SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah bilik di pejabatnya yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Afdlin Shauki kelihatan begitu ralit menghadap komputer ribanya. Apabila diperhatikan Afdlin rupa-rupanya sedang khusyuk melayari beberapa laman web sambil melihat satu persatu miniatur permainan yang cukup menarik perhatiannya. Setiap satu diperhatikan dan dibaca dari segala aspek termasuklah tahun pembuatan, syarikat yang mengeluarkan sehinggalah kepada individu yang telah menghasilkan miniatur tersebut. "Inilah yang sering saya lakukan seandainya ada masa terluang. Memang tidak lengkap kalau tidak melayari laman web sebegini untuk mencari barang permainan baru untuk dijadikan koleksi terbaru saya," luah Afdlin membuka bicaranya pada pertemuan petang itu. Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa Afdlin sebenarnya mempunyai hobi yang sangat unik. Di sebalik kehidupannya sebagai pelakon dan pengarah dia sebenar gemar mengumpul patung permainan terutama yang terdiri daripada miniatur watak-watak popular. Kalau sesiapa mengunjungi pejabatnya, pasti akan tertarik dengan koleksi Afdlin yang memenuhi hampir setiap sudut ruang pejabatnya. Bukan sembarangan permainan yang dikumpul Afdlin kerana anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mengkhususkan koleksinya hanya kepada watak mahupun karakter dalam setiap filem yang menjadi kegemarannya. Sebutkan apa sahaja watak daripada filem Hollywood khususnya, boleh dikatakan semuanya ada dalam koleksi Afdlin termasuklah The Lord or the Rings, Batman, Edward Scissorshand, Iron Man, Spider Man, Buffy The Vampire Slayer, The X-Files, Star Trek, Transformers, Star Wars dan bermacam-macam lagi. Bukan itu sahaja, ikon seni unggul dunia seperti Marilyn Monroe, Frank Sinatra, Elvis Presley, The Beatles, Lucille Ball dan juga watak Scarlett O'Hara dalam filem epik, Gone With The Windjuga ada dalam koleksinya. Malah, kegilaannya terhadap siri komedi Monthy Phyton, Afdlin mempunyai miniatur kesemua watak-watak dalam siri itu dan juga watak Brad Pitt dalam Inglorious Basterds yang masih tersimpan rapi di dalam kotak. Cerita Afdlin, obsesinya untuk mengumpul miniatur watak-watak popular itu timbul sejak dia di bangku sekolah lagi. Ketika itu, katanya, pada tahun 1977 sewaktu filem pertama Star Wars mula menjadi kegilaan ramai. "Saya hanya mampu melihat pelajar yang lain membawa permainan Star Wars ke sekolah dan bermain bersama rakan-rakan. "Kalau saya mahu beli permainan sama seperti mereka, memang tidak mampu kerana saya bukannya dari keluarga yang kaya. "Bermula detik itu, saya berjanji kepada diri saya bahawa satu hari nanti saya juga mampu untuk memiliki permainan sama seperti mereka. "Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan daripada hasil titik peluh sendiri, saya kini mempunyai koleksi seperti mana yang dapat dilihat hari ini," kata pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan itu rendah diri. Membalas dendam "Seperti mana hasil seni yang lain termasuk filem dan lagu, saya cukup kagum dengan kreativiti mereka yang mencipta dan menghasilkan watak itu. "Kita akan dapat melihat sendiri bagaimana halusnya hasil kerja mereka sehinggakan benda yang kecil pun kita akan dapat lihat betapa indah pembuatannya. "Secara tidak langsung, kita menghargai hasil kerja seni orang lain yang sebenarnya bertungkus-lumus untuk menghasilkannya dan memberikan kepuasan kepada mereka yang memilikinya," kata pengarah filem Buli dan Papadom itu sambil membelek miniatur watak Aragorn dari filem The Lord of the Rings . Menurut Afdlin, dia mengumpul apa sahaja patung watak daripada filem The Lord of the Rings . Baginya, sebagaimana hebatnya pembikinan filem epik trilogi arahan Peter Jackson itu, begitu jugalah halusnya pembuatan setiap permainan yang dikeluarkan untuk filem tersebut. Afdlin memberitahu, dia mula serius untuk memulakan hobinya itu sekitar tahun 1998 di mana ketika itu kerjaya seninya baru bermula. Disebabkan begitu taksub dan obses terhadap patung permainan dan filem, Afdlin pernah menghabiskan separuh daripada gajinya hanya untuk menyempurnakan hobinya itu. "Apabila sudah mula mempunyai duit sendiri, itulah masanya untuk saya 'membalas dendam' dengan membeli dan mencari meniatur yang saya rasa menarik untuk dijadikan koleksi. "Sehinggakan isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah membebel apabila mengetahui peruntukan besar yang saya ketepikan khusus untuk hobi saya. Katanya, lebih baik gunakan wang itu untuk perbelanjaan anak-anak. "Bukan itu sahaja, ketika saya begitu ghairah dengan minat saya itu, tiada seorang pun yang saya benarkan menyentuh setiap satu permainan saya walaupun anak-anak saya sendiri. "Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Kalau sesiapa yang mahu bermain atau membeleknya, saya benarkan. Saya sudah tidak kisah lagi," katanya sambil ketawa kecil. Melihatkan kepada koleksi permainannya itu, sempat juga Afdlin ditanya anggaran nilai keseluruhan dan sambil berseloroh, Afdlin menjawab: "Nilainya sampai boleh buat majlis kahwin dua tiga kali." Sebahagian besar permainan yang ada di pejabatnya itu dibeli dan ditempah oleh Afdlin daripada sebuah kedai yang menjual permainan seperti itu yang majoritinya diimpot dari Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong. Jika berpeluang ke luar negara, Afdlin pasti mencari dan membeli miniatur yang jarang ada di pasaran atau edisi terhad. Pada masa sama, Afdlin akan melayari laman web eBay untuk mencari mana-mana individu yang mahu menjual koleksi mereka. "Ada beberapa yang saya miliki memang edisi terhad di mana bilangan yang dihasilkan tidak banyak. Mungkin dalam 5,000 unit sahaja di seluruh dunia. "Sebagai contoh, patung Scarlett O'Hara itu saya beli dengan harga sekitar RM600 daripada seseorang yang ketika itu hendak berpindah dan mahu menjual barang permainannya. "Saya memang cerewet dalam bab ini dan saya hanya akan mencari yang unik serta sukar diperolehi di pasaran. "Jujurnya, permainan yang dihasilkan di kilang seperti mana yang kita dapat lihat di kedai permainan bukan pilihan saya. "Melainkan jika saya merasakan ia begitu bernilai untuk dibeli, barulah saya membelinya," jelas Afdlin.
Facebook Badge
Welcome
1. Kuala Terengganu
2. Marang
3. Hulu Terengganu
4. Dungun
5. Kemaman
6. Besut
7. Setiu
Tempat Menarik Di Terengganu
> Redang Island / Pulau Redang
> Perhentian Island / Pulau Perhentian
> Rhu Hentian Island / Pulau Rhu Perhentian
> Lang Tengah Island / Pulau Lang Tengah
> Bidong Island / Pulau Bidong "Lembah Bidong"
> Kapas Island / Pulau Kapas at Marang
> Gemia Island / Pulau Gemia
> Tenggol Island / Pulau Tenggol at Dungun
> Batu Buruk Beach / Pantai Batu Buruk
> Batu Rakit Beach / Pantai Batu Rakit "Teluk Ketapang"
> Merang Beach / Pantai Merang
> Penarik Beach / Pantai Penarik
> Bukit Kluang Beach / Pantai Bukit Kluang
> Kelulut Beach / Pantai Kelulut at Marang
> Rantau Abang Beach (turtle center) / Pantai Rantau Abang
pusat penetasan penyu
> Dungun Beach / Pantai Dungun di Sura Jetty
> Kemasek Beach / Pantai Kemasek
Blog Archive
-
▼
2011
(51)
-
▼
March
(9)
- Minat luar biasa Afdlin
- Bekas menteri tak sangka didakwa
- Hikayat Merong Mahawangsa, Filem Epik Terhebat Mal...
