Kiswa baru diserah kepada penjaga Kaabah

MEKAH:Bersempena bermulanya ibadah haji tidak lama lagi, kiswa baru sudah diserahkan kepada penjaga Kaabah paling tua pada satu upacara khas petang Rabu, demikian dilaporkan akhbar harian berbahasa Inggeris Arab Saudi Aran News hari ini.


Kain sutera asli berwarna hitam seberat 670kg dan berharga AS$4.5 juta (AS$1 = RM3.38) itu dihiasi ayat-ayat suci al-Quran yang ditenun menggunakan 150kg emas serta perak. Ia berukuran 658 meter persegi dan mengandungi 47 keping kain, yang setiap satu berukuran 14 meter panjang dan 95sm lebar, kata akhbar itu.

Aran News melaporkan bahawa Pengerusi Majlis Penjaga Dua Masjid Suci Sheikh

Saleh ibn Abdul Rahman Al-Hussain menyerahkan kain itu kepada Sheikh Abdul Aziz ibn Abdullah Al-Shaibi di kilang kiswa di sini.

Sejak dibina 74 tahun lalu oleh Raja Abdul Aziz, setiap tahun, kilang itu

menghasilkan kiswa yang menggunakan kepakaran warga Saudi sendiri.

Akhbar itu menyebut bahawa sebuah beg kecil yang diperbuat daripada baldu

hijau yang berlakarkan ayat-ayat suci al-Quran daripada emas serta perak dan mengandungi kunci Kaabah, juga diserahkan kepada Sheikh Abdul Aziz.

Keluarga Al-Shaibi mewarisi tugas menjaga kiswa dan mencuci Kaabah sejak

Nabi Muhamamd (SAW) menyerahkan kuncinya kepada mereka.

Sheikh Abdul Aziz berkata, pada 8 Zulhijjah 8 (25 November) iaitu apabila jemaah haji berhimpun di Mina, kiswa sedia ada akan diganti dengan yang baru.

Akhbar itu juga memetik Ketua Suruhanjaya Haji dan Umrah, Dewan Perdagangan

dan Industri Mekah Saad Al-Qurashi sebagai berkata jumlah warga Saudi dan bukan Saudi domestik yang akan mengerjakan ibadat haji pada tahun ini menurun dengan ketara.

"Jumlah jemaah domestik berkurangan sebanyak 70 peratus pada tahun ini,

berbanding tahun lalu

"Setakat hari ini, kira-kira 68,000 permit haji telah dikeluarkan kepada

jemaah. Ini termasuk kepada ekspatriat dan mereka yang datang dari negara

jiran," katanya.

Al-Qurashi berkata, 1.7 juta visa haji telah dikeluarkan kepada jemaah dari

luar negara. -Bernama