KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini. Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini. Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam. Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. “Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh. “Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
March
(9)
- Minat luar biasa Afdlin
- Bekas menteri tak sangka didakwa
- Hikayat Merong Mahawangsa, Filem Epik Terhebat Mal...
- Sistem bayaran kelam-kabut
- Makmal proses syabu diserbu
- Shuib Sepah kahwin Sarah
- Kes AminulRasyid: Koperal Jenain Diperintah Bela Diri
- 26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar
- Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram
-
▼
March
(9)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
PETALING JAYA 10 Ogos – Bunuh dan bunuh diri - Itulah klasifikasi polis berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat. Pengesahan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar itu sekali gus menutup kes tersebut dan menamatkan spekulasi dan misteri dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Sungai Buloh pada 3 Ogos lalu. Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang menembak sebelum membunuh diri serta hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mereka. Menurut beliau, siasatan berhubung kes tersebut juga telah selesai selepas pihaknya merekod keterangan daripada ahli keluarga mangsa. “Setelah menjalankan siasatan, kita tidak menemui pihak ketiga untuk dikaitkan dalam kejadian tersebut. Oleh itu, polis menganggap kes ini telah selesai. “Polis juga telah mengetahui motif kejadian itu namun, ia tidak perlu diumumkan kerana tiada suspek lain yang dicari untuk didakwa di mahkamah,” katanya selepas merasmikan sistem anti-rampasan yang digunakan oleh van milik syarikat British American Tobacco Malaysia di sini hari ini. Pada Selasa lalu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di lebuh raya berkenaan. Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 mm yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana. Sebelum ini, timbul desas desus yang mengatakan pasangan itu mempunyai hubungan antara satu sama lain, namun ia dinafikan oleh keluarga masing-masing.
jenayah@utusan.com.my
MARAPANIM, Brazil - Seorang warga Britain, Ed Stafford yang berumur 34 tahun mencipta sejarah kelmarin apabila dia menjadi lelaki pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 859 hari termasuk digigit 50,000 nyamuk. Dia yang merupakan bekas kapten tentera Britain menghabiskan masa selama dua setengah tahun bersama rakan penunjuk arah dari Peru, Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera. "Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya," katanya. Stafford pengsan pada Ahad lalu, kira-kira 85 kilometer daripada lokasi penamat. Dia menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam. Lelaki itu kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim, Brazil kelmarin yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon. Pada mulanya, Stafford memulakan ekspedisi itu bersama seorang rakan Britain pada 2 April 2008 di selatan Peru. Selepas tiga bulan berjalan, rakan Britainnya itu menarik diri. Pada satu ketika di Peru, sekumpulan penduduk orang asli telah memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan. Namun, Stafford meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui Rivera yang berumur 31 tahun dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat. Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan. Sepanjang ekspedisi itu, dia mendapati banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca. - Agensi

Polis ambil keterangan lima orang siasat kematian bekas ADUN, pembantu peribadi
KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat mati kerana terkena dua das tembakan, masing-masing satu di kepala dan rusuk, bukannya kedua-dua tembakan di kepala seperti dilaporkan.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.
Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.
Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.
Khalid berkata, polis akan menyiapkan laporan penuh kes kematian kedua-dua mangsa secepat mungkin bagi mengelak terlalu banyak spekulasi berhubung kes itu sedangkan siasatan berhubung punca dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Beliau berkata, ketika kejadian tiada sebarang rakaman kereta dinaiki kedua-dua mangsa di Lebuh Raya Utara-Selatan yang boleh membantu siasatan polis dan pihaknya bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi kejadian.
“Sementara siasatan dijalankan, saya berharap semua pihak tidak membuat spekulasi serta andaian sendiri dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis merungkai apa yang berlaku sebalik kejadian itu.
“Polis belum dapat mengenal pasti motif kejadian dan kita juga sedang menunggu laporan penuh bedah siasat. Semalam (kelmarin) saya sudah beritahu laporan awal bedah siasat, tetapi keputusan penuhnya akan mengambil masa.