- Sistem bayaran kelam-kabut
- Makmal proses syabu diserbu
- Shuib Sepah kahwin Sarah
- Kes AminulRasyid: Koperal Jenain Diperintah Bela Diri
- 26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar
- Polis Buru Lelaki Larikan Peti Besi 100 Kilogram
-
▼
March
(9)
Bacaan harian
-
-
HTC One mini Review: Hands-On8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tinggal jejak anda
Dengar radio disini
PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kong Choy, 55, dituduh menipu Abdullah bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Bekas menteri itu didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini. Kesemua pertuduhan terhadap Kong Choy didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan tersebut. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan Kong Choy dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes. Kong Choy membayar wang ikat jamin itu. Dia yang ditemani isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan mereka meninggalkan mahkamah pada pukul 4.35 petang. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK TINGGAL 11 hari lagi, filem mitos Hikayat Merong Mahawangsa bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia. Tayangannya bermula 10 Mac depan. Lantas, perasaan teruja daripada peminat-peminat filem tempatan untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan filem epik pertama yang diterbitkan oleh KRU Studios Sdn. Bhd itu. Manakan tidak, menonton treler filem itu sahaja di laman Youtube telah membakar semangat sesiapa sahaja untuk meneruskan hajat menyaksikan filem tersebut apabila ia ditayangkan kelak. Dan yang pasti, si pengarahnya, Yusry Abdul Halim, pula turut berdebar menantikan reaksi atau respons masyarakat selepas menonton karyanya itu. Lebih-lebih lagi apabila ia akan ditayangkan ke 72 buah negara di bawah syarikat pengedaran filem antarabangsa, Epic Pictures, dari Amerika Syarikat (AS), dengan menggunakan judul The Malay Chronicles: Bloodlines. Sebelum ini, KRU Studios mengambil langkah pertama untuk memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara. Seperti yang diketahui, pembikinan filem yang diadaptasi daripada prosa Hikayat Merong Mahawangsa meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah ini bukanlah satu kerja yang mudah untuk disiapkan, sebaliknya ia memakan masa lebih daripada dua tahun untuk disiapkan. Tidak sanggup Sampai ke satu tahap, Yusry seperti tidak sanggup untuk meneruskan filem tersebut kerana penat dengan kajian yang dibuat. “Bayangkan, untuk pra-produksi sahaja ia mengambil masa setahun dengan pencarian kostum, barang-barang penggambaran (prop) dan pembinaan set termasuklah kapal. “Memang rasa macam nak ‘muntah’ dibuatnya lebih-lebih lagi ketika penggambaran filem ini berlangsung. Waktu itu rasa dah tak boleh nak terima. “Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Memang jangka masa penggambarannya juga agak lama. Mungkin kerana tenaga mental dan fizikal saya sudah habis dikerah, membuatkan saya rasa tak larat. “Tidak cukup dengan itu, pada pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun. Memang ia sangat meletihkan dan saya harap tenaga dan kreativiti yang dikeluarkan itu dapat dinikmati oleh penggemar-penggemar filem tempatan termasuklah antarabangsa. “Bagaimanapun, mungkin Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan filem epik terakhir saya arahkan,” ujarnya. Dalam filem tersebut, Yusry turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. “Walaupun sudah biasa dengan teknik CGI, filem ini memberi sedikit cabaran kepada saya apabila sebanyak 3,000 syot yang memerlukan teknik tersebut. “Saya beruntung kerana mempunyai 12 orang pembantu dalam menghasilkan CGI seperti yang dikehendaki. Setakat ini mereka dilatih di bawah saya,” tuturnya. Sedikit kecewa buat pengarah muda ini, pembelian prop pelbagai jenis senjata daripada pelbagai negara untuk kegunaan filem mitos itu terpaksa dilupuskan atas arahan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Ketika dalam pra-produksi, saya sudah mula mereka kostum dan ada sesetengahnya saya beli, begitu juga dengan peralatan senjata-senjata yang diperlukan dalam Merong. “Peralatan senjata yang dibeli daripada pelbagai negara seperti pedang merupakan senjata yang asli dan jika diasah, ia mampu mencederakan orang lain. “Justeru itu pihak KDN mengarahkan pihak kami untuk menghapuskan kesemua senjata yang berbahaya selepas tamat penggambaran. “Memang agak sedih dan kecewa apabila terpaksa melakukannya kerana saya sanggup menghabiskan sebanyak RM1,200 untuk sebilah pedang dan saya membelinya dengan jumlah yang banyak,” katanya. Tambah Yusry, filem sentuhannya itu lebih ke arah elemen realiti berbanding mitos sebenar yang banyak menyentuh mengenai Hinduisme dan Buddhisme agar tidak mengaitkan sensitiviti masyarakat Islam. Sinopsis Pada tahun 120 sebelum Masihi, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dengan memperluaskan pemerintahannya sehingga ke Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung perairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan mereka tidak pernah serik membayar saman trafik pada saat-saat akhir. Hari terakhir diskaun saman trafik ditawarkan sejak Ogos tahun lalu yang berakhir semalam menjadi bukti sikap negatif masyarakat negara ini. Gara-gara ribuan orang menyerbu pejabat pos dan balai polis semalam, keadaan kaunter-kaunter bayaran saman dikatakan kelam-kabut. Tinjauan Kosmo! di ibu kota mendapati sejak pukul 8 pagi, pejabat-pejabat pos diserbu oleh pesalah trafik yang mahu melunaskan saman mereka. Akibatnya sistem komputer rosak dan tidak berfungsi. Berikutan itu, ribuan pesalah trafik menyerbu balai polis berdekatan sehingga menyebabkan keadaan menjadi amat sesak dengan orang ramai. Tinjauan di beberapa lokasi seperti di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan Pejabat Pos Dayabumi di sini mendapati orang ramai yang sabar menunggu sejak pukul 8 pagi terpaksa ‘berputih mata’ untuk membayar saman masing-masing. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE, NIK NOORSUHAIDA AB KAHAR dan AZWANI ZAHARUDDIN
