Setahun setengah bulan madu di lautan

JANSON (kanan) dan Jane diwawancara sekumpulan wartawan ketika kapal layar singgah di Teluk Danga, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri, Mark Jansen, 50, dan Janes Nicole, 26, dari Sydney, Australia telah menghabiskan masa berbulan madu di tengah lautan sejak mereka berkahwin setahun setengah yang lalu.

Dalam tempoh itu, pasangan tersebut sanggup mengembara dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh dunia menggunakan kapal layar yang dikenali sebagai 'Sea Life'.

Pengembaraan itu dilakukan kerana mereka mahu menikmati keindahan tempat yang dilawati selain berpeluang melawat kawasan yang sebelum ini tidak pernah mereka dengar.

"Aktiviti ini amat menarik dan menyeronokkan, selain melihat keindahan sesuatu tempat kami berpeluang mengenali budaya sesuatu kaum.

"Kami bermula dari Kepulauan Carribean dan kini singgah di Malaysiaselama tiga bulan setelah menjelajah sejauh 24,000 kilometer," kata Janson yang merupakan bekas pelakon.