Pada mereka yang belum sempat membaca artikel ini dan telah berumahtangga atau bakal mendirikan rumah tangga, sangat digalakkan untuk baca dan ambil perhatian khusus atas apa yang ingin disampaikan. Kepada sesiapa yang ada apa2 masalah keluarga , silalah mohon sisuami membaca dan seterusnyer menghayati artikel ini.

Katakanlah pada sisuami bahawa isteri itu adalah ladangnya. Jagalah amanah Allah tersebut agar ladang tersebut dapat membuahkan hasil yang subur dan berbau harum. Ameen.

Dalam kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami-isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar.Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiranyang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah. Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu.

Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri sertaanak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekal dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.

Pada saat suami yang sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah,dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah.

Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik-baik dengan wanita”

Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburu atau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.

Baginda pernah bertanyakan Aishah R.Anha di mana letaknya bekas bibir Aishah pd gelas minumannya supaya di bekas itu juga bibir Baginda yg indah mulia akan diletakkan untuk meminum
minuman tersebut. Juga pernah para Ummul Mukminin bertanya kepada Baginda siapakah di kalangan isteri yang paling Baginda kasihi..cintai..Dengan pendekatan yang bijak Baginda
menyatakan bahwa barangsiapa yang memperolehi cincin yang akan diberikan maka beliaulah orang yang dikasihi..dicinai Baginda.

Jawapannya,kesemua mereka memperolehi seorang setiap satu. Di dalam riwayat lain, Baginda S.A.W juga pernah bersyair untuk isterinya bahkan sengaja mengalah dalamberlumba lari dengan
isteri. Nah, inilah akhlak mulia dalam system kekeluargaan yang kian pudar-malap dalam masyarakat kita apabila sang suami berjalan berseorang berpuluh meter di hadapan sedangkan
sang isteri pula di belakang tanpa pelindung sepatutnya.

Begitu juga dengan para Sahabat,mereka mengambil sikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan isteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si depan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi khalifah tetap diam dan tidak menyahut.

Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: “Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!” Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya.

Umar bertanya, “Apakah tujuankedatnganmu?” “Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku lalu berfikir, “Kalau isteri Amirul Mukminin pun seperti itu, apa lagilah isteriku.”

Khalifah Umar menjawab: “Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapdiriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku,dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya. “Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat Menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!”

Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!” Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara,bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.”

Jadi, para suami hendaklah selalu bertolak ansur&memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah krnmarah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kpd org yg menahan rasa marahnya.

Sunnah Rasulullah S.A.W bukan hanya berkisar pd kahwin 4, bukan sekadar berkerja di siang hari
bahkan dari banyak segi perlu dicontohi. Lebih-lebih lagi akhlak yg akan mencerminkan sbg syiar kpd org bukan Islam samada menjd asbab hidayat utk mereka memeluk Islam atau semakin jauh drpd kebenaran disebabkan kejahilan kita sendiri.

Hadis Rasulullah SAW : ” Ada 3 perkara yg jika ada antara kamu yg melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan&rahmat kpdnya serta memasukkannya ke dlm Syurga-Nya. Iaitu orang yg jika diberi ia berterima-kasih (bersyukr), jika diperlakukan hal yg buruk ia memberi maaf&jika marah ia dpt menahan diri.”

Rasulullah SAW juga bersabda ; “Siapa yg sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala spt yg diberikanNya kpd Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan&sikap isterinya, manakala isteri yg sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala spt yg diberikanNya kpd Asiah, isteri Firaun.”