BALIK PULAU – Hasrat dua lelaki tempatan untuk hidup senang dengan memproses dan mengedar syabu sejak enam bulan lalu di Jalan Tun Sardon dekat sini berkubur apabila mereka ditahan petang kelmarin. Kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 6.30 petang oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD). Mereka ditahan di aras satu rumah teres dua tingkat yang disewa sejak dua tahun lalu itu ketika sedang leka memproses syabu. Mereka juga dipercayai melakukan operasi memproses pada waktu bekerja sahaja bagi mengelak dihidu polis. Ketika serbuan dilakukan, polis terpaksa memecahkan pintu termasuk memotong jeriji tingkap untuk memasuki rumah terbabit disebabkan kedua-duanya enggan memberi kerjasama. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Far Hin berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan intipan yang dilakukan pihaknya sejak dua bulan lalu. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
hasliza.nusi@kosmo.com.my
KESUKARAN memperolehi cinta penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah menambahkan lagi keazaman Shuib yang merupakan salah seorang anggota Sepah untuk menambat hati Sarah. Itu pengakuan yang dibuat oleh Shuib sendiri pada majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Jeumpa D'Ramo Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Menurut Shuib, tempoh setahun lebih perkenalan, percintaan antara mereka hanya berlangsung separuh daripada tempoh masa itu dan kerana kesukaran itulah yang menyebabkannya berani untuk melamar suri hatinya itu. "Sebab susah untuk dapatkan hatinya, saya berani untuk sampai ke tahap ini (perkahwinan) kerana susah untuk saya lepas dia. Dia seorang yang sangat susah untuk cakap sayang dan cinta pada seseorang," kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad. Tambah Shuib lagi, dia pernah berhenti di tepi lebuh raya, hanya untuk membuat pengakuan kepada Sarah yang dia benar-benar jatuh cinta kepadanya. Justeru, selepas sekali lafaz Shuib bergelar suami yang sah kepada Sarah, hanya perkataan syukur yang terluncur daripada bibirnya. Jelasnya lagi, Sarah merupakan orang yang tepat kerana dia berbeza daripada gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. "Sarah seorang yang utamakan hati dalam hubungan dan dia miliki sesuatu yang tidak dimiliki orang lain. Itu yang menyebabkan dia lain daripada yang lain. Dia sangat istimewa sehingga sukar untuk saya luahkannya dengan kata-kata. "Dia menjadikan saya orang yang lebih baik dan berfikir untuk masa depan. Bagi saya memang susah untuk saya jumpa dengan orang sepertinya," luah Shuib lagi. Shuib orang yang tepat Sarah yang kelihatan jelita pada majlis tersebut menjelaskan, perkataan cinta dan sayang bukan perkataan yang boleh diluahkan pada mana-mana lelaki kerana ia membawa makna yang cukup besar dalam dirinya. Selepas melihat kesungguhan dan kesabaran yang dimiliki Shuib telah mencairkan hati wanitanya, lantas dengan terbuka bersetuju untuk menjalinkan percintaan serius sehingga ke jinjang pelamin. "Shuib seorang yang sabar, jujur, telus dan bersungguh untuk miliki saya sebab itu saya memilih dia. Saya tidak mencari harta, status dan sebagainya kerana untuk mencari suami, saya mencari hati yang benar-benar menerima saya seadanya dan sentiasa bersama saya dalam waktu senang dan susah," jawab Sarah sambil tersenyum. Sambung penyanyi lagu Kesetiaan itu, hari pernikahan pada 26 Februari lalu merupakan satu hari yang istimewa buat mereka berdua dan ia berlangsung selepas mereka meneliti jadual kerja masing-masing. "Hari nikah ini memang istimewa tetapi tarikh ini dipilih selepas kami mencari satu tarikh yang kami tidak sibuk. Ia bukanlah tarikh kami mula bercinta atau ada maksud sebaliknya, kerana pernikahan ini terjadi begitu sahaja," tutur penyanyi yang memulakan kerjaya seni pada usia 16 tahun itu lagi. Apabila bercakap mengenai cahaya mata, pasangan yang masing-masing berusia 27 tahun itu, mereka tidak membuat perancangan kerana jika dikurniakan segera oleh Allah, mereka terima dengan hati yang terbuka. "Kalau cepat syukur Alhamdulillah, kalau lambat itu kehendak-Nya. Kami terima bila-bila masa sahaja kerana dengan usia saya sekarang, saya memang sudah bersedia untuk menjadi ibu," balas Sarah lagi. Mengenai lokasi berbulan madu pula, mereka telah mempunyai perancangan untuk berkunjung ke sebuah pulau tetapi disebabkan kesibukan kerja, agenda bulan madu terpaksa ditunda buat sementara waktu. "Memang kami hendak ke pulau tetapi saya sibuk dengan penggambaran dan dia pula telah mula berkerja pada 3 Mac, jadi memang tidak sempat. Bila ada kelapangan baru perancangan itu akan terjadi," ucap Shuib. Meskipun mereka merupakan