Zatul Redha Nabil Lahir Tanpa Kemaluan


HIDUP ADALAH GABUNGAN ANTARA BAHAGIA DAN DERITA. MUNGKIN INI CARANYA UNTUK MENGUJI KETEGUHAN IMAN DAN KESABARAN SESEORANG. BAGI ZATUL BAZAMAH ABDUL RAHMAN, 26 DAN SUAMINYA RODZAKE NAMIS, 35 TAHUN, WALAUPUN SUKAR MENERIMA KENYATAAN ANAK YANG KANDUNG SEMBILAN BULAN MENGALAMI KECACATAN, NAMUN MEREKA REDHA DENGAN KETENTUAN TERSEBUT.


Saat memandang anak yang masih kecil hati mereka disayat sayu. Bukan hanya tiada ibu jari kanan, tiada telinga kanan, mengalami masalah kelopak mata dan saluran pernafasan sempit, anaknya Muhammad Nabil Mustaqim, setahun lebih ini turut mengejutkan masyarakat kerana lahir tanpa alat kelamin.

Ujar Zatul Bazamah atau Zatul dia mengakui semenjak hamil lagi dia sudah nampak petanda ada sesuatu yang tidak kena dengan bayinya bila emosinya sering berubah-ubah dan dia sendiri asyik memikirkan keadaan bayi sama ada sempurna atau tidak. Dia bagaimanapun selama melahirkan bayinya ketika usia kandungan mencecah 37 minggu, melalui pembedahan setelah merasakan kandungannya tidak bergerak dan aktif seperti biasa.

Bagaimanapun selepas pembedahan, bayinya terus dibawa pergi oleh doktor tanpa menunjukkan kepada dirinya terlebih dahulu. Saat itulah terdetik perasaan curiga di hati Zatul, dan dia juga cuba mengusir jauh fikiran buruk yang bermain di benaknya. Akhirnya setelah beberapa ketika doktor datang dan memintanya bersabar apabila memberitahu perkhabaran tentang anaknya. “Ketika itu doktor memberitahu anak saya mengalami kecacatan telinga dan jari. Namun waktu itu, saya tak perasan tentang ketiadaan kemaluan anak saya. Setelah melihatnya, saya terkejut bila mendapati yang ada hanyalah buah zakarnya sahaja.

“Memang sukar bila dapat tahu anak tidak sempurna tapi saya redha dan mener ima kehadiran anak saya dengan sepenuh hati. Saya terus terfi kir tentang masa depan Nabil apabila besar kelak. Atas sebab itulah saya dan suami berpakat untuk menyiarkan kisah Nabil dengan harapan ada pihak yang boleh membantu. “ Mungkin ini dilihat seolah-olah membuka aib anak sendiri, tetapi saya sudah tidak nampak jalan lain, hanya dengan cara ini kami dapat mencari jalan membantu anak kami. Apatah lagi doktor sendiri cakap, memang sukar untuk membentuk kemaluan lelaki berbanding perempuan,” jelas Zatul ketika ditemui penulis di kediamannya.

Perut Nabil ditebuk
Memandangkan anaknya Nabil perlukan rawatan pendapatan yang tidak seberapa hasil bekerja di gerai ibunya yang menjual roti canai, Zatul dan suaminya perlu berjimat cermat.
Tambahan pula suaminya Rodzake, tidak mempunyai pendapatan tetap kerana terpaksa memberi sepenuh perhatian pada Nabil yang sering sakit ketika di awal kelahirannya. “Sebelum ini saya suri rumah, tetapi sekarang terpaksa keluar bekerja untuk menampung keperluan rumah meman dangkan suami hanya bekerja sendiri. Tapi berapa sangatlah yang dapat. Mujurlah Nabil memiliki kad perakuan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, jadi apabila dia mendapat rawatan di hospital, kami tak perlu keluar sebarang belanja.

“Alhamdulillah, Nabil membesar dengan baik setakat ini dan dia baru sahaja menjalani pembedahan membuka saluran pernafasannya kerana terlalu sempit,” kata Zatul sambil memberitahu anaknya pernah mengalami kesukaran membuang air sehingga perutnya buncit dan terpaksa ditebuk.

“Ketika itu sedih hanya Tuhan yang tahu, badan Nabil penuh dengan wayar. Tetapi Nabil sendiri memang cukup kuat orangnya. Dia mampu melawan kesakitan, dan kini syukur dia sudah boleh membuang air cara normal,” ujarnya lagi. Tambah Zatul, anak kecilnya juga perlu memakai alat bantuan pendengaran untuk memudahkan interaksi. Biarpun agak mahal namun katanya pihak Baitulmal sudi meng hulurkan sumbangan dan alat tersebut akan diterima oleh Nabil tidak lama lagi.

Bagi anda yang prihatin dan mahu menghulurkan bantuan kepada adik Nabil, bolehlah berbuat demikian dengan memberi sumbangan melalui akaun 20-579-021069-1 atas nama Zatul Bazamah Abdul Rahman atau menghubungi di talian 0124651297 ( Rodzake) atau 0124677889 (Zatul).

Untuk kisah selanjutnya dapatkan MINGGUAN WANITA minggu ini!