImam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

lImam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya. Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalamal-Fath al-Bari: Sesungguhnya dikatakan pada Syurga, tidak dikatakan bagi Syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

lKetiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

lMengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: Puasa merupakn perisai. Dan daripada Uthman bin Abi al-As; Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat. Ini kerana, puasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan pada ghalibnya, mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

lAl-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As: Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

lImam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

lIbn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak.

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

lAl-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa sekalipun diam dan tidur.

lIbn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

lAl-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

lImam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya.

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.

Selamat Berpuasa dan semoga diterima Allah.