pasangan pengantin baru, kedua-duanya akan kembali bekerja dalam masa yang singkat, oleh itu majlis resepsi mereka akan berlangsung selepas mendapat tarikh yang sesuai. "Shuib sibuk dengan penggambaran, tengoklah macam mana. Memang saya akan buat juga satu majlis resepsi jika tidak ada aral melintang akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini," beritahu Sarah. Disoal mengapa majlis pertunangan mereka sebelum ini berlangsung dalam keadaan tergesa-gesa dan secara sembunyi pada 16 November lalu, begitu juga dengan pernikahan yang berlangsung dalam tempoh yang singkat. Jawab Shuib: "Sarah pernah mempunyai sejarah (putus tunang), kerana itu saya lebih berhati-hati, takut melukakan hatinya lagi. Atas nasihat ibu bapa dan keluarga mertua, majlis pertunangan berlangsung dalam keadaan sederhana sahaja dan majlis pernikahan diadakan secepat mungkin." Dalam majlis pernikahan itu, Sarah yang menyarungkan pakaian pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat telah dinikah oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan dan Pembantu Hal Ehwal Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, Mohd. Nizar Mohd. Nadzir, manakala komposer terkenal yang merupakan kenalan rapat Sarah, Aidit Alfian bersama seorang lagi teman Sarah, Mohd. Ashraf Md. Yusof menjadi saksi penikahan itu. Selain lima dulang hantaran berbalas tujuh, Sarah turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin, bagaimanapun jumlah wang hantaran yang diterima Sarah dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak atas ia bersifat peribadi.
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, memerintahkan seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi untuk membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga, AminulRasyid Amzah dalam satu kejadian tembakan, tahun lalu. Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk dijawab oleh Jenain, 48. Beliau yang mendengar keterangan 39 saksi pendakwaan pada perbicaraan, menetapkan 14 dan 15 April depan untuk Jenain yang memilih memberi keterangan secara bersumpah membela diri. Pada penghakimannya, Latifah berpendapat bahawa Jenain yang bertugas di Ibu Pejabat Polis di sini mempunyai niat untuk melakukan kesalahan itu semasa melepaskan tembakan ke arah kereta Proton Iswara BET 5023 yang dipandu oleh AminulRasyid pada hari kejadian. “Sebagai seorang anggota polis, tertuduh wajar tahu bahawa apabila tembakan dilepaskan dan terkena pada sasaran, ia boleh menyebabkan kematian apatah lagi dalam kes ini, di mana tertuduh menggunakan senjata sub mesingan,” kata Latifah. Selain itu, beliau juga berpendapat, pada masa itu kereta yang dinaiki oleh AminulRasyid bersama seorang lagi kawan, Muhammad Azamuddin Omar, 16, tidak berada dalam keadaan yang boleh membahayakan keselamatan polis mahupun pengguna jalan raya yang lain. “Tembakan dilepaskan oleh tertuduh ke arah kereta dan keterangan menunjukkan semasa itu, kereta berada dalam keadaan terhuyung-hayang dan akan terbabas kerana telah tidak dapat dikawal. “Kelajuan kereta juga pada kadar antara 60 dan 70 kilometer sejam. Ini menunjukkan kereta tidak lagi membahayakan penggguna jalan kerana tiada kereta lain di tempat tersebut. Kawasan itu juga kawasan perumahan dan tiada tindakan dilakukan oleh kereta BET5023 ke arah kereta-kereta peronda,” katanya lagi. Latifah juga berkata, niat untuk Jenain melakukan kesalahan itu juga dapat dilihat melalui jumlah tembakan, iaitu sebanyak 21 das tembakan yang dilepaskan ke arah kereta milik kakak AminulRasyid yang dipandunya tanpa pengetahuan keluarga. Berdasarkan keterangan pakar patologi dari Hospital Besar Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Klang, dekat sini, Dr Khairul Azman Ibrahim, mangsa yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala daripada sebutir peluru. Jenain yang hadir dengan memakai kopiah, berbaju kemeja dan seluar slack hitam kelihatan tenang semasa mendengar keputusan itu manakala ibu AminulRasyid, Norsiah Mohamad, 62, dilihat mengesat air matanya semasa prosiding berjalan. Turut memenuhi galeri awam mahkamah ialah ahli keluarga dan rakan-rakan kepada Jenain dan AminulRasyid. Jenain dibicarakan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana didakwa menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, pada antara 1.10 dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini. Jika sabit kesalahan, bapa kepada empat orang anak itu boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan juga dikenakan denda. Barisan pendakwaan dibarisi oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani, Adilla Ahmad dan Siti Rohaida Che Ahmad manakala Jenain diwakili oleh peguam-peguam M. Athimulan, Salim Bashir, Halim Asghar dan K. Rajoo. Peguam N. Surendran pula hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa. Sementara itu, di luar mahkamah, Surendran berkata, keluarga AminulRasyid berpuas hati kerana kes tersebut akhirnya akan ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat pembelaan. “Apa yang kami mahukan adalah keadilan dan bukan dendam. Apa yang penting, hakim berkata kereta itu tidak lagi dalam keadaan agresif, sesuatu yang kami tekankan dari awal kes ini,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Supritendan (DSP) Lam Chien Fei berkata 20 buah kereta bagaimanapun berjaya diselamatkan manakala empat lagi rosak teruk dalam kebakaran pada 1 tengah hari itu.
