Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta,
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan yang cantik, dia memang mengalahkan Aliyah. Wajah berdandan, mungkin kurang bagi abang pada Aliyah. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke neraka kerana menanggung dosa isteri-isteri abang. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
selera Abg sudah berubah. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak
Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan.
Jika munajat Abg di Masjid Azhar mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg,
pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abg..bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sesuatu yang istimewa untuk Abang.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama keistemewaannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
"Kau mampu Hafiz, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan
dengan Aliyah nanti. "Abang Hafiz, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu
yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,"
masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai
solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia
akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis
kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai
hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.
Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Azhar,
dia cuba mencari dirinya, Hafiz Adam yang dulu. Hafiz Adam anak Imam
Kampung Seputih. Hafiz Adam yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf.
Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah.
Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya,
ada sekeping sampul besar.
BUKAN SEKADAR CERITA, JADIKAN TAULADAN.
UNTUK ISTERI-ISTERI DAN SUAMI-SUAMI DAN YANG BAKAL BERISTERI DAN YANG BAKAL BERSUAMI, PERBAIKI AGAMA DAN KEHIDUPAN AGAR MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.