Dasar Keluarga Negara yang baru sahaja diluluskan kebinet (DKN) baru-baru ini mewajibkan semua perancangan pembangunan mengambil kira perspektif keluarga dalam setiap urusannya. Penggubalan dasar berkenaan nyata membeti impak yang positif bagi memastikan kesejahteraan keluarga dapat diintegerasikan dalam setiap aspek pembangunan, sekaligus menjadi panduan untuk pembangunan sisioekonomi, perundangan dasar, prosedur penguatkuasaan undang-undang dan peraturan. Jika sebelum ini ia kurang diberi perhatian namun setelah dasar ini diluluskan maka tidak mustahil aspirasi negara akan dicapai dengan jayanya, ditambah pula dengan penglibatan ahli keluarga. Keprihatinan kerajaan terhadap institusi kekeluargaan jelas terbukti dengan wujudnya dasar tersebut, kerana difahamkan selepas ini pihak pemaju perumahan perlu menyediakan keperluan lif di setiap rumah pangsa biarpun mempunyai empat tingkat sahaja. Selain itu, pusat-pusat membeli belah juga perlu mewujudkan sebuah bilik khas di tandas bagi menukar lampin pakai buang anak-anak mereka. Mungkin dahulu, keperluan seperti ini kurang diberi penekanan, tetapi sekarang ia menjadi salah satu perkara wajib yang perlu dilakukan. Para majikan juga tidak terlepas dari dasar yang telah dibentangkan. Mereka diminta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak bagi memudahkan ibu bapa memantau keselamatan anak-anak mereka selain memberi cuti kecemasan untuk menjaga anak-anak yang sakit. Perkhabaran yang diterima ini pasti menggembirakan banyak pihak terutamanya pasangan suami isteri yang bekerja. Selain sibuk dengan urusan di pejabat, mereka masih diberi keutamaan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga masing-masing. Dari aspek kesihatan, prasarana ataupun aktiviti sosial, penglibatan ahli keluarga pasti dititikberatkan. Peluang bertemu Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini memberi peluang kepada penulis untuk mengupas lanjut mengenai isu Dasar Keluarga Negara Beri Impak Positif Kepada Masyarakat di Malaysia. Ikuti tinjauan yang dilakukan oleh penulis kepada beberapa individu mengenai topik yang diutarakan. Perlaksanaan dasar mengeratkan hubungan kekeluargaan “Kalau boleh kami ingin pastikan dalam apa jua dasar atau program pembangunan yang dilaksanakan, perspektif keluarga perlu diutamakan. Berdasarkan kajian, 30 peratus penduduk di negara ini masih tergolong sebagai ‘keluarga muda’. Sekiranya tidak dibantu, tidak mustahil keluarga-keluarga muda ini, hilang arah tujuan sekali gus menambah bilangan kes-kes perceraian selain meningkatkan peratusan gejala sosial yang semakin menular sejak kebelakangan ini. Di sinilah baru diketahui peri pentingnya Dasar Keluarga Negara. Apabila undang-undang telah ditetapkan maka agak payah untuk ia dilanggar begitu sahaja. “Kes yang sama juga berlaku kepada ibu-ibu bekerja yang terpaksa berhenti kerana masalah penjagaan anak. Kebimbangan anak berada di bawah penjagaan pengasuh serta pembantu rumah menyebabkan mereka mengambil keputusan nekad untuk meletak jawatan, sedangkan negara masih memerlukan khidmat dari ibu-ibu ini. Apabila berlakunya perkara sebegini, negara kerugian banyak tenaga kerja mahir yang sebenarnya sangat berpotensi untuk mengangkat produktiviti dan kemajuan Malaysia. Dengan adanya dasar yang baru diluluskan kerajaan ini maka ‘nasib’ ibu-ibu bekerja lebih terjamin. Pasti tiada lagi kebimbangan tentang keselamatan anak masing-masing apabila wujudnya pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja mereka. Malah anak-anak ini juga akan lebih memahami bentuk kerja ibu atau ayah mereka sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin. Begitu juga dengan penglibatan syarikat sendiri. Perlaksanaan Hari Keluarga berbentuk sukaneka, minum petang dan sebagainya juga secara tidak langsung menyumbang ke arah memajukan dasar yang telah diwujudkan. Terasa berbaloi kerana setelah berhempas pulas bekerja, majikan memberi pula ‘ganjaran’ kepada pekerja dan ahli keluarga melalui aktiviti tersebut.
Jelas Dato’ Aminah Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah LPPKN, dasar tersebut asalnya digubal bagi mengukuhkan sekali gus memantapkan institusi kekeluargaan melalui penggemblengan iltizam serta sokongan dari semua pihak bagi menyediakan dasar perundangan, program, perkhidmatan, kemudahan serta persekitaran yang mesra keluarga. Dengan adanya dasar seperti ini, usaha-usaha yang dilakukan kerajaan khususnya LPPKN sendiri mampu kekal lebih lama sekali gus memberi ‘keuntungan’ kepada setiap masyarakat.
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
January
(24)
- Semangat 'Terengganu Nelang' senjata
- Murid dirotan hingga terkencing
- Mesir tutup Internet, telefon bimbit
- 75 rebut hadiah RM125,000
- Pemuda tikam bapa alami delusi
- Tiada Bukti Jelas Menunjukkan Kematian Aminulrasyi...
- Sijil Cuti Sakit Suami:Sila Rujuk Doktor, Kata Cik...
- Wujudkan Semangat Kekeluargaan Dalam Masyarakat Vi...
- Bekas peguam, Pathmanabhan A/L Nalliannen (tengah)...
- Takdir manusia ditulis sejak dalam rahim
- Kahwin Bukan Nak Tutup Status Seksual - Awal
- Penipuan Internet: Tiga Rakyat Tempatan Rugi Lebih...
- Empat beradik mangsa bapa baran dirawat
- Kurangkan komplikasi semasa meneran
- Duda tak serik
- 10 alasan untuk berpisah
- Suspek tikam bayi direman hingga 7 Feb
- Hari Valentine Bertentangan Dengan Syariat Islam
- Paksa anak yatim cari dana
- Bayi Perempuan Dua Hari Dibuang Di Hospital Seremban
- Di sebalik tirai kelambu
- Bermadu kena bijak, matang
- Azam mendidik anak
- Kes Bunuh Sosilawati Disebut Semula 24 Februari
-
▼
January
(24)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
Wujudkan Semangat Kekeluargaan Dalam Masyarakat Visi dan Misi DKN Semakin Jelas
Posted by
azsy
28 January, 2011