"Gudang itu menyimpan 50 buah kereta Perodua Myvi dan Viva yang kesemuanya menunggu untuk dihantar kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dipercayai bermula di bahagian tengah sebelum merebak ke bahagian lain gudang.
Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong Pramnath Hariskisna berkata empat jentera bomba, masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Bukit Jalil dan Petaling Jaya bersama 50 anggota berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA
KEMAMAN: Sebuah peti besi seberat 100 kilogram mengandungi geran kenderaan dilarikan dari sebuah syarikat insurans dalam kejadian pecah masuk bangunan pejabat itu pada Ahad. Pemilik syarikat insurans berkenaan, Azmi Ismail, 43, berkata 15 keping geran pelbagai jenis kereta dan motosikal milik pelanggan dilarikan dalam kejadian itu. Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kejadian oleh pemilik premis bersebelahan pejabatnya di Jalan Da' Omar di sini, kira-kira pukul 5 pagi Ahad setelah menyedari pintu pejabat syarikat insurans itu dipecahkan. "Setelah pemeriksaan dibuat, saya dapati peti besi yang diletakkan di bawah meja berhadapan pintu yang dipecahkan telah lesap. "Turut dilarikan wang tunai sebanyak RM300 yang disimpan dalam peti besi itu, bagaimanapun barangan yang lain seperti komputer dan kamera video masih berada di tempat yang sama," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Katanya, laporan polis berhubung kejadian dibuat pada hari yang sama. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supteritendan Abdullah Sani Salat ketikadihubungi mengesahkan menerima laporan. Katanya, seorang suspek telah dikenal pasti bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan. - BERNAMA
PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009. Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan. Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam. Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT). "Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir. "Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. "Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac. "Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya. Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil. "Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini. "Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.Oleh THOMAS CHONG
KUALA TERENGGANU - Ditendang oleh seorang gadis dan akhirnya ditangkap polis; itulah balasan diterima seorang lelaki yang cuba meragut beg tangan pelajar remaja dalam kejadian di Kampung Paya Lasir, Kijal, Kemaman, petang kelmarin.
Bagaimanapun, akibat tindakan beraninya itu, mangsa berusia 18 tahun itu cedera dan melecur di betis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Darat Kijal, dengan menaiki motosikal.
Apabila sampai di Kampung Paya Lasir kira-kira jam 5.50 petang, tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki seorang lelaki menghimpit motosikal mangsa.
“Lelaki tersebut meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul. Mangsa bertindak melawan dan berlaku tarik menarik antara mereka.
“Berang dengan lelaki itu, mangsa menendang motosikal lelaki tersebut, menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh. Lelaki itu bingkas bangun dan cuba capai beg tangan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mangsa, yang tidak mahu menyerah kalah, bangun dan menarik beg tangannya dan pada masa yang sama, merentap beg pinggang lelaki berkenaan bagi mengelakkannya melarikan diri.
Adegan itu dilihat orang ramai yang kemudiannya datang membantu mangsa dan menangkap lelaki berkenaan.
“Mangsa melecur di betis kanan, bengkak di pergelangan kaki dan tumit dan mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.
“Suspek, yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kijal itu, ditahan reman selama empat hari sehingga 26 Februari.