“Siasatan dijalankan bagi mencari maklumat dan bukti lain yang mungkin ada, selain ujian balistik bagi mengesan elemen dalam penggunaan senjata api ketika kejadian iaitu pistol dan jarak tembakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Khalid berkata, polis sudah merakamkan percakapan beberapa individu terutama yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kita juga perlu memberi masa kepada ahli keluarga (kedua-dua mangsa) kerana mereka masih bersedih atas apa yang berlaku. Apabila keadaan sesuai nanti, kita akan dapatkan kerjasama ahli keluarga dalam menyiasat motif itu,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas kemungkinan motif kejadian akibat cemburu, sebaliknya meminta semua pihak bertenang dan menghormati perasaan keluarga kedua-duanya yang masih bersedih.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, berkata polis sudah mengambil keterangan lima orang iaitu tiga anggota polis, seorang saksi kejadian dan anak lelaki Abdul Aziz bagi membantu siasatan.
TEHERAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam terselamat daripada ancaman bunuh apabila sebutir bom tangan buatan sendiri dilempar ke arah konvoi kenderaannya ketika beliau melakukan lawatan ke bandar raya Hamadan di barat Iran, kata sumber daripada pejabatnya.
Ahmadinejad dikatakan mempunyai musuh di kalangan golongan konservatif dan reformis di republik Islam itu serta di luar negara.
Stesen televisyen Al Arabiya berkata, penyerang terbabit melemparkan sebutir bom pada konvoi Ahmadinejad sebelum ditahan.
Stesen televisyen yang berpangkalan di Dubai itu memetik sumbernya sendiri sebagai berkata, bom berkenaan terkena kenderaan yang membawa wartawan dan kakitangan pejabat Presiden.
Ahmadinejad kemudian muncul di kaca televisyen di stadium sukan di Hamadan. Beliau kelihatan sihat dan tidak membuat sebarang ulasan mengenai serangan itu.
Dalam ucapannya pada sidang ekspatriat Iran di Teheran Isnin lalu, Ahmadinejad berkata, beliau percaya menjadi sasaran komplot pembunuhan oleh Israel.
“Zionis yang bodoh itu mengupah orang untuk membunuh saya,” katanya.
Ahmadinejad baru-baru ini cuba memencilkan puak politik lawannya dengan mengisytiharkan bahawa rejim berkenaan hanya mempunyai sebuah parti, iaitu Velayat – dan merujuknya kepada Imam Syiah, kini diwakili pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Laporan agensi menyatakan Ahmadinejad suka melakukan lawatan ke seluruh negara bagi menyampaikan ucapan provokatif dan gemar mendengar laungan ‘matilah musuh Iran’ di kalangan penyokongnya. – Reuters
SIAPA yang tidak kenal pelakon, pengacara dan model, Wardina Safiyyah Fadlullah yang sentiasa kelihatan anggun bergaya. Wardina yang kini turut berjinak dalam penulisan buku keibubapaan dan kanak-kanak juga dikenali sebagai antara personaliti yang mengamalkan penyusuan eksklusif untuk anaknya. Ibu muda kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi itu menganggap hak seorang anak daripada ibunya sejurus dilahirkan adalah penyusuan badan. “Saya akui, menyusu badan sebenarnya bukan mudah, hanya mereka yang bersungguh sahaja boleh berjaya,” katanya. Bagi anak kacukan Australia dan Acheh ini, kesungguhan ibunya menyusukan beliau dan adik-beradik ketika kecil menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan tabiat baik itu. Sehingga kini, anak bongsunya, Imran yang berusia setahun 10 bulan masih menyusu secara eksklusif dan belum meneguk susu formula. Wardina mengakui menyusu menjadikan beliau mudah kembali kepada bentuk asal badan sebelum mengandung dan tiada