Makmal proses syabu diserbu



ANGGOTA polis mengangkat peralatan yang digunakan untuk memproses dadah yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang awal pagi semalam.


BALIK PULAU – Hasrat dua lelaki tempatan untuk hidup senang dengan memproses dan mengedar syabu sejak enam bulan lalu di Jalan Tun Sardon dekat sini berkubur apabila mereka ditahan petang kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 6.30 petang oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD).

Mereka ditahan di aras satu rumah teres dua tingkat yang disewa sejak dua tahun lalu itu ketika sedang leka memproses syabu.

Mereka juga dipercayai melakukan operasi memproses pada waktu bekerja sahaja bagi mengelak dihidu polis.

Ketika serbuan dilakukan, polis terpaksa memecahkan pintu termasuk memotong jeriji tingkap untuk memasuki rumah terbabit disebabkan kedua-duanya enggan memberi kerjasama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Far Hin berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan intipan yang dilakukan pihaknya sejak dua bulan lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.