PETALING JAYA: Pelawak Johan dan Zizan antara peserta yang bergabung tenaga bagi memberi saingan kepada peserta-peserta lain dalam sebuah program realiti pencarian pelawak terunggul daripada yang terhebat melalui program Maharaja Lawak bermula 1 April ini. Program yang bakal diacarakan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal itu turut menampilkan beberapa pelawak popular yang lahir dari program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima. Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani program realiti yang merupakan kesinambungan dari program Raja Lawak ini adalah bagi mengubati kerinduan peminat yang telah mengikuti program tersebut sejak musim pertama. "Program ini menggunakan format yang sama seperti program Raja Lawak dan menampilkan hampir semua juara dan finalis dari musim pertama hingga kelima untuk berentap merebut gelaran Maharaja Lawak. "Namun perbezaannya, para peserta bukan sekadar ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian penonton melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tetapi akan diadili dengan pemarkahan daripada pihak juri sebenyak 50 peratus," katanya pada majlis pelancaranMaharaja Lawak, di sini, Selasa. Tambah Nizam, kelongaran diberikan kepada peserta sama ada menyertai secara individu atau berkumpulan. "Kali ini kita lebih terbuka dan membenarkan mereka untuk tampil secara individu atau berkumpulan asalkan memenuhi kriteria khas iaitu iaitu finalis Raja Lawak. "Selain itu mereka juga diberi kebebasan untuk bergerak dan tidak ditempatkan di mana- mana lokasi khas selain diberi masa selama seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sendiri," katanya. Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus& Tauke. Manakala tiga peserta yang bakal menjuarai progam Raja Lawak 5 yang sedangberlangsung. Sementara itu, Johan dan Zizan yang mengelarkan kumpulan mereka sebagai Jozan menganggap pertandingan ini sebagai memperkuatkan lagi jenama Jozan. "Kami masuk bukan untuk menang semata-mata tetapi juga sebagai memperkuatkan branding Jozan. "Kami mengambil keputusan untuk berganding bersama kerana keserasian yang kuat jika berdua berbanding seorang," kata Johan. Manakala Zizan turut tidak menafikan kekuatan peserta-peserta lain dalam program tersebut. "Masing-masing ada kelebihan sendiri, sukar untuk meramalkan persaingan yang akan terjadi. Apa yang boleh saya katakan, kami lebih malu jika menang tapi tidak kelakar," katanaya. Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000 setiap pemenang. Tiga juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan. Maharaja Lawak bakal keudara setiap Jumaat, pukul 10 malam, menerusi Astro Warna dalam Pakej Mustika.
SHAH ALAM: Walaupun peristiwa penyanyi popular tahun 80-an, Raisuddin Hamzah bernikah kali kedua di Selatan Thailand telah empat tahun berlalu, bapa wanita terbabit masih tidak merestui perkahwinan itu yang dibuat tanpa pengetahuannya. Suberi Abdullah, 51, berkata, Raisuddin yang dikenalinya sejak tahun 2002 apabila sering datang ke kedai makan yang diusahakannya juga tidak pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Siti Fatimah. “Selain itu, mereka tidak sepadan dari segi umur dan ia melibatkan maruah keluarga saya,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu. Dia yang disoal oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Ariff yang mewakili Raisuddin, 55, dan Siti Fatimah, 25, seterusnya memberitahu bahawa dia hanya dimaklumkan mengenai perkahwinan itu beberapa bulan selepas ia berlaku. Tambah Suberi, 50, semasa itu anak sulungnya itu yang sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai pulang ke rumah mereka yang terletak di Hulu Kelang, dekat sini. “Siti Fatimah beritahu saya bahawa Raisuddin mahu berjumpa dengan saya. Saya jumpa dia di sebuah kedai makan di Ukay Perdana, Ampang dan Raisuddin cakap dia dah kahwin dengan anak saya. Saya beristifar,” katanya. Suberi seterusnya memberitahu, Raisuddin tidak menunjukkan sebarang dokumen yang boleh membuktikan perkahwinan tersebut telah berlaku. Pada keterangan lain, Suberi mendakwa Raisuddin ada menyatakan hasrat untuk meminang Siti Fatimah untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya. “Raisuddin kata pada saya, Pak Lang (panggilan saksi) kalau boleh saya nak pinang anak Pak Lang ini dengan anak saya. Waktu itu, saya kata anak saya masih lagi belajar,” katanya. Suberi juga mengakui bahawa Siti Fatimah ada berkawan dengan seorang anak doktor sejak pertengahan tahun 2006. Menjawab soalan peguam syarienya, Mohd Roshdan Sujak pula, Suberi memberitahu doktor tersebut ada berbincang mengenai hubungan anak mereka, tetapi tiada kata putus dicapai memandangkan Siti Fatimah masih belajar. “Selepas Siti Fatimah bernikah, saya dapat tahu bahawa dia telah berhenti dan tidak menamatkan pengajian,” tambah Suberi. Sementara itu, menjawab soalan Hakim Syarie, Zainor Rashid Hassin, saksi mengakui bahawa dia tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raisuddin mahupun bermusuh dengan bapa kepada penyanyi popular, Siti Sarah itu. Suberi sedang memberi keterangan pada permohonannya untuk membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dan Suberi yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 dengan berwalikan hakim mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Selaku plaintif, Suberi menamakan Siti Fatimah sebagai responden pertama dalam permohonannya diikuti oleh Raisuddin. Zainor Rashid menetapkan kes disambung semula pada 13 April depan untuk mendengar keterangan responden-responden.
BANTING: Kes seorang peguam, N. Pathamanabhan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang hilang bersamanya akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini pada 24 Mac depan. Majistret Telok Datok, di sini, Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut.Pada prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof turut mengemukakan izin pendakwaan kepada mahkamah. Turut hadir bagi pihak pendakwaan ialah Timbalan- Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani dan Saiful Edris Zainudin. Pathmanabhan, 42, didakwa bersama tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31. Semua mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamal Abdul Karim, 32, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada antara pukul 8.30 dan 9.30 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, di sini.
Dunia fotografi ibarat dunia tanpa koma, mengalir deras seiring berkembangnya zaman dan teknologi kamera yang bermula dari kamera kompak sehinggalah Kamera Digital Lensa Refleks Tunggal (DSLR). Kecanggihan teknologi inilah membuatkan orang semakin tertarik dengan dunia fotografi.
Bagi pencinta fotografi, tidak ada sedetik pun yang terlepas begitu sahaja daripada 'senjata' kamera mereka untuk dirakamkan kerana semua detik itu adalah penting. Apa pun peristiwa di depan mata, pasti akan sentiasa diabadikan untuk koleksi peribadi dengan teknik tertentu bagi mendapatkan gambar yang mempunyai seni bernilai.
Begitulah juga bagi anak kelahiran Parit Buntar, Perak, Mohamad Norazlin Abu Jamal, 25, yang bermula dengan hanya menggunakan kamera di telefon bimbit ketika mula berjinak-jinak dalam dunia fotografi, sebelum beralih kepada kamera Prosumer kerana tidak mampu membeli peralatan dan kamera DSLR yang mahal semasa belajar di Politeknik Seberang Perai dalam Jurusan Teknologi Maklumat.
Apabila menamatkan pembelajaran, dia terus mengembangkan hobi dan minatnya itu dengan serius, antaranya membeli kamera DSLR Nikon yang sehingga kini menjadi teman setia di sisi setiap kali hujung minggu atau ketika tidak bekerja.
Masa hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti yang melibatkan kamera seperti mengambil gambar untuk majlis perkahwinan, keluar TT (istilah mengambil gambar) bersama komuniti fotografi, atau dihabiskan di dalam bilik untuk mengedit gambar yang telah diambil untuk koleksi peribadi.
"Saya banyak belajar teknik fotografi ini daripada internet kerana banyak maklumat yang boleh dipelajari secara meluas daripada pengalaman fotografi luar negara dan juga tanya senior-senior yang sudah lama dalam bidang fotografi ketika keluar TT.
"Selain itu, saya juga selalu layari Youtube untuk melihat cara-cara belajar mengambil gambar, dalam Youtube banyak sikit maklumat sebab boleh tengok dengan lebih jelas lagi, " kata Mohamad Norazlin atau lebih dikenali dengan panggilan Nelza, juga merupakan seorang juruteknik komputer sekolah.
Gemar lihat yang cantik
Nelza yang dibesarkan di Teluk Intan ini berkata, minatnya bermula apabila dia suka melihat gambar-gambar cantik di internet, diambil oleh fotografer profesional dari luar negara, membuatkan dia berhasrat untuk turut ingin menghasilkan gambar yang sama seperti mereka.
Katanya, kalau dahulu untuk mengisi masa lapang, kini dengan kamera dia juga boleh menambah pendapatan apabila ada rakan-rakan atau teman dan keluarga kepada rakan-rakan yang memintanya untuk mengambil gambar perkahwinan atau pertunangan.
Walaupun baru menceburi bidang fotografi selama enam tahun, Nelza telah mempelajari banyak teknik fotografi daripada kursus yang diikuti, antaranya fotografi jalanan, majlis perkahwinan, modeling, sukan, potret, close up dan landskap, sehingga membawa dia menjelajahi banyak tempat di seluruh negeri, termasuk Sabah.
"Sekarang saya tengah mempelajari teknik fotografi High Dinamic Range (HDR) dengan lebih mendalam, ini merupakan teknik yang sangat menarik untuk dipelajari kerana dapat menghasilkan gambar yang cantik selepas melalui proses penyatuan gambar dengan menggunakan perisian Photomix dan Photoshop.
"Bagi jurugambar setiap gambar mempunyai ceritanya yang tersendiri, dan mata jurugambar ini dapat melihat sudut-sudut yang cantik untuk diabadikan dengan kamera mereka," katanya yang menjadikan Ben Wilmore sebagai idola, ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Nelza juga berhasrat untuk terus maju ke hadapan dengan mengikuti banyak kursus dan pertandingan fotografi agar setanding dengan nama-nama besar dalam bidang fotografi.