sebab untuk dia berasa malu. “Jika ada ibu yang berpendapat menyusu menjadikan fizikal mereka tidak cantik, bagi saya ibu itu sangat pentingkan diri sendiri dan dia bukan ibu yang sejati,” katanya. Baginya, menjadi ibu bukan sekadar melahirkan, malah tanggungjawab mereka melebihi daripada itu. Dan tentunya tanggungjawab pertama yang dipikul oleh seorang wanita saat dia bergelar ibu adalah menyusu. Wardina sama sekali tidak berasa segan atau malu untuk menyusukan bayinya di khalayak. Bagi wanita bertudung sepertinya, itu satu kelebihan yang memudahkan lagi dia menyusu anaknya walau di mana sahaja. “Walaupun pada awalnya kita berasa sedikit leceh dan tidak selesa, namun lama-kelamaan perasaan itu hilang bila ia menjadi kebiasaan. “Saya menganggap menyusu dan menyediakan stok susu sebahagian daripada rutin harian seperti solat. Jika sudah biasa, kita tidak akan rasa terbeban,” katanya yang masih mengamalkan sesi mengepam susu hingga kini bagi menggalakkan pengalirannya. Demi menambah pengetahuan dalam bidang penyusuan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sanggup mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 18 jam. Ibu jelita itu turut berkongsi maklumat mengenai penyusuan dalam buku nukilan yang bertajuk “Mama, saya lapar...” yang diterbitkan baru-baru ini. “Saya rasa ilmu yang baik harus dikongsi bersama. Kerana itu saya mengambil keputusan menghasilkan buku sedemikian dalam usaha menghebahkan kebaikan susu ibu,” katanya.
BERBOHONG atau menipu hadir dalam hampir setiap perhubungan. Apa yang membezakan hanya sebesar mana bohong tersebut atau hanya sekadar apa yang disebut 'bohong sunat'.
Lazimnya, sukar untuk mengenal pasti seseorang itu bercakap bohong. Namun terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengetahui sama ada si dia bercakap benar atau bohong
1. Tekaknya jadi kering
Menyembunyikan sesuatu agar tidak diketahui orang lain boleh membuatkan seseorang berasa gugup dan tubuhnya dalam keadaan tidak senang duduk.
Presiden Institut Bahasa Tubuh Amerika Syarikat (AS) dan penulis buku, You Say More Than You Think, Janine Driver, berkata, penyelidikan mendapati bahawa apabila rahsia yang disembunyikan itu terlalu besar sehingga membuatkan individu tersebut risau akan kehilangan sesuatu yang penting jika didedahkan, membuatkan otot esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) akan mula mengecut menyebabkan tekak kering.
"Jadi jika dia mula kerap menelan air liur ketika bercakap, dia sebenarnya cuba untuk melonggarkan otot tekak.
"Beri perhatian pada tajuk perbualan dan anda mungkin akan dapat sedikit bayang apa rahsia yang si dia cuba sembunyikan."
2. Secara tiba-tiba mahu lebih kerap melakukan seks
Memang mungkin suami berada dalam mood untuk hubungan intim tetapi keinginan seks yang mendadak juga boleh jadi petanda sesuatu yang tidak kena.
Ahli psikologi di Florida Amerika Syarikat, Krista Bloom berkata, seorang lelaki yang menyembunyikan sesuatu tidak mahu atau akan mengelak untuk terbabit dalam perbincangan yang beremosi kerana dia takut kalau-kalau terlepas cakap dan rahsia terbongkar.
"Sebaliknya, disebabkan dia menyayangi anda, dia akan mencari jalan untuk mengisi 'kekosongan' dengan anda itu secara fizikal," katanya.
Namun memandangkan terdapat pelbagai perkara yang boleh mencetuskan dorongan seks, jangan tuduh si dia tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.
3. Beri banyak maklumat
Jangan terpedaya oleh si dia yang memberi terlalu banyak maklumat remeh-temeh mengenai di mana dia berada atau apa yang dia lakukan.
