BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, Khamis, menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada Ogos tahun lepas. Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan meminta penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan dan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes dua lagi pekerja Pathmanabhan, K.Sarawanan dan U.Suresh yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat keempat-empat mangsa. Pada 13 Oktober tahun lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas. Pada 15 Oktober tahun lepas, Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, mengaku bersalah di mahkamah yang sama berhubung dakwaan menghilangkan bukti dengan membakar mayat keempat-empat mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat disini, antara 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lepas. Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili kesemua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan masih belum menerima sebarang dokumen berkaitan kes itu daripada pihak pendakwaan. Justeru beliau meminta jaminan agar pihak pendakwaan menyerahkan kepada mereka dokumen berkenaan pada Isnin ini ketika pendengaran rayuan dan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengendalikan pendakwaan berkata pihaknya akan menyerahkan sebahagian dokumen berkenaan seperti yang diminta oleh pihak pembelaan. Hurman kemudian berkata beliau tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan kes itu dan bercadang untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Amer Hamzah berkata beliau juga ingin agar kes itu dipindah ke mahkamah tinggi tetapi peruntukan undang-undang tidak mengizinkan untuk berbuat demikian memandangkan pihak pendakwaan masih belum menyerahkan surat izin untuk memindahkan kes kepada mahkamah. "Saya tahu tuan amat kecewa," kata Amer Hamzah dan Hurman menjawab: "Saya tidak kecewa tetapi tidak gembira." Peguam Pushpa Ratnam yang juga mewakili kesemua tertuduh pula memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum menerima salinan laporan polis yang dibuat oleh anak guamnya, Khatavarayan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat. "Kami juga baru dimaklumkan oleh Thilaiyagan dan Matan bahawa mereka telah dipukul dalam penjara. Kami telah maklumkan kepada pihak penjara bahawa anak guam ingin membuat laporan polis," katanya. Hurman kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes dan meminta agar pihak Jabatan Peguam Negara membantu menyelesaikan isu itu. -
Facebook Badge
Welcome
District (called Daerah) in Terengganu:
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
January
(24)
- Semangat 'Terengganu Nelang' senjata
- Murid dirotan hingga terkencing
- Mesir tutup Internet, telefon bimbit
- 75 rebut hadiah RM125,000
- Pemuda tikam bapa alami delusi
- Tiada Bukti Jelas Menunjukkan Kematian Aminulrasyi...
- Sijil Cuti Sakit Suami:Sila Rujuk Doktor, Kata Cik...
- Wujudkan Semangat Kekeluargaan Dalam Masyarakat Vi...
- Bekas peguam, Pathmanabhan A/L Nalliannen (tengah)...
- Takdir manusia ditulis sejak dalam rahim
- Kahwin Bukan Nak Tutup Status Seksual - Awal
- Penipuan Internet: Tiga Rakyat Tempatan Rugi Lebih...
- Empat beradik mangsa bapa baran dirawat
- Kurangkan komplikasi semasa meneran
- Duda tak serik
- 10 alasan untuk berpisah
- Suspek tikam bayi direman hingga 7 Feb
- Hari Valentine Bertentangan Dengan Syariat Islam
- Paksa anak yatim cari dana
- Bayi Perempuan Dua Hari Dibuang Di Hospital Seremban
- Di sebalik tirai kelambu
- Bermadu kena bijak, matang
- Azam mendidik anak
- Kes Bunuh Sosilawati Disebut Semula 24 Februari
-
▼
January
(24)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-