Wanita dipercayai menangis lebih setahun sepanjang hidupLONDON - Wanita dipercayai menangis dalam purata 1.3 tahun sepanjang hidup mereka berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap 3,000 responden oleh laman web keibubapaan dan bayi, BabyWebsite.
Tinjauan juga mendapati bayi menangis dalam purata tiga jam sehari kerana ia adalah satu-satunya cara mereka berkomunikasi dengan ibu bapa dan persekitaran.

Apabila usia bayi itu meningkat kepada satu dan tiga tahun, masa menangis mereka berkurangan kepada dua jam lima minit sehari.

Bayi dan kanak-kanak biasanya menangis ketika tidur, mengantuk atau dimarahi.

Apabila meningkat remaja, perempuan lebih kerap menangis berbanding lelaki dengan purata dua jam 13 minit seminggu disebabkan perbalahan dengan rakan, dikritik, diabaikan keluarga dan perubahan hormon.

Purata perempuan menangis tidak banyak berubah ketika mereka berusia antara 19 tahun dan ke atas iaitu selama dua jam 14 minit.