Pada mulanya ia mungkin kelihatan disebabkan dia banyak memberi penjelasan maka dia boleh dipercayai. Tetapi sebenarnya dia mungkin cuba untuk menutup 'tembelangnya'.
Jika dia bercerita dan anda dapati dia membebel perkara-perkara yang tidak berkaitan atau kurang penting, itu adalah tanda amaran.
Sangkaan ini kemungkinan besar betul jika anda dapat kesan apabila percakapan si dia banyak terhenti-henti (pause) kerana ini bermakna dia cuba untuk mereka lebih banyak fakta.
Cuba fikir secara logik apabila kita bercakap jujur, kita sebenarnya tidak bercakap hingga terlalu terperinci - seperti nama pelayan yang melayan atau warna dinding kedai mamak tersebut - kerana ia bukan kebiasaan dalam kehidupan harian.
4. Tangannya masuk poket
Cuba perhatikan betul-betul apa yang dilakukan dengan tangannya jika anda dapat rasakan si dia cuba menyembunyikan sesuatu.
Apabila seseorang tiba-tiba menyembunyikan tangannya atau menyentuh dari satu anggota badan ke satu anggota badan lain seperti memegang lehernya, ia mungkin cara si dia cuba untuk menenangkan diri.
Tetapi berhati-hati kerana sesetengah lelaki memang gemar memasukkan tangannya dalam poket ketika berdiri.
TAJUK-TAJUK BERITA L
PUTRAJAYA 3 Ogos - Seorang bekas pekerja kilang berusia 45 tahun terpaksa menghabiskan usia tuanya dalam penjara setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 37 tahun kerana meliwat rakan sekerjanya, tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar hukuman sebatan terhadap duda beranak dua, Abdullah Mohd. Isa dikurangkan daripada 30 kali kepada 15 kali.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hasan Lah yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Sulaiman Daud memutuskan demikian sebulat suara setelah menolak rayuan akhirnya.
Abdullah pernah dihukum penjara 28 tahun dan dikenakan sebatan 12 kali atas tiga kesalahan rogol pada 1988. Dia selesai menjalani hukuman itu pada 2000.
Pada 30 Jun 2006, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintah Abdullah menjalani hukuman penjara 37 tahun setelah mendapatinya bersalah atas tiga tuduhan meliwat pemuda tersebut yang ketika itu berusia 18 tahun.
Hakim Azimah Omar memerintah lelaki itu menjalani hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali bagi tuduhan pertama serta penjara 17 tahun dan sebatan 10 kali bagi tuduhan kedua. Kedua-duanya berjalan serentak.
Sementara bagi tuduhan ketiga, dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan 10 kali tetapi hukuman tersebut berjalan secara berasingan dengan dua yang lain.
Hari ini, Abdullah yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengetepikan sabitan dan mengurangkan hukuman yang dihadapinya.
Bagaimanapun, ia dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Munahyza Mustafa yang memohon hukuman asal dikekalkan.
Abdullah didapati bersalah melakukan ketiga-tiga perbuatan tersebut antara pukul 10.30 dan 12 tengah malam pada 8, 10 dan 12 Julai 2003 di sebuah rumah di Jalan Pelangi 12, Taman Pelangi, Rawang dekat sini.
Rekod kesalahan lampau mendapati Abdullah melakukan jenayah seksual iaitu mencabul kehormatan seorang wanita di Sekinchan, ketika usianya 18 tahun diikuti penjara 28 tahun kerana tiga kesalahan rogol pada 1988.
Selesai menjalani hukuman pada 2000, seleranya bertukar songsang dengan meliwat pula rakan sekerja yang juga teman sebiliknya.
Dia disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina kurang memberi sambutan terhadap kempen banci kebangsaan yang sedang berlangsung sekarang adalah akibat persepsi kononnya kempen itu bertujuan untuk mengetahui pendapatan mereka yang boleh dikenakan cukai.
Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, persepsi ini perlu diperbetulkan menerusi kempen publisiti yang lebih berkesan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
"Kebanyakan orang tidak tahu apa itu banci. Jadi bila pegawai banci muncul mendapatkan maklumat berhubung (antara lain) pendapatan mereka, mereka risau dan mempersoal sama ada yang datang itu pegawai banci atau pegawai cukai pendapatan," katanya kepada Bernama.
Pheng berkata maklum balas ini telah disampaikan kepada jabatan berkenaan semasa pertemuan mereka Isnin lepas bila jabatan itu menemui Hua Zong memintanya membantu mendapatkan respons yang lebih baik daripada masyarakat Cina terhadap kempen tersebut.
Selain itu, Pheng berkata Hua Zong juga mencadangkan kepada jabatan itu beberapa strategi bagi mendapatkan respons lebih baik termasuk mengambil lebih ramai petugas yang boleh bertutur bahasa Cina dan interbiu dijalankan selepas waktu pejabat bila kebanyakan tuan rumah sudah pulang.
Beliau menggesa masyarakat Cina memberi kerjasama penuh terhadap banci itu.
Kempen tersebut yang dilancarkan pada 7 Julai lepas, akan berakhir pada 22 Ogos
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Berdasarkan kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, lokasi melihat anak bulan tahun ini adalah sama seperti dilakukan setiap kali upacara itu diadakan.
Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen.
Mollie, 56, yang menerima ijazah daripada Pro Canselor UM, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada sidang kedua, berulang-alik dari Johor Bahru ke sini setiap hujung minggu untuk mengikuti kuliah.Beliau yang ditemani suami, Mohamed Mokhtar, anak dan menantu pada majlis itu menganggap penat dan susah payah mencari ilmu hanyalah cabaran.“Suami dan rakan banyak memberi dorongan dan ada antara mereka yang mahu mengikut jejak. Saya berharap usaha ini menjadi contoh, terutama kepada golongan tua supaya menepis tanggapan menuntut ilmu hanya pada usia muda.
“Kini, peluang menyambung pelajaran melalui program jarak jauh terbuka luas, justeru perlu dimanfaat mereka yang tidak berpeluang ke universiti.
“Disiplin sangat penting jika mahu berjaya kerana kita perlu pandai membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya. Alhamdulillah berkat disiplin yang saya amalkan berjaya membuahkan hasil,” katanya.
Mollie berkata, sepanjang dua tahun pengajiannya, beliau tidak pernah kedekut ilmu malah sentiasa berkongsi dengan mereka dan pensyarah.
![]() |
| Penghayatan peserta adalah perlu untuk memantapkan diri mereka dengan ilmu berkaitan rumah tangga. - Gambar hiasan |
KAK, ajarkan saya macam mana nak baca doa Qunut? Saya ingat, ingat lupalah! Tolonglah kak, kalau saya tak lepas baca doa itu, nanti saya tak dapat sijil, malu saya…”
Itulah antara pengalaman yang sehingga kini masih segar dalam ingatan apabila seorang wanita peserta kursus Pra-Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor tidak lama dulu.
Ia berlaku sebelum para peserta, terdiri daripada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan ditasmik atau diuji ingatan oleh ustaz dan ustazah mengenai bacaan dalam solat.
Ini untuk melayakkan mereka menerima sijil yang cukup bermakna bagi pasangan yang ingin berumah tangga.
Semua dilakukan hanya kerana sekeping sijil. Bukan kerana malu kepada tuhan.
Namun bantuan dihulurkan juga sebagaimana yang diminta.
Begitulah sebahagian realiti apabila kita bercerita mengenai kursus yang ‘wajib’ diambil dan dilalui bagi bakal pengantin.
Tanpa sijil yang diperkenalkan sejak awal 1990-an itu, tidak mungkin mereka akan berjaya melangkah masuk ke gerbang perkahwinan.
Maknanya, hingga ke hari ini sudah ratusan ribu ‘graduan’ kursus praperkahwinan dilahirkan.
