RUJUK

Pengertian rujuk
1. Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.
2. Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.
3. Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.
4. Rujuk digalakkan oleh Islam. Firman Allah:

Maksudnya:
“Dan suami-suami berhak merujuk isteri-isteri mereka dalam tempoh tersebut (iddah) sekiranya mereka mahu berdamai”. Al-Baqarah : 228


Hukum Rujuk

1. Wajib — Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
2. Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.
3. Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.
4. Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.
5. Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan
.

Suami boleh merujuk isteri
yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:
(a) belum habis idah.
(b) isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.
(c) talak itu setelah persetubuhan.


Rukun Rujuk :
(1) Suami yang merujuk.
Syarat-syarat suami sah merujuk: (a) Berakal. (b) Baligh. (c) Dengan kemahuan sendiri. (d) Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.


(2) Isteri yang dirujuk. Syarat isteri yang sah dirujuk: (a) Telah disetubuhi. (b) Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh. (c) Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khuluk. (d) belum dijatuhkan talak tiga


(3
) Ucapan yang menyatakan rujuk. Syarat-syarat lafaz: (a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku rujuk engkau” atau“aku kembalikan engkaukepada nikahku”. (b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mahu”. Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu. (c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”.


5. Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.


Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah:
(a) selesai idah dari suami pertama.
(b) bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
(c) suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.
(d) bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).
(e) Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.


6. Rujuk secara bengurau dianggap sah walaupun dilakukan secara main-main dan tanpa saksi.

Hikmat rujuk

1. Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan numah tangga.
2. Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.
3. Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumahtangga.