LABUAN: Tiga rakyat tempatan, termasuk dua wanita rugi RM567,230 didakwa ditipu kenalan yang dikenali dalam laman web sosial Facebook dan blog yang merupakan kes pertama di pulau itu. Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran berkata dua wanita yang terbabit merupakan seorang jururawat dan seorang penasihat institut pengajian tinggi kerugian, sementara seorang lelaki merupakan kakitangan kerajaan. Jururawat itu ditipu RM430,000 pada 18 Nov lepas, kaunselor itu ditipu RM130,430 pada 21 Januari lalu dan penjawat awam pula kerugian RM6,800 pada 22 Januari lepas, katanya kepada Bernama di sini, Khamis. Beliau berkata modus operandi penipuan itu memakan masa hampir setahun dengan menggunakan taktik pujuk rayu sehingga mangsa tanpa berfikir panjang memasukkan jumlah duit yang agar besar ke dalam akaun kenalan mereka ini. Sebaik menerima wang itu, kenalan baru mereka itu terus menghilangkan diri, katanya. Beliau berkata unit khas polis Labuan kini sedang mengesan pemegang akaun tersebut bagi membolehkan identiti dalang sindiket itu dikenal pasti. - BERNAMA
Battery Reconditioning
6 years ago