Mereka sudah pastinya mempunyai matlamat perkahwinan yang sangat murni, iaitu untuk membina rumahtangga yang kukuh dan utuh.
Perkahwinan itu pula penuh dengan kebahagiaan dan kasih sayang dan sehingga ke akhir hayat tidak akan ada kesudahan. Ini kerana, perkahwinan adalah untuk selamanya!
Kalau pun ada di tengah-tengah pelayaran ribut membadai, hasil daripada kursus tersebut sepatutnya boleh dijadikan penyelamat dalam memastikan rumah tangga bertahan dan mereka tahu mencari jalan penyelesaian.
Begitu pun kita kini terganggu dengan angka-angka perceraian dan berita-berita tidak lagi tidak sebumbung dan tidur sekatil di kalangan umat Islam dalam jumlah yang agak membimbangkan.
Malah ada jumlah yang tinggi melibatkan pasangan yang bercerai dalam tempoh satu ke lima tahun berumahtangga (rujuk statistik) iaitu hampir 40 peratus.
Apakah maknanya ini? Terkadang masih di alam bulan madu, inai masih merah di jari tetapi pasangan seperti tiada pilihan kecuali bercerai. Sedangkan kursus pra perkahwinan seperti baru semalam dilalui.
Pengerusi sebuah pusat kursus praperkahwinan swasta, Zura Akademik, Mohamed Nor Mohamed, 69, berkata, ibu bapa zaman dahulu walaupun tidak mengikuti sebarang kursus, hidup kekal sepanjang hayat hanya maut yang memisahkan.
Bukan itu sahaja, tanah berhektar-hektar pun boleh dibeli untuk diwariskan kepada anak-anak. Tetapi itu tidak berlaku pada anak-anak hari ini, mengapa?
“Wajib mengambil kursus praperkahwinan kadang kala buat syarat sahaja. Mereka bukan hadir untuk menimba ilmu,” jelasnya.
Zura Akademik yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu telah melalui pelbagai pengalaman dalam berhadapan para peserta kursus yang ingin berkahwin.
Kata beliau, pihaknya hanya menyediakan tempat kursus sementara modul, fasilitator serta penceramah disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).
“Jadi kita tidak pernah lari daripada peraturan dan syarat yang ditetapkan. Daripada semasa ke semasa kita juga sentiasa dipantau,” katanya.
Maka tidak sepatutnya timbul cerita pusat-pusat kursus yang mengambil untung sahaja tetapi tidak menawarkan kursus secara berkesan.
Ini kerana di Wilayah Persekutuan terdapat lebih 100 pusat kursus pra perkahwinan swasta dengan bayaran tertentu.
“Tetapi yang benar-benar beroperasi mungkin kurang daripada itu. Yang lain mungkin ditutup atau menghadapi masalah.
“Jabatan agama pula telah memberi amaran dan mengambil tindakan. Maka pusat-pusat yang masih beroperasi pada hari ini menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan,” katanya.
Lalu apabila berlaku juga keruntuhan rumah tangga dan perceraian selepas menjalani kursus praperkahwinan maka adakah wajar kursus tersebut dipersalahkan?
Mohamed Nor berkata, adalah tidak adil meletakkan kesalahan 100 peratus kepada kursus tersebut.
“Lagipun kursus ini hanya berlangsung 13 jam sahaja sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan sijil.
“Untuk 13 sahaja, apa sahaja yang kita perolehi? Sedangkan ilmu rumah tangga adalah terlalu luas dan perlu sentiasa dipelajari selagi kita bergelar suami isteri,” jelasnya.
Namun Mohamed Nor sentiasa menegaskan kepada para peserta kursus bahawa apa yang mereka lalui dalam kursus hanyalah perkara asas.
Justeru tidak boleh dijadikan jaminan mengekalkan rumah tangga yang bahagia.
“Sebabnya, selepas ini perlu masih banyak belajar, sama ada melalui bahan cetak, belajar daripada pasangan yang lain, belajar daripada ibu bapa mahupun alam di samping sentiasa menjaga solat dan berdoa agar rumah tangga yang dibina tidak runtuh menyembah bumi,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan ada keperluan diperkenalkan kursus lepas kahwin atau pasca perkahwinan.
“Ini kerana banyak faedah dan manfaat yang boleh pasangan perolehi. Elok-elok hendak bercerai tidak jadi bercerai, yang bahagia akan semakin bahagia.
“Maka kerajaan perlu memikirkan apakah insentif yang sesuai bagi menggalakkan pasangan suami isteri menyertai kursus seperti ini,” katanya.
SUNGAI BULOH: Siapa tembak siapa? Itulah persoalan yang cuba dirungkai polis berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, dalam kenderaan dipandu mantan Yang Berhormat (YB) itu di Kilometer 455.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam. “Terdapat dua peluru yang masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga bekas peluru yang sudah digunakan di dalam chamber. Saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Anak bongsu Abdul Aziz, Mohd Anis Hisham, 33, berkata dia mengetahui kemalangan menimpa bapanya sekitar jam 12 tengah hari, selepas mendapat panggilan telefon daripada rakannya lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum ke Bilik Mayat Hospital Sungai Buloh.
MAUT...anggota polis memindahkan mayat Abdul Aziz ditemui mati ditembak dalam kenderaannya, pagi semalam.
Difahamkan, kereta berkenaan yang dipandu Abdul Aziz adalah milik Siti Rohana. Ibu tunggal beranak empat itu aktif dalam politik dan pernah menjadi pembantu peribadi kepada Abdul Aziz dan kini Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi semalam, petugas lebuh raya mulanya menyangka mangsa terbabit dengan kemalangan biasa, namun terpaksa memanggil polis sejurus mendapati punca kematian kedua-dua penumpang kereta berkenaan akibat kesan tembakan.
Susulan itu, sepasukan anggota polis unit Forensik Selangor bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta berkenaan dan senjata itu kini dihantar ke makmal forensik untuk siasatan lanjut.
“Mungkin ia kes pembunuhan atau sebaliknya. Adalah baik sekiranya polis melakukan siasatan lebih rapi terlebih dulu,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Saya masih tidak dapat memastikan sama ada bapa saya mati ditembak atau sebaliknya. Apa yang saya tahu, dia sememangnya memiliki lesen senjata api selain menyimpan sepucuk pistol model revolver .38.
“Senjata api terbabit yang digunakan untuk tujuan keselamatan kerap dibawa bapa sejak dia menjadi Adun antara 2004 hingga 2008,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati sanak-saudara mangsa serta beberapa ahli politik termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Azeez Abdul Rahim, berada di pekarangan bilik mayat HSB bagi menziarahi mangsa dan mengetahui punca sebenar kejadian.
Menurut Mohd Anis, dia hanya mengetahui bapanya ditemani Siti Rohana dalam perjalanan ke Tanjung Karang dari Petaling Jaya bagi menghadiri aktiviti yang dijalankan Umno bahagian berkenaan.
Anggota Exco Pemuda Umno Malaysia itu berkata, kali terakhir dia berjumpa ayahnya awal pagi semalam sebelum keluar meninggalkan rumah yang didiami bersama keluarga di Shah Alam.
“Kami bersarapan bersama sebelum membaca akhbar di ruang tamu sebelum keluar untuk urusan masing-masing. Ayah saya adalah mentor saya dan dalam karier politiknya dia disegani semua lapisan masyarakat di kawasannya,” katanya.
Menurutnya, Abdul Aziz kini memegang jawatan sebagai Bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dan banyak menghabiskan masa dengan kerja kebajikan.
Difahamkan, selain Mohd Anis, mangsa meninggalkan dua lagi anak iaitu Nor Azila, 40, dan Nor Azian, 37, serta